Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts
Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts

Tahniah Parlimen Malaysia


Semalam (7 Jun 2010), telah diadakan satu usul mengecam sekeras-kerasnya tindakan tentera Israel menyerang kapal Mavi Marmara yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza mengakibatkan sembilan aktivis terkorban dan 12 rakyat Malaysia ditahan pada 31 Mei lepas.

Usul yang dibentang pada 11.30 pagi tadi oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan disokong oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin diluluskan setelah perbahasan lebih lima jam oleh wakil kerajaan, pembangkang dan bebas.

Keputusan sebulat suara itu diumumkan Timbalan Speaker Datuk Ronald Kiandee ketika majoriti Anggota Parlimen berada dalam dewan kecuali mereka yang mempunyai urusan rasmi di luar, termasuk Anggota Parlimen Parit Mohd Nizar Zakaria, yang turut mengikuti misi kemanusiaan ke Gaza bersama Perdana Global Peace Organisation (PGPO) dengan kapal MV Rachel Corrie.

Dewan Rakyat mempunyai 222 anggota dengan 137 mewakili Barisan Nasional, 77 pembangkang dan lapan anggota Bebas. Pembangkang terdiri daripada Parti Keadilan Rakyat (25), DAP (29), PAS (23) dan Bebas (lapan).

Seramai 28 anggota, masing-masing 12 daripada BN dan 13 daripada pakatan pembangkang serta dua anggota Bebas membahaskan usul berkenaan.

sumber : malaysianinsider

Respon Perdana Menteri Turki ke atas Insiden Mavi Marmara

"Sheffield protest against Israeli's massacre on the Freedom Flotilla" 5 petang ini di Town Hall

"Demonstrasi secara aman di Melaka"

Demonstrasi adalah gerakan tunjuk perasaan yang dilakukan oleh sekumpulan orang di khalayak. Ianya dibuat bagi menyatakan perasaan, pendapat atau meluahkan fikiran secara terbuka. Demonstrasi boleh digunakan sebagai satu cara untuk menyatakan pandangan (positif atau negatif) berdasarkan isu-isu umum khususnya keadilan sosial dan politik. Kebanyakan negara yang mengamalkan system demokrasi yang tulen, demonstrasi menggambarkan manifestasi kebebasan bercakap oleh rakyatnya. Demonstrasi secara aman perlu dipandang sebagai ruang terbuka kepada rakyat bagi menyatakan sebarang cadangan dan kritikan membina.

"Demonstrasi secara aman oleh Ibrahim Ali"

Dalam soal mengatakan penindasan dan kezaliman ke atas sesuatu kuasa sebagai contoh Isu Palestine, ia merupakan jalan yang terbaik bagi memberi kesedaran kepada masyarakat dunia tentang tindakan zalim yang dilakukan oleh regim Israel ke atas masyarakat Palestine. Setiap daripada kita terutama sebagai seorang muslim perlu memainkan peranan dalam menyatakan kebencian ini. Ia selaras dengan sabda Rasulullah (s.a.w) yang bermaksud:

“ Sesiapa yang melihat kemungkaran, hendaklah ia mencegah dengan tangannya, barangsiapa yang tidakmampu, cegahlah dengan lisannya (perkataan dan tulisan), barangsiapa yang tidak mampu, cegahlah dengan hatinya (iaitu dengan rasa benci)"

Ini juga selaras dengan pandangan yang diutarakan oleh Syeikh Yusuf Qardawi dalam isu Palestine:

"Menyokong penduduk Palestin di Gaza adalah satu kewajipan agama pada setiap individu Islam dan tiada siapa terkecuali daripada tugas tersebut. "

Semoga dengan kesedaran ini, mampu memberi tekanan secara politik kepada regim Israel setelah pelbagai siri resolusi dan genjatan senjatan menemui jalan buntu. Perbetulkan niat kerana ALLAH dan semoga usaha kita yang kerdil ini, memberi ruang keamanan kepada mereka di sana.

