Showing posts with label Hari Istimewa. Show all posts
Showing posts with label Hari Istimewa. Show all posts

Mencecah Usiaku Ke-3 Dekad

7 Julai 2011 yang lalu genap usiaku 30 tahun. SubhanAllah, cepatnya masa berlalu. Pejam celik dah masuk 3 dekad usiaku. Setahun lagi usia bertambah, setahun lagi makin dekat untuk kembali kepada yang Maha Pencipta. Rasa baru sedikit sangat amalan buat bekal ku menemuiNya nanti.

Apa pun aku bersyukur kerana masih bernafas sehingga ke saat ini dan dapat meneruskan hidup di muka bumi sebagai hambaNya. Masih banyak tanggungjawab yang perlu ku laksanakan dengan baki usia yang entah berapa banyak yang ada. Moga Allah memberkati usiaku yang telah lalu dan akan datang serta permudahkan urusanku terutamanya untuk melahirkan anak ketigaku nanti. Amiin.


Hadiah daripada suamiku tahun ini ialah bunga, kad dan kek serta belanja makan di Kebabish. Terima kasih abang sayang :). Selain tu, hadiah yang paling istimewa sempena hari lahirku tahun ini ialah abang dah berjaya menghantar tesis PhDnya setelah hampir 3 tahun 9 bulan pengajian di Sheffield Uni. Alhamdulillah, tahniah buat abang. Sekarang abang masih menanti tarikh untuk viva. Moga dipermudahkan urusan viva abang selepas ni. Amiin :)

Selamat Hari Lahir Ke-30 Buat Suamiku

Semalam 20 Januari 2011 genap sudah 30 tahun usia suamiku yang tercinta. Sungguh cepat masa berlalu dan kini usia kami sama-sama telah menginjak ke angka 3. Selamat hari ulangtahun kelahiran ku ucapkan. Moga usia yang telah berlalu dan masih berbaki diberkatiNya dan semoga abang bahagia di dunia dan akhirat. Tak lupa juga sentiasa ku doakan agar abang dapat menyiapkan PhD dengan jayanya. Amiin.


Abang potong kek beli siap je tahun ni sebab aku alahan dan tak larat nak buat kek



Hadiah jam tangan dan kad ucapan dari ku dan keluarga di Msia untuk abang

Aidiladha kali ke-4 di Perantauan

Pada hari Selasa 16 November yang lalu kami di UK menyambut Aidiladha, sehari lebih awal dari Malaysia. Pada malam Aidiladha kami berkumpul untuk bertakbir di rumah seorang kawan di sini. Terasa juga la suasana raya bila berkumpul dan bertakbir ramai-ramai.
Takbir malam raya

Keesokannya pada pagi raya, kami komuniti Malaysia di sini seperti biasa bersolat raya dan jamuan di PMC. Sebelum ke PMC aku cuma sempat masak nasi lemak 1 kg sebagai menu yang telah dibahagikan untuk dibawa ke PMC mengikut kariah. Itu pun sampai kena kukus atas dapur 2 kali lepas masak dalam rice cooker sebab nasi kurang masak. Agaknya sebab aku guna beras baru yang ade campuran sikit. Kelam kabut juga aku 3 beranak berkejar ke PMC naik teksi. Suami aku terus ke sana dari tempat kerja dia. Terpaksa la kami naik teksi sebab kereta Fiat Brava yang baru 5 bulan kami beli dah rosak (timing belt putus pada 24 Oktober lepas) dan telah di hantar ke scrapyard. Tiba je di PMC orang dah solat rakaat kedua. Mujur sempat juga aku solat jemaah sekali.
Lepas solat dan khutbah, kami berjamuan dan sembang-sembang ukhuwwah dengan rakan-rakan. Lepas tu, kami naik tram balik ke city centre dan terus ke open house rumah kak Lina. Pada sebelah malam kami jemput adik UG Hairul dan familinya yang datang dari Malaysia untuk konvokensyen di Sheffield Hallam Uni. Itulah cerita raya aidiladha kami diperantaun untuk kali yang ke-4. Harapnye ini raya yang terakhir kami di sini. Tak sabar dah nak beraya dengan saudara-mara di tanah air :)



“Dari Aisyah r.a. katanya; Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tiada amalan anak Adam pada hari Aidil Adha yang disukai Allah selain daripada menyembelih korban. Korban-korban itu akan datang kepada orang yang melakukannya pada hari kiamat seperti keadaan semula, iaitu dengan anggotanya, tulangnya, tanduknya dan bulunya. Darah korban itu lebih dahulu jatuh ke suatu tempat yang disediakan Tuhan sebelum jatuh ke atas tanah. Oleh sebab itu, berkorbanlah dengan senang hati”. (at-Tirmidzi dan Ibnu Majah)

