Kek Tiramisu
Biasanya untuk mudah boleh beli Madiera Cake panjang yang dah siap di mana-mana kedai seperti Yafai (gambar). Kalau lebih rajin boleh la buat kek coklat seperti dalam resepi di SINI.
Bahagian 2 - Topping Tiramisu
Bahan-bahan:
250 gm keju cream (full fat soft cream cheese) - Jenama philadelphia atau yang murah jenama ASDA dll pun boleh)
150 ml/300 ml fresh whipping cream - Boleh juga guna double cream yang suitable for whipping
1/2 cawan gula caster - Kalau tak suka manis boleh kurangkan sebab kek dah manis, ikut sesuai rasa anda
Nescafe untuk buat air
Serbuk nescafe/coklat untuk ditabur
Cara membuat:
Pukul keju dan gula sehingga gebu. Masukkan cream dan pukul lagi sehingga agak pekat dan boleh disapu atas kek (bukan terlalu pekat seperti topping biasa atas kek tu). Potong kek berbentuk segiempat dengan ketebalan lebih kurang 1 cm. Sediakan bekas kaca segiempat seperti pyrex, masukkan sedikit campuran keju tadi dan ratakan dengan nipis. Kemudian susun satu lapisan kek sehingga menutupi semua permukaan. Basahkan kek dengan air nescafe dengan menggunakan sudu. Kemudian, masukkan campuran keju lagi dan sapukan dengan lapisan yang nipis. Buat satu lapisan kek lagi dan basahkan seperti lapisan pertama. Kemudian, masukkan semua baki campuran keju tadi dan ratakan di atas permukaan kek tersebut. Akhir sekali taburkan serbuk nescafe/coklat di atas permukaan tiramisu yang sudah siap untuk dimakan :)
Selamat mencuba!
Kali ni nak berkongsi resepi kek tiramisu yang mudah dan sedap.
Bahagian 1 - Kek
Bahagian 1 - Kek
Madeira Cake

4 comments:
ooo...senang jer buat nyer. nak cubalah! thanks su...
Haah, senang je kak Su..cuba lah nanti ye :)
kek ni xpyh bakar ke ?t
ekamuncet,
Kek untuk buat tiramisu ni saya beli yang dah siap aje. Jadi tak payah bakar dah. Kalau nak buat sendiri pun boleh.
Lepas dah buat tiramisu ni (letak campuran cream cheese dan krim tu) tak perlu bakar lagi, boleh terus makan aje atau nak lagi sedap sejukkan dulu dalam peti ais :)
Post a Comment