Isreal Yang Angkuh

" Mavi Marmara"

Semua sedia maklum mengenai insiden yang berlaku ke atas kapal Mavi Marmara dalam misi kemanusian Freedom Flotilla. Konvoi ini yang diketuai oleh sebuah NGO daripada Turki iaitu Insani Yardim Vakfi (IHH) telah diserang oleh Komando Isreal dan mengakibatkan kematian mencecah 20 orang dan 30 lagi mengalami cedera parah. Kebanyakan yang terkorban adalah daripada Turki.

Konvoi kemanusian tersebut mematuhi dan berpandukan kepada Resolusi 1860(2009) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan undang-undang maritim lain yang berkaitan. Antara kandungan Resolusi 1860 adalah:

a) menyeru kepada penghantaran bantuan kemanusiaan kepada Gaza termasuk
makanan, minyak dan kemudahan perubatan,
b) menggalakkan usaha-usaha membuka laluan dan mekanisma lain bagi tujuan
menyampaikan bantuan kemanusiaan yang berterusan,
c) menyeru semua negara untuk menyokong usaha-usaha di peringkat
antarabangsa bagi memperbaiki keadaan kemanusiaan dan ekonomi di Gaza, dan
d) mengecam semua bentuk keganasan dan serangan terhadap masyarakat awam
dan semua bentuk terorisma.

Konvoi ini membawa kira-kira 10,000 tan barangan bantuan. Seramai lebih 540 orang menaiki kapal Mavi Marmara, termasuk ahli parlimen, ahli akademik, petugas media, ulamak, seorang kanak-kanak berumur kurang daripada satu tahun dan juga seorang warga emas berumur lebih daripada 80 tahun, Edward Peck, mantan Duta Amerika Syarikat. Kapal tersebut telah disemak dengan terperinci sebelum berlepas dari negara asal dan sudah pasti tidak membawa sebarang bentuk senjata.

Menurut Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan, setiap kapal yang berlepas telah diperiksa dan mematuhi peraturan maritim antarabangsa dan hanya membawa peralatan kemanusian ke Gaza. Walaubagaimanapun, Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak yang menyatakan bahawa komando-komando Isreal diserang oleh penumpang-penumpang kapal dan menyebabkan mereka tercedera dan bertindak membalas untuk mempertahankan diri. Sedangkan kapal tersebut tidak menceroboh perairan Isreal dan berada di dalam perairan antarabangsa.

Oleh itu, marilah kita bersama-sama berdoa agar semua aktivis konvoi tersebut selamat dan semoga kita terus istiqamah dalam memberi sumbangan ke atas pembebasan Gaza dan rakyat Palestin daripada cengkaman Israel samada dalam bentuk tenaga, masa, kewangan dan paling penting doa. Semoga Allah memberi kekuatan bersama sepertimana kata-kata daripada Syeikh Yusuf Qardawi:

"Menyokong penduduk Palestin di Gaza adalah satu kewajipan agama pada setiap individu Islam dan tiada siapa terkecuali daripada tugas tersebut. "
Untuk mengikuti perkembangan terkini, sila layari http://www.livestream.com/insaniyardim/

Perjudian Piala Dunia

"Kumpulan Berjaya"

Kumpulan BERJAYA yang dipengerusikan oleh Tan Sri Dato’ Seri Vincent Tan Chee Yioun telah berjaya secara rasminya mendapat lesen judi bagi kejohanan bola sepak piala dunia bermula bulan hadapan. Berikut adalah kenyataan yang dikeluarkan oleh Malaysiakini dan ada beberapa perkara yang boleh renungkan bersama daripada kenyataan dibawah.