Hari Ulangtahun Kelahiran Uwais Ke-2

Pada 16 Oktober 2010 yang lalu genaplah usia anakku Muhammad Uwais 2 tahun. Kami sekeluarga mengadakan majlis kesyukuran kecil-kecilan pada sebelah malam. Mudah-mudahan Uwais terus membesar dalam sejahtera dan menjadi anak yang soleh dan berbakti kepada ibu dan abahnya kelak :)

Kek untuk Uwais

Umar dan Uwais memotong kek

Uwais main hadiah Thomas


Bersama hadiah-hadiah

Hadiah basikal daripada Ibu dan Abah

Cerita Aidilfitri 2010

Sudah agak lama blog ini tidak diupdate. Jadi sementara Syawal masih berbaki inilah entry tertunda 3 dalam 1 untuk cerita projek biskut raya, sambutan aidilfitri dan juga open house kami pada tahun ini.

Projek Biskut Raya

Pada mulanya aku bercadang nk beli je biskut raya seperti tahun sebelum ni. Bila tanya kat suami, dia suruh cuba buat. Kelam kabut jugak la beberapa hari lagi nak raya baru nak beli bahan dan cari resepi. Alhamdulillah menjadi juga tat nenas, biskut almond dan cornflakes. Untuk tat nenas aku buat bersama-sama dengan 2 lagi rakan iaitu Adeela dan Kak Lina bersama tunjuk ajar, panduan dan resepi daripada orang berpengalaman iaitu Kak Yati.

Bersama Kak Lina dan Adeela membuat tat nenas

Hasil tat nenas pertama

Untuk almond dan cornflakes aku cuba je resepi daripada laman web resepi yang terkenal Hanieliza. Alhamdulillah menjadi dan rasanye sedap :)

Biskut almond Sheffield & cornflakes madu

Sambutan Aidilfitri

Aidilfitri di Sheffield tahun ini jatuh pada Jumaat 10 Sept, sama dengan Msia. Seperti biasa kami orang-orang Malaysia di Sheffield bersolat sunat aidilfitri dan berjamuan raya di PMC. Pada hari raya pertama juga dah ade jemputan rumah terbuka dan begitulah hari-hari hujung minggu berikutnya. Ketika aku menulis entry ini baru saja selesai giliran rumah terbuka semua kariah di Sheffield. Kami sekeluarga telah pergi memenuhi semua undangan dan setiap rumah serta dewan yang kami kunjungi diabadikan dengan gambar kenangan kerana kemungkinan besar ini aidilfitri terakhir kami di Sheffield.

Solat sunat aidilfitri di PMC

Gambar keluarga
(kredit to Ise the DLSR photographer)

Rumah Terbuka Aidilfitri

Pada tahun ini kariah city mendapat giliran membuat rumah terbuka yang terawal. Jadi kami telah mengambil giliran pada Sabtu 18 Sept bermula jam 12.00 tgh hingga 10.00 malam. Alhamdulillah majlis berjalan lancar dan meriah dengan kehadiran rakan-rakan dari Sheffield dan juga Nottingham. Menu pada tahun ini ialah mihun dengan sup tulang, nasi putih lauk sayur salata, ayam masak serai dan sambal belacan serta mi kari pada sebelah malam. Menu sampingan pula ialah buah honeydew, puding jagung, kek coklat moist dan kek tiramisu. Terima kasih kepada Nina dan jiran kami Izyan yang datang membantu dan juga terima kasih kepada semua yang telah hadir :)

Menu-menu rumah terbuka kami

Bersama antara tetamu Sheffield yang hadir

Bersama tetamu jauh, Hafiz & Wani dari Notts

Salam Aidilfitri 1431H


Ramadhan sudah tiba ke penghujungnya. Semoga kita dapat bersua lagi dengan Ramadhan akan datang. Syawal menjelma untuk kita raikan dengan rasa syukur atas kemenangan sebulan melawan hawa nafsu.

Oleh itu kami sekeluarga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menyambut aidilfitri kepada semua keluarga, saudara-mara, sahabat handai serta semua yang mengenali kami di Malaysia, UK dan seluruh dunia. Mohon maafkan segala salah dan silap kami sekeluarga.


p/s - Salam Peratauan Utusan

Ulangtahun Perkahwinan 'Abah' dan 'Ibu' yang ke -5

Acara potong kek anniversary ke-5 buatan 'Ibu'


Pertamanya bersyukur kepada ilahi kerana dengan izinNYA, maka 'Abah' dan 'Ibu' telah dijodohkan 5 tahun yang lalu. Sungguh banyak kenangan manis yang 'Abah' rasakan hidup bersama dengan 'Ibu'. Segala kekurangan terutama daripada 'Abah' pastinya berlaku (dengan izinNYA) dan insyaallah cuba untuk perbaiki dan daripada 'Ibu', 'Abah' anggap sebagai rencah dalam kehidupan yang tidak perlu kita kesalkan.


