Bersama cikgu dan rakan sekelas
Bersama cikgu dan rakan sekelasnya Fatini yang juga dari Malaysia
Bersama cikgu Dennis yang memantau perkembangan Umar di nurseri
Hasil kerja kreatif Umar di nurseri
Bermula 6 Januari 2011, Umar telah masuk ke sekolah baru untuk peringkat Reception atau FS2 (Foundation Stage 2) di Broomhill Infant Nursery. Alhamdulillah, sekolah baru Umar sangat dekat dengan rumah kami iaitu hanya lebih kurang 5 minit berjalan kaki. Di sekolah baru ni Umar mula belajar dengan lebih formal. Dia mula belajar membaca, menulis, mengira dan lain-lain lagi. Alhamdulillah, Umar sudah boleh membaca dalam bahasa Inggeris sekarang. Kami juga sedang berusaha agar Umar juga dapat menguasai kemahiran lain terutamanya bacaan Al-Quran dengan lebih cepat :)
Hasil kerja Umar di sekolah baru
4 comments:
Alhamdulillah teruskan beblog saya suka baca blog ni,bila balik malaysia.salam perkenalan byeee
Terima kasih kerana sudi membaca coretan di blog kami ni. Belum tahu lagi bila kami akan pulang ke tanah air.
kak su, nak video uwais dengan umar..nak video..rindu sangat2
Eica - Akak akan post video Umar dan Uwais di FB :)
Post a Comment