Resepi Donut Sedap

Donut bebola

Masa bulan puasa ni aku teringin nak cuba resepi donut menggunakan kemudahan breadmaker yang ada. Ada resepi kawan yang sedap tapi guna cara manual dan aku tak pasti macam mana nak masukkan dalam breadmaker. Jadi aku google la resepi donut yang menggunakan breadmaker. Terjumpa resepi kat satu laman web ni aku pun terus cuba. Alhamdulillah menjadi dan rasanya pun ramai yang puji sedap. Cuma aku malas dan tak reti nak bentuk rupa donut. Jadi aku buat bentuk bulat-bulat kecil macam bola. Lagi mudah nak makan. Kat bawah ni aku kongsikan resepi donut tu. Kalau nak uli secara manual pun boleh juga.


Bahan-bahan (guna sukatan cawan dan sudu breadmaker) :
1/2 cawan evaporated milk
1/2 cawan air
2 sudu besar butter yang telah dicairkan
1 biji telur
1/3 cawan gula
3 cawan tepung gandum
1 sudu kecil garam
2 sudu kecil yis kering
Minyak untuk menggoreng
Gula caster untuk menyalut

Cara-cara (malas nak translate ke BM) :
Add ingredients to the bread machine according to manufacturer's suggested order. At the end of the kneading cysle, cover the pan with plastic wrap and transfer to the refrigerator. (Or, transfer the mixture to a lightly greased bowl) Refrigerate overnight. Remove dough to a lightly floured surface; roll to about 1/2-inch thick. Cut out into donut shapes or form strips into knots or donut shapes. Cover and let rise for about 1 hour. Fry at 360° until light and browned. Glaze as desired.

p/s - Aku pernah cuba kalau tanpa simpan semalaman dalam peti sejuk rasanya sedap juga. Tapi kalau biar semalaman rasanya lebih sedap. Selamat mencuba :)

Ulangtahun Perkahwinan 'Abah' dan 'Ibu' yang ke -5

Acara potong kek anniversary ke-5 buatan 'Ibu'


Pertamanya bersyukur kepada ilahi kerana dengan izinNYA, maka 'Abah' dan 'Ibu' telah dijodohkan 5 tahun yang lalu. Sungguh banyak kenangan manis yang 'Abah' rasakan hidup bersama dengan 'Ibu'. Segala kekurangan terutama daripada 'Abah' pastinya berlaku (dengan izinNYA) dan insyaallah cuba untuk perbaiki dan daripada 'Ibu', 'Abah' anggap sebagai rencah dalam kehidupan yang tidak perlu kita kesalkan.


'Abah' ingat lagi sewaktu selepas akad nikah, 'Abah' ada katakan pada 'Ibu', yang kita akan ambil masa yang lama untuk sesuaikan diri sebab kita sudah dicorakkan selama 24 tahun dengan suasana yang berbeza. Andai ada kekurangan, maka sama-sama kita tegur dan perelokkan. Sebab perkahwinan itu merupakan satu perkongsian bersama.


Akhir kalam, 'Abah' doakan agar, 'Abah' dan 'Ibu' dikurniakan kebahagian dan kekal sampai ke syurga. Terima kasih bidadariku.....


Semoga Kita Bertemu Lagi

Pada hari Jumaat 3 Ramadhan minggu lalu, hujan rahmat turun dibumi Sheffield bersama rasa hiba dan air mata yang tidak dapat dibendung apabila menyaksikan kak Zahrah dan abang Razlan sekeluarga bertolak pulang ke tanah air. Masih teringat ketika aku sekeluarga baru tiba di bumi Sheffield ini hampir 3 tahun lalu pada 30 September 2007, rumah Kak Zahrah lah yang pertama sekali kami jejak. Ketika itu bulan ramadhan juga dan kami yang keletihan berbelas jam diperjalanan dapat berbuka dengan nasi ayam yang enak masakan Kak Zahrah. Bermula hari itulah ukhuwwah yang terjalin kekal hingga ke hari ini dan selamanya InsyaAllah. Umar anakku juga berkawan baik dengan Alif anak kak Zahrah sebab jarak usia yang dekat. Rasa sedih bila Umar asyik kata nak main mainan yang baru dibeli kat carboot minggu lepas dengan Alif. Rupanya Umar ingat Alif hanya balik sekejap sahaja ke Malaysia. Sian Umar. InsyaAllah, harapnye kami akan bertemu lagi di tanah air kelak.
Bergambar kenangan sebelum Kak Zahrah bertolak ke airport Manchester

Umar dan Alif, moga dapat bertemu lagi bila dah besar nanti

Marhaban Ya Ramadhan


"Apabila tiba bulan Ramadhan maka dibuka pintu-pintu rahmat." (Riwayat Muslim)

Selamat berpuasa dan beribadah. Moga ramadhan kali ini lebih baik dari sebelumnya.