'Abah' ingat lagi sewaktu selepas akad nikah, 'Abah' ada katakan pada 'Ibu', yang kita akan ambil masa yang lama untuk sesuaikan diri sebab kita sudah dicorakkan selama 24 tahun dengan suasana yang berbeza. Andai ada kekurangan, maka sama-sama kita tegur dan perelokkan. Sebab perkahwinan itu merupakan satu perkongsian bersama.


Akhir kalam, 'Abah' doakan agar, 'Abah' dan 'Ibu' dikurniakan kebahagian dan kekal sampai ke syurga. Terima kasih bidadariku.....


Selamat Hari Lahir Sayangku

'Ibu' dan adik Uwais

Dikesempatan ini, 'Abah' nak ucapkan selamat hari lahir yang ke-29 buat 'Ibu' yang 'Abah' sayangi. 'Ibu' lah pelengkap hidup 'Abah' di muka bumi ini dan mudah-mudah bertemu di syurga kelak. Walaupun hampir 5 tahun mengenali 'Ibu', banyak yang 'Abah' pelajari daripada 'Ibu'. 'Ibu' seorang yang teliti dan senantiasa kemas. Rumah senantiasa kemas dan cantik walaupun 'Ibu' sibuk melayan kerenah 2 orang bakal pejuang. 'Ibu' yang sentiasa ramah menyebabkan mudah untuk didekati oleh teman-teman. Semoga 'Ibu' senantiasa ceria dan berada di bawah rahmatNYA hingga ke akhir hayat. Manfaatkan masa muda sebelum tiba masa tua kelak sepertimana sabda Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam yang bermaksud:

“Rebutlah lima keadaan sebelum datang lima keadaan yang lain, iaitu keadaan muda sebelum kedatangan waktu tuamu, keadaan sihatmu sebelum kedatangan waktu sakitmu, keadaan kaya (berada) sebelum ketibaan keadaan fakirmu, keadaan lapangmu sebelum kedatangan waktu sibukmu dan masa hidupmu sebelum tibanya kematianmu.” [Diriwayatkan oleh al-Imam al-Hakim daripada Ibnu Abbas radiallahuanhu]

Semoga usiamu diberkati olehNYA.

Hadiah istimewa Kamera Digital NIKON baru daripada 'Abah' untuk 'Ibu' yang suka bergambar dan mengambil gambar

Hadiah istimewa coklat Cadbury Milk Tray daripada 'Abah'

Kad ucapan istimewa untuk 'Ibu' daripada 'Abah', Umar & Uwais
Kek istimewa daripada kawan-kawan 'Ibu'

Selamat Hari 'Abah'

Hari ini 20 Jun 2010 merupakan sambutan Hari Bapa di Malaysia dan juga UK. Untuk itu aku dan suami ingin mengucapkan Selamat Hari 'Abah' kepada abah-abah kami (kebetulan dua-dua kami panggil abah). Aku juga mewakili anak-anakku Umar dan Uwais mengucapkan Selamat Hari 'Abah' kepada abah mereka iaitu suami aku. Terima kasih diucapkan kepada ketiga-tiga 'Abah'. Semoga dirahmati Allah sentiasa :)

Abah A. Rashid yang kami kasihi


Abah Borhamdin yang kami kasihi


Abah Ahmad Safuan yang kami kasihi


Hadiah daripada Umar dan Uwais untuk Abah



"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan Daku (dalam ibadatmu) dengan sesuatu yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya, maka janganlah engkau taat kepada mereka. Kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya, kemudian Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang kamu telah kerjakan." (al-Ankabut:8)


Selamat Hari Lahir Umar Yang Ke 4

" Umar dah 'Four' "

Alhamdulilah, pada 5 Jun 2010, genap la Umar 4 tahun. 'Abah' dan 'Ibu' telah mengadakan satu majlis kesyukuran pada hari Jumaat malam. Majlis kesyukuran tersebut dibuat bersama dengan Ainul disebabkan hari lahirnya pada 7 Jun 2010 genap 3 tahun. Majlis dibuat kecil-kecilan kerana kekangan ruang rumah dan masa. Harapan 'Abah' dan 'Ibu' semoga Umar membesar menjadi anak yang soleh dan berguna kepada Agama, bangsa dan negara. Teringat 'Abah' daripada petikan Sabda Rasulullah mengenai kelebihan anak soleh yang bermaksud:

“Apabila mati anak Adam, maka telah terputuslah amalannya melainkan 3 perkara ; Sedekah Jariah, atau Ilmu yang memunafaatkannya, atau Anak soleh yang mendo’akan keatasnya”

[Hadith diriwayatkan oleh Muslim, Abu Daud, Tirmudzi, al-Nasaa'i, dan al-Bukhari].


