Hari Ulangtahun Perkahwinan Yang Ke 4


Alhamdulillah, hari ini 22 Ogos 2009 dah genap 4 tahun usia perkahwinan kami. Kebetulan sama hari dengan 1 Ramadhan pada tahun ini. Semoga ikatan cinta dan kasih antara kami suami isteri sentiasa dalam redha Allah dan berkekalan hingga ke SyurgaNya, serta dikurniakan kami dengan zuriat yang soleh dan solehah, ameen.

Sebagai muhasabah bersama para suami dan juga isteri, sudahkan ada ciri-ciri di bawah ini pada diri kita.

Ciri-Ciri Suami Yang Soleh :

· Bertanggungjawab dalam memimpin rumahtangga.

· Tidak kedekut dan bersikap sederhana di dalam perbelanjaan keluarga.

· Kasih sayang, mesra serta mengambil berat terhadap ahli keluarga.

· Tidak terburu-buru dalam menerima aduan, khabar-khabar angin.

· Tidak berlaku curang.

· Jujur serta sentiasa menepati janji terhadap anak dan isteri.

· Sentiasa menjaga kebersihan diri zahir dan batin.

· Mencegah perkara-perkara yang mungkar di kalangan keluarga.

Ciri-Ciri Isteri Yang Solehah :

· Segera menyahut dan hadir apabila dipanggil oleh suami.

Maksudnya : “Jikalau seorang lelaki mengajak isterinya ke tempat tidur, lalu isteri itu menolak kemudian suami itu bermalam dalam keadaan marah maka isterinya itu dilaknat oleh para malaikat sehingga waktu pagi” Muttafaqun A’laih

· Tidak membantah perintah suami selagi tidak bertentangan dengan hukum Syara’.

· Tidak bermasam muka terhadap suami.

· Sentiasa menuturkan kalimah-kalimah hasanah (yang baik-­baik).

· Tidak membebankan suami dengan permintaan yang diluar kemampuannya.

· Keluar rumah hendaklah dengan izin suami.

· Berhias hanya untuk suami.

· Menilai pengorbanan suami.

· Tidak membenarkan orang yang tidak diizinkan oleh suarni masuk ke dalam rumah.

· Menerima tunjuk ajar daripada suami.

· Menghormati mertuanya serta kaum keluarga suami.

· Sentiasa berada dalam keadaan bersih.

Isteri sebagai penenang dan penyeri rumahtangga


4 comments:

sarah said...

tahniah sue :)

Hacked by w3d0z said...

happy annivessary kak..=)

moga rumahtangga akak sentiasa diberkati Allah selalu..

wah dh 4 thn ek...with 2 sons..=)

p/s: dgr uwais dh merangkak laju..heeeeeee syoknye...

Queenie said...

Alhamdulillah...selamat ulang tahun perkahwinan yg ke 4, aunty doakan moga terus kekal dan bahagia bersama hingga ke akhir hayat berdua disamping semua cahaya mata yg soleh dan solehah ya, amin.

Aunty dah mendahului 2o tahun lalu hehee...dah 24 tahun jadi isteri...

Suhaila said...

Salam,

Terima kasih untuk ucapan dan doa daripada Sarah, Elly dan aunty QueenJah :)