Menurut akhbar harian Cina, Sin Chew, menteri kewangan semalam secara rasminya memberi lesen judi berkenaan kepada Kumpulan BERJAYA. Sehubungan itu pertaruhan secara sah boleh dilakukan sebelum kejohanan bolasepak itu bermula pada 11 Jun ini. BERJAYA akan menjadi syarikat tunggal pertaruhan bolasepak di negara ini yang mempunyai lesen. Ia dijangka akan menggunakan lebih dua ratus kedai pertaruhan Toto yang dimilikinya itu untuk menerima pertaruhan. Sebelum ini, ada pihak yang bimbang rangkaian kedai serbanika, 7-eleven yang juga dimiliki Kumpulan BERJAYA akan digunakan untuk tujuan yang sama. Sin Chew memetik sumber yang berkata, masyarakat Islam akan dilarang daripada terbabit dengan pertaruhan bolasepak itu. BERJAYA pada 11 Mei lalu memohon sahamnya di Bursa Kuala Lumpur digantung hari ini mulai jam 9 pagi hingga 5 petang sementara menunggu pengumuman lanjut berhubung cadangan menaikkan modalnya. Ketika dihubungi pegawai BERJAYA berkata kenyataan media akan dikeluarkan hari ini. Pada 6 Mei lalu, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussein, berkata tindakan kerajaan itu bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini. Katanya, jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen kepada pihak yang memohon, aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa.


Sumber : Malaysiakini



1. "masyarakat Islam akan dilarang daripada terbabit dengan pertaruhan bolasepak itu".



Sejauh mana pengawalan yang boleh dilakukan. Cuba tengok gambar di bawah. Walaupun sebelum ini ada menyatakan bahawa judi tidak boleh dijual kepada orang Islam, gambar di bawah menjadi saksi berapa ramainya orang melayu Islam berjudi.




Sumber: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)


2. "Katanya, jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen kepada pihak yang memohon, aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa."


Satu kenyataan yang memang tidak sesuai dikeluarkan oleh seorang timbalan menteri Islam. Apa yang dikhuatirkan, selepas ini banyak la benda yang haram akan menjadi halal jika ada keuntungan untuk negara jika hujah begini digunakan. Cuba kita tengok kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang menteri di Brunei mengenai isu arak.



BANDAR SERI BEGAWAN (Brunei): Menteri Hal Ehwal Agama Brunei, Zain Serudin menolak usul ahli Parlimen, Goh King Chin supaya zon khas jual beli arak diwujudkan untuk pelancong bukan Islam.

Zain menegaskan, andai ia diwujudkan, Brunei yang mengharamkan penjualan arak pasti dilaknat Tuhan.

“Yang paling kami takuti ialah laknat Allah. Laknatnya bukan pada mereka yang melakukannya sahaja tapi semua yang berada di negara ini.

“Pelancong yang ingin minum arak boleh minum di negara mereka, malah mereka boleh mandi arak.

“Hari ini mereka mahu zon arak, lepas ini mungkin zon pelacuran, kasino. Kami perlu tolak semuanya dan kekalkan kemakmuran,” tegasnya. - AP


Sumber : Tranungkite


Sesungguhnya apa yang ALLAH haramkan ada hikmahnya seperti ayat 219 surah Al-Baqarah yang bermaksud:


“Mereka bertanya kepadamu tentang khamar dan judi. Katakanlah: "Pada keduanya terdapat dosa yang besar dan beberapa manfa'at bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfa'atnya". Dan mereka bertanya kepadamu apa yang mereka nafkahkan. Katakanlah: " Yang lebih dari keperluan." Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu supaya kamu berfikir.”


(Al-Baqarah:219)


Sesungguhnya, kajian daripada para Saintis telah menemui bahawa kesan berjudi sama dengan kesan pengambilan alkohol dan dadah.

Problem gamblers share deficits in impulsive decision-making with alcohol-dependent individuals Lawrence AJ (Lawrence, Andrew J.) et al


''Gambling and alcohol-dependent groups shared deficits in tasks linked to ventral prefrontal cortical dysfunction. Tasks loading on dorsolateral prefrontal cortex were selectively impaired in the alcohol-dependent group, presumably as a consequence of long-term alcohol use.''



