Cuti-cuti Snowdonia dan North Wales


Pada 3-5 Julai yang lalu kami sekeluarga pergi bercuti ke Snowdonia dan North Wales bersama-sama dengan kawan lama aku di UTM dulu, Leecot dan Sani. Asalnya kami nak bercaravan. Tetapi oleh kerana harga yang mahal kami memilih untuk menginap di Travelodge Bangor. Dengan tempahan lebih awal kami dapat harga yang agak murah iaitu £81.00 untuk 2 malam. Alhamdulillah, pengalaman cuti kami sangat menyeronokkan dan kami berpeluang untuk menikmati keindahan ciptaan Allah Maha Kuasa, SubhanAllah. Di bawah ni adalah plan perjalanan kami sepanjang di sana.

3 Julai 2010 (SABTU)


Tempat

Catatan

Caernarfon Castle (LL55 2AY)

Kami bertolak dari Sheffield selepas hari keluarga PMPMS terus ke Caernarfon Castle. 2 jam 46 minit dari Sheffield. Sampai lebih kurang jam 8 pm. Castle dah tutup. Kalau nak masuk kena bayar. Kami cuma jalan di sekitar castle yang cantik di tepi laut dan ambil gambar.

http://www.star-attractions.co.uk/attractions/cadw/caernarfon/caernarfon.htm

Travelodge BANGOR (LL57 4BG)

18 minit dari Caernarfon. Kami check in dalam kul 9 pm. Dapat bilik depan bilik Leecot. Hotel overview : http://www.travelodge.co.uk/search_and_book/hotel_overview.php?hotel_id=106


Carnaefon Castle


4 Julai 2010 (AHAD)


Tempat

Catatan

Llandudno Cable Car

LL30 2XF (Poskod terus ke puncak Great Orme)

26 -33 minit dari Bangor. Tak dapat naik cable car sebab cuaca yang berangin dan kebetulan poskod yang kami dapat terus bawa ke puncak dengan kereta. Ambil gambar dan beli souvenir.

http://www.attractionsnorthwales.co.uk/attractions/llandudno-cable-car#details

Conwy Castle

LL32 8AY

18 minit dari Llandudno. Tak masuk castle sebab kena bayar. Ambil gambar di sekitar castle yang menarik dan beli sorvenir.

http://www.aboutbritain.com/ConwyCastle.htm

Britain’s Smallest House

LL32 8BB

3 minit dari castle (tempat yang sama). Masuk ke dalam rumah dengan bayaran £1.00 dan ambil gambar di dalam dan luar rumah. Poskod dalam web link ni ade kesilapan. http://www.ukattraction.com/north-wales/britains-smallest-house.htm

Conwy Water Garden

LL32 8TP

10 minit dari Conway Castle. Masuk percuma. Sesuai untuk orang yang nak memancing dan beli barangan untuk akuarium. Kami Cuma bagi makan itik dan main kat playground.

http://www.conwywatergardens.co.uk/


The Great Orme Summit


Conwy Castle


The Smallest House in Great Britain


Conwy Bay


Conwy Water Garden


5 Julai 2010 (ISNIN)


Untuk lihat tempat menarik di Snowdonia boleh ke link ini http://www.star-attractions.co.uk/attractions/attractions.htm


Tempat

Catatan

Snowdon Mountain Railway

LL55 4TY

17 minit dari Bangor. Kami naik train ke puncak Snowdon. Tiket £25 seorang untuk adult. Kids under 5 free. Ambil gambar dan beli sourvenir. http://www.snowdonrailway.co.uk/times_prices.php

National Slate Museum

LL55 4TY (tempat yang sama)

Masuk percuma. Tengok pameran berkenaan batuan. Ambil gambar dan beli sorvenir.

http://www.museumwales.ac.uk/en/slate/


Bergambar sebelum naik train


Pemandangan sepanjang jalan ke puncak

Di atas puncak Snowdon


Bergambar kenangan selepas turun dari puncak


National Slate Museum


2 comments:

anon suria said...

su....hai siap table masuk kat blog. hi hi. anyway..hope you enjoy the trip..

Suhaila said...

Kak Su..ni kes dah malas nak menaip la ni..selain tu boleh juga untuk jadi rujukan kawan-kawan yang nak pi snowdonia pasni :)