Kelahiran Putera Kedua

Alhamdulillah, aku dah selamat melahirkan puteraku yang kedua secara normal pada 16 oktober 2008, jam 12.17 pagi dengan berat 3.438 kg.

Pada hari ke-7 kelahiran anakku telah diadakan majlis mencukur rambut dan dengan rasminya dia diberi nama MUHAMMAD UWAIS, sempena nama seorang tabi'in Uwais al-Qarani yang hidup pada zaman Rasulullah s.a.w. Mudahan anakku akan mencontohi peribadi Uwais yang sangat zuhud, bertaqwa dan berbakti kepada ibu bapanya.

Selepas baru dilahirkan

"Bagi Allah jualah hak milik segala yang ada di langit dan di bumi; Ia menciptakan apa yang dikehendakiNya; Ia mengurniakan anak-anak perempuan kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan mengurniakan anak-anak lelaki kepada sesiapa yang dikehendakiNya." (Asy-Syuura: 49)


Aidilfitri di Perantauan

Syawal sudah sampai kepenghujungnya, aku baru berkesempatan nak 'update' cerita tentang Aidilfitri di perantauan ni. Alhamdulillah, kami sekeluarga berpeluang menyambut aidilfitri buat kali kedua di bumi Sheffield. Seperti tahun lepas, tahun ni kami beraya lebih awal sehari dari Malaysia iaitu pada 30 September 2008. Yang istimewa juga pada hari raya ni genaplah setahun kami di bumi Sheffield. Seperti biasa pada hari raya pertama diadakan solat sunat aidilfitri dan jamuan raya di PMC.

Bersama kawan2 (Kak Zahrah & Abg Razlan, Kak Zah & Abg Z)

Tiap hujung minggu sepanjang Syawal telah diadakan rumah terbuka mengikut kawasan di Sheffield ni. Untuk minggu pertama adalah giliran kawasan city. Rumah kami pun tak ketinggalan turut serta buat open house pada 5 Oktober lepas. Ramai jugak tetamu yg datang dari tengahari sampai mlm. Aku pun tak lepas peluang pi open house kawasan lain walaupun tgh sarat mengandung. Inilah yang bestnye beraya kat Sheffield ni. At least terubat jugak kerinduan dgn suasana beraya di tanah air. Aku juga ada hantar gambar dan ucapan raya ke utusan online. Tapi sebab aku lambat hantar, dah habis bulan syawal baru keluar.

"Dan tidaklah sama (kesannya dan hukumnya) perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat. Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik; apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib." (Fussilat:34)


Ramadhan Yang Berlalu

Alhamdulillah, baru ada kelapangan dan mood untuk mencoret dalam blog ni. Mengimbau bulan Ramadhan yang telah berlalu, hatiku menjadi sayu dan rindu. Alhamdulillah, Ramadhan kali ni aku dapat berpuasa penuh walaupun sedang sarat mengandung. Suasana yang aku paling suka apabila bangun sahur setiap pagi, solat subuh dan bertadarus dengan suami aku. Selain tu, macam-macam aktiviti mengisi Ramadhan aku yang lalu.

Dua minggu yang pertama aku ada tolong jagakan anak perempuan seorang pelajar PhD dari Libya. Aku jaga selama 5 hari. Umur dia baru setahun setengah. Itulah pengalaman pertama kali aku menjaga anak orang lain. Alhamdulillah budak tu baik dan tak banyak ragam. Cuma anak aku Umar yang kadang-kadang buat hal sebab cemburu agaknya. Dua minggu berikutnya, aku jadi tuan rumah untuk keluarga Rya dan Helmi yang baru sampai di Sheffield. Anak aku Umar pun seronok dapat kawan untuk bermain kat rumah.

Setiap hujung minggu sepanjang bulan Ramadhan juga meriah dengan program iftar di PMC. Suami aku yg menjadi AJK Biro Agama PMPMS sebagai pengarah program memang agak sibuk. Terasa cepat sungguh Ramadhan berlalu tahun ni. Moga segala amalanku diterimaNya dan aku berpeluang lagi untuk bertemu dengan Ramadhan akan datang. Ameen.

Tazkirah semasa program iftar

Acara memasak untuk iftar anjuran kawasan city

Suamiku yang juga menjadi amil zakat

"(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur." (Al-Baqarah: 185)


Minggu Ke-37 Usia Kandunganku

Minggu ke-37, kepala bayi mungkin sudah turun ke ruang pelvik. Bonjolan ketara pada perut akan semakin membesar. Bentuk bayi dalam kandungan juga semakin membulat dan kulitnya bertukar menjadi merah jambu. Rambutnya tumbuh dengan lebat dan bertambah sebanyak 5 cm. Kuku lembut telah terbentuk pada hujung jari tangan dan kaki.


Dah lama aku tak update tentang perkembangan kandungan aku. Agak sibuk sejak ramadhan sampai raya ditambah pulak dgn tiada ilham nak menulis. Alhamdulillah, masa scan pada minggu ke-32, uri aku dah naik ke atas dan aku boleh bersalin normal insyaAllah. Cuma masa tu kepala bayi masih pada kedudukan songsang, belum turun ke bawah. Masa jumpa midwife pada minggu ke-34 dan 35, alhamdulillah kepala bayi dah pusing ke bawah. Temujanji aku dengan midwife seterusnya pada minggu hadapan, kira-kira selepas 38 minggu. Cuma kadang-kala aku rasa macam bayi aku masih berpusing-pusing lagi. Sekejap kepala kat atas pula. Harapnya masa nak bersalin nanti kepala bayi aku akan tetap di bahagian bawah. Persiapan beg untuk ke hospital aku dah buat. Cuma rasanya macam ada lagi barang bayi yang kurang. Aku pun agak blur jugak nak membeli barang dan baju bayi kat UK ni. Baju-baju untuk bayi kat sini lain sikit terutamanya bila dah musim sejuk macam sekarang ni. Sekarang ni aku rasa berdebar jugak sebab bila-bila masa dari sekarang aku dah boleh bersalin. Mudahan segalanya akan berjalan lancar dan selamat nanti. Harap semua sudara-mara dan sahabat tolong doakan :)


Minggu Ke-36 Usia Kandunganku

Minggu ke-36. Puan perlu mengelakkan keletihan dan kelesuan. Senantiasa angkat kaki dan letakkan di atas bantal ataupun objek tinggi untuk mengelakkan urat timbul atau "varicose vein" dan bengkak kaki. Bayi pada masa ini sudah membesar dan saiznya memenuhi ruang uterus puan pada ketika ini. Puan akan berasa perut puan begitu penuh, sarat dan sukar untuk membuat sebarang pergerakan.