Gambling pathology is associated with dampened cortisol response among men and women
J.J. Paris et al


''Engaging in gambling instantiates many of the same physiological processes that are associated with drugs of abuse. First, there are autonomic effects of gambling. We and others have demonstrated that non-pathological gambling is associated with increases in heart rate. As well, autonomic stimulation is observed with engagement in drug-seeking and drug-taking''


wassalam.

Perdana Menteri Britain Baru

"Di hadapan No. 10, Downing Street"

Setelah hampir seminggu berlalu pilihanraya di Britain yang berkesudahan dengan tiada pemenangnya, akhirnya Parti Konservatif pimpinan David Cameron dan Parti Liberal Demokrat, hari ini mencapai persepakatan membentuk kerajaan campuran pertama di negara itu sejak 1945. Menurut sumber daripada No. 10 (macam Sri Perdana, Putrajaya), Nick Clegg akan dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dan 4 lagi wakil daripada Parti Liberal Demokrat akan dilantik sebagai menteri dalam kerajaan baru.

Persetujuan antara dua parti itu dicapai lima hari selepas pilihan raya umum negara itu menyaksikan tiada sebarang pihak meraih majoriti, sekali gus menghentikan pemerintahan 13 tahun oleh parti berhaluan tengah kiri Parti Buruh pimpinan Tony Blair dan penggantinya Gordon Brown.

Walaupun ada beberapa perbezaan prinsip di antara kedua-dua parti, tetapi atas kepentingan negara, mereka terpaksa ketepikan bersama. Berikut adalah kenyataan yang dikeluarkan oleh David Cameron mengenai pergabungan kedua-dua parti:

“This is going to be hard and difficult work. A coalition will throw up all sorts of challenges. But I believe together we can provide that strong and stable government that our country needs,”


sumber: Daily Times

'Hung Parliament'

Keputusan Piliharaya U.K hari ini menunjukkan tiada parti yang menang secara majoriti. Ia boleh diistilahkan sebagai 'Hung Parliament' kerana tiada mana parti pun menang secara mudah. Oleh demikian, berdasarkan perlembagaan, Mr Gordon Brown adalah Perdana Menteri lagi dalam tempoh yang singkat sehingga dia dapat kemenangan mutlak dengan membentuk pakatan bersama dengan parti-parti lain. Walaubagaimanapun, dari sudut politiknya, parti Conservative mendahului berbanding parti-parti lain dan sudah tentulah Mr Cameron yang hanya perlu 20 lagi kerusi untuk menjadi kerajaan akan mencari rakan untuk berpakat. Dari sudut matematiknya, mustahil bagi Labour untuk memerintah kembali walaupun bergabung dengan Lib. Democrat melainkan parti-parti kecil yang lain berpakat bersama. Ini menunjukkan walaupun Labour dan Conservative menang besar, tapi parti-parti lain 'lebih kuat' bagi menentukan kerajaan campuran. 'Hung Parliament' adalah situasi yang tidak stabil dan bila-bila masa sahaja pilihanraya balik akan berlaku jika tiada pakatan yang akan berlaku oleh mana-mana parti. Ia pernah berlaku pada tahun 1974 dan terpaksa diadakan pilihanraya balik bagi mendapat kerajaan yang sah.


'Keputusan sehingga 649 kerusi daripada 650'

sumber http://news.bbc.co.uk/1/shared/election2010/results/

Selamat Mengundi

Hari ini bersamaan 6 Mei 2010, pilihanraya bagi Parlimen U.K akan diadakan. Insyaallah 'Abah' dan 'Ibu' bercadang akan keluar mengundi selepas hantar Umar ke nursery. Siapa yang 'Abah' dan 'Ibu' mengundi, biarlah rahsia asalkan 'Abah' dan 'Ibu' menjalankan kewajipan yang diberi berdasarkan beberapa saranan seperti kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden Persatuan Muslim Britain (MAB):

MAB’s president Al-Amin Belhaj said “Muslim voters must give their votes to those best able to serve the British people as a whole without any kind of segregation or alienation towards any section of the society”.

There must be no room in contemporary Britain for second class citizens as sometimes seems to be the case in the mindset of certain politicians belonging to certain political mainstream political parties and not only the far right.

The Muslim Association of Britain suggests to the Muslim community to vote for the best candidates belonging to the major political parties including the Labour Party, the Liberal Democrats and the Conservative Party and according to the best manifesto serving the social justice, the environment and a more humane policies in fighting poverty,Islamophobia and any kind of occupation of other people countries’.

sumber : http://www.mabonline.net/

'Abah' rasa satu kenyataan yang tidak berat sebelah dan mementing kesejahteraan Ummah. Insyaallah keputusan mengundi esok sebab masa mengundi tamat jam 10.00 malam ini.

Cara diorang berkempen

"Debat antara Gordon Brown (Labour), David Cameron (Conservative) dan Nick Clegg (Liberal Democrats) secara 'live' "

"Sepanduk Parti Hijau - bukan Parti Islam Semalaysia (PAS)"

"Sepanduk Parti Liberal Democrats - rasanya ada peluang untuk menang"

Harapan 'Abah', agar kesejahteraan Ummah berada di dalam keadaan aman dan Islam di U.K ini tidak di anaktiri dan berkembang dengan pesatnya dan U.K mengamalkan dasar luar yang tidak menganiaya Islam terutama di Timur Tengah.

Berkempen di Masjid

Semalam (22 April 2010, Khamis), 'Abah' pergi menyaksikan kempen bagi pilihanraya umum bagi United Kingdom. Insyaallah, pilihanraya yang diadakan 5 tahun sekali ini, akan diadakan pada 6 Mei 2010. 'Abah' dan 'Ibu' layak untuk mengundi dan akan menjalankan tugas pada tarikh tersebut. Buat masa sekarang, parti labour (buruh) menjadi kerajaan yang diketuai oleh Gordon Brown. Banyak parti yang bertanding dan yang terkenal adalah Parti Labour, Parti Liberal Democrats dan Parti Conservative. Biasa la, parti-parti ini akan datang dengan manifesto masing-masing. Berikut adalah beberapa manisfesto parti-parti utama yang 'Abah' sebutkan tadi (Pakcik Firdaus Rahim yang bagi tahu, kalu tak 'Abah' pun tak tau) :

Conservatives cadangkan;
1) create a Pupil Premium, giving more money to schools that teach the poorest children
2) scrap identity card scheme
3) set an annual limit for non-EU economic migrants.

Labour pula cadangkan;
1) ensure all people who suspect they have cancer get test results within one week;
2) guarantee a place in education or training for all 16 and 17 year olds,
3) give parents of one- and two-year-olds an extra £4 a week in Child Tax Credit for each child from 2012

Lib Democrats
1) raise the threshold at which people start paying income tax from £6,475 to £10,000

British National Party;
1) Halt all immigration
2) deport criminal and illegal immigrants
3) offer legal immigrants financial incentives to return voluntarily to their countries of origin

Hampir terlupa cerita pasal kempen yang 'Abah' pergi semalam. Ada perkara yang menarik yang 'Abah' nak kongsikan. Kempen tersebut berlangsung di dalam masjid di Sheffield. Lebih menarik, kempen ini disampaikan oleh beberapa panel mewakili parti masing-masing seperti Paul Blomfield dari Labour, Paul Scriven dari Liberal Democrats, Jillian Creasy dari Green Party, David Pidcock dari Cross Party Alliance dan John Sharp dari Conservative. Ada soal jawab dengan peserta dan ramai yang tidak puas hati dengan kerajaan sekarang (Labour) atas campurtangan Britain dalam isu peperangan di timur tengah. Alhamdulilah, ia berlaku dengan tenang dan tenteram. Harapan agar perkara ini berlaku bila 'Abah' dan 'Ibu' balik ke tanahair terchenta. Nak tengok gak Datuk Seri Ali Rustam berkempen bersama dengan Haji Muhammad Sabu atau En. Saifudin Nasution ke.

"Tenang dan tenteram"

Isu Kartika Sari Dewi Shukarno

Oleh: Ahmad Safuan A. Rashid


Sekadar nak berkongsi mengenai isu saudari Kartika Sari Dewi Shukarno hasil daripada beberapa pembacaan samada di media arus perdana ataupun di internet. Saya rasa ramai dikalangan kita sedar akan isu ini sebab ia mendapat liputan luas media tempatan dan antarabangsa, termasuk BBC dan CNN. Malah di Al Jazeera, artikel berkenan isu ini menjadi antara isu yang paling banyak mendapat respons emel daripada pembaca. Sefahaman saya, kartika dikenakan hukuman sebat setelah didapati bersalah kerana meminum minuman keras di sebuah hotel di Pahang.


Lalu berlakulah pelbagai reaksi dikalangan orang berkuasa mengenai isu ini sedangkan sehingga email ini ditulis, saudari Kartika masih mahu hukuman terhadapnya diteruskan dan enggan merayu. Beliau insaf dan mahu hukuman dijalankan ke atasnya sebagai pengajaran kepada orang lain persis peristiwa yang berlaku di zaman rasulullah yang mana ada seorang wanita mengaku berzina dan sanggup dihukum sebagai penebus ke atas dosa yang dilakukan.


Apa yang hendak saya ketengahkan adalah tindakan mahkamah syariah negeri Pahang adalah selari dengan peruntukkan dalam perlembagaan.


Hukuman yang dijatuhkan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan, Yang Arif Dato’ Haji Abd Rahman Yunos pada 20hb Julai 2009 yang lalu adalah satu hukuman yang sah yang berdasarkan kepada peruntukan undang-undang yang masih berkuatkuasa, iaitulah Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 dan dibaca bersama Seksyen 4 Enakmen Pantadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (pindaan 1987) yang memperuntukkan bahawa bagi sesiapa yang didapati bersalah meminum minuman yang memabukkan boleh dijatuhkan hukuman denda tidak lebih RM5,000.00 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau disebat tidak melebihi 6 kali sebatan.


Hujah yang dikemukakan oleh Majlis Peguam dan juga beberapa NGO, bahawa hukuman sebat ke atas Kartika adalah berlawanan dengan peruntukan di bawah Seksyen 289 (a) Kanun Acara Jenayah yang melarang hukuman sebat dijatuhkan ke atas wanita. Walabagaimanapun, peruntukan Seksyen 289 (a) tersebut hanya terpakai dan berkuatkuasa di dalam kes jenayah yang dibawah bidangkuasa mahkamah sivil dan peruntukan tersebut tidak mengikat mahkamah syariah disebabkan peruntukan sedemikian tidak terdapat di dalam enakmen undang-undang Islam.


Kebimbangan pihak-pihak tertentu kononnya hukuman sebat ini adalah zalim serta tidak berperikemanusiaan adalah tidak berasas sama sekali memandangkan cara perlaksanaan hukuman tersebut telah diperincikan dengan jelas sekali di dalam Seksyen 125 (2) dan (3) Enakmen Tatacara Jenayah Syariah Negeri Pahang 2002 yang antara lain memperuntukkan bahawa :

i. Alat sebatan yang digunakan hendaklah diperbuat dari rotan atau ranting kecil pokok yang tiada ruas atau buku dan panjangnya tidak melebihi 1.22 meter dan tebalnya tidak melebihi 1.25 sentimeter.

ii. Kalau pesalah itu hamil, hukuman itu hendaklah dilaksanakan selepas 2 bulan dia melahirkan anaknya.

iