Sheffield Fayre

Sebelum buat entry ucapan hari raya, aku nak update juga cerita yang dah lepas berminggu ni sebelum terlupa. Pada Ahad 29 Ogos lepas kami sekeluarga berpeluang pergi ke Sheffield Fayre buat kali pertama dan mungkin yang terakhir di Norfolk Park, Sheffield. Acara ni dibuat tiap tahun tapi sebelum ni kami tak tahu kewujudannya. Kat Sheffield Fayre ni macam-macam ada. Ada pameran, mainan, jualan dan lain-lain. Paling menarik ada petunjukkan demo dan lakonan semula semasa perang dunia kedua yang melibatkan British dan negara-negara lain. Semua pelakon siap berpakaian, berkhemah dan masak seperti cara orang zaman dulu. Kami pun tak lepaskan peluang ambik gambar untuk kenangan.

Bas yang dijadikan Muzium Kenderaan bergerak

Cara hidup orang dulu-dulu

Berarak masuk untuk pertunjukan

Pasukan tentera
Demo perang dunia kedua

Pertunjukan main pedang pun ada

Bergambar di hadapan pameran ketenteraan

Umar main bubble

2 comments:

Hacked by w3d0z said...

wah sy pun baru tau..ruginyaaa...

Suhaila said...

Tak pe Elly, nanti bebila datang la bercuti ke sini :)