" Majlis dimulakan dengan bacaan doa selamat oleh Pakcik Amin "

" Umar dengan baju yang 'Atuk' belikan tahun lepas, kacak bukan"

" Umar memotong kek buatan 'Ibu' "

" Makcik-makcik yang datang "

" Gambar sekeluarga"

" Koleksi hadiah daripada 'Pakcik-pakcik' dan 'Makcik-makcik' "

" Hadiah daripada 'Abah' dan 'Ibu', lepas ni boleh ke kedai belikan 'Ibu' ayam kat Yafai"

"Adik Uwais pun dapat hadiah gak"

Selamat Hari Lahir 'Pakcik Di'

Hari ini genaplah 'Pakcik Di' berumur 27 tahun. 'Pakcik Di' adalah adik 'Abah' dan anak ke 4 daripada 6 adik beradik. 'Pakcik Di' sudah berkahwin dengan 'Makcik Sarah' dan dikurniakan seorang anak bernama Luqman yang lahir tahun lepas. Sekarang menetap di Permatang Pauh. Semoga ALLAH memberkati umur 'Pakcik Di' dan dimurahkan rezeki mereka sekeluarga. Selamat Hari Lahir 'Pakcik Di' daripada kami sekeluarga. Insyaallah bertemu di Malaysia kelak.


" 'Pakcik Di' dan 'Makcik Sarah' pada hari perkahwinan - sumber Cik Su"

Selamat Hari Lahir 'Atuk'


" 'Atuk Rashid' yang kami semua sayang akhirat dan dunia"

Hari ini, genaplah 'Atuk Rashid' berumur 61 tahun. 'Atuk Rashid' dilahirkan di Tumpat, Kelantan pada tahun 1949. Dibesarkan dalam keadaan keluarga yang sederhana yang mana 'Tok Ayah' bekerja dengan Keretapi Tanah Melayu. 'Atuk Rashid' adalah anak sulung daripada 3 adik beradik. Mendapat pendidikan sehingga ke Glasgow University dalam bidang kejuruteraan awam dan berkhidmat dengan Jabatan Kerja Raya setelah pulang sehinggalah pencen. Sebab itulah sewaktu 'Atuk Rashid' datang ke U.K tahun lepas, dia memang berhajat untuk melihat kembali university lamanya dan kami bersama-sama ke sana.

" 'Atuk Rashid' dihadapan Glasgow University"


'Abah' sungguh bertuah kerana dibesarkan oleh 'Atuk Rashid' yang memang seorang yang berdisplin tinggi. Masih ingat lagi sewaktu kami zaman kanak-kanak, 'Atuk Rashid' akan mengajar Al-Quran selepas waktu Maghrib. 'Abah' masa tu merangkak-rangkak baca dan selalu kena marah dengan 'Atuk'. 'Atuk' selalu bawa kami pergi solat berjemaah di masjid dan ke kuliah-kuliah samada Subuh ataupun Maghrib. Kalau tidak solat di masjid, maka kami solat berjemaah di rumah dan selepas solat, 'Atuk' akan baca hadith daripada kitab Riyadus Saleheen atau Bulughul Maram. Sekarang 'Atuk' sudah pencen. Kebiasaannya rutin hariannya bermula seawal 5 pagi, solat Subuh berjemaah di Masjid dan lepas itu baca Al-Quran. Tu yang 'Abah' kagum sangat-sangat dengan 'Atuk'. Kalau tiada sebarang mesyuarat, 'Atuk' akan duduk di rumah. Mujur 'Nenek' dah pencen dan jadi peneman 'Atuk' sekarang. Ke hulu ke hilir 'Atuk' akan bawa 'Nenek'. Semoga berkekalan sehingga ke syurga.

Harapan 'Abah', selagi nyawa 'Abah' dikandung badan, 'Abah' akan senantiasa berdoa semoga 'Atuk' dilindungi dibawah rahmatNYA. Kadang-kala, 'Abah' terfikir, kenapalah 'Abah' tak duduk kat K.L dan berbakti kepada mereka. Insyaallah, walaupun berjauhan geografi, setiap minggu 'Abah' akan cuba bertanya khabar mereka berdua. Akhir kalam, Selamat Hari Lahir 'Atuk Rashid' yang kami di sini sayangi.


"Segak bukan 'Atuk' "

" Hobi 'Atuk' adalah memasak, sebab itu 'Abah' pandai masak"

"Hadiah dari Umar untuk 'Atuk' "

" Uwais pun ada hadiah untuk 'Atuk' "