Pertemuan dan Perpisahan

8 Mei yang lalu masih segar dalam ingatanku. Pada hari itu hujan turun membasahi bumi Sheffield, seolah-olah mengerti akan kesedihan hatiku yang terpaksa merelakan sebuah perpisahan. Pada hari tersebut kami sekeluarga ke stesen kereta api untuk menghantar mak cik Saba'ah dan Saliza ke London. Mereka akan pulang ke Malaysia pada keesokan harinya. Ketika bersalaman dengan mak cik kami sama-sama tak dapat menahan air mata daripada mengalir.

Sunguh pantas masa berlalu. Sudah 3 bulan rupanya mak cik berada di rumah kami. Rasa bagai baru semalam mak cik tiba bersama pak cik Yaa'cob kerana menziarahi anak mereka Saliza yang sakit dan ditempatkan di Royal Hallamshire Hospital berdekatan rumah kami. Terlalu banyak kenangan sewaktu mereka berada di rumahku ini. Anakku umar memang rapat dengan atuk dan neneknya (panggilannya untuk pak cik dan mak cik). Bila pak cik Yaa'cob terpaksa pulang lebih awal ke Malaysia pada bulan Mac lalu, anakku Umar tercari-cari atuknya. Mujurlah masih ada nenek yang selalu melayan dia.

Kini bila mereka semua sudah pulang ke Malaysia, kami sangat terasa sunyi dan kehilangan. Walaubagaimanapun kami bersyukur kerana kesihatan Saliza bertambah baik dan semoga dia akan sembuh sepenuhnya selepas menjalani rawatan susulan di Malaysia nanti. Semoga kami dapat berjumpa lagi di Malaysia nanti. Ukhuwwah itu indah bila kita bertemu dan berpisah kerana Allah.

"Dan janganlah orang-orang yang berharta serta lapang hidupnya dari kalangan kamu, bersumpah tidak mahu lagi memberi bantuan kepada kaum kerabat dan orang-orang miskin serta orang-orang yang berhijrah pada jalan Allah; dan (sebaliknya) hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang-orang itu; tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu? Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani." (An-Nuur: 22)


4 comments:

Anonymous said...

salam.
akak, terharu bila melihat baiknya akak n abang safuan jaga tetamu itu. ana sempat juga bermalam tempohari -ketika NEXT skali dgn warga london haritu. makanan, masyaALlah sedap :)
semoga Allah memberkati keluarga akak. kirim salam pada abg safuan. hehe


orang surrey :)

Hacked by w3d0z said...

saya pon turut rasa sedih atas pemergian k salizah sekeluarga...alhamdulillah k salizah dah makin sihat..moga yg terbaik buat dirinya=)

moga akak sekeluarga dilimpah rahmatNya selalu..

pengorbanan akak mmg tak dapat ditukar ganti..

bertuah abg safuan dapat isteri cm akak yg tabah dan sentiasa sabar..=)

take care kak!

bAiTi said...

Alhamdulillah, rasa bersyukur sgt2 ada sahabat yg sudi membantu. Baiti bangga + syukur sangat2 ada sahabat mcm Su + Safuan

Suhaila said...

Salam..alhamdulillah..segala puji hanya untukNya..moga kita semua dalam rahmat dan redha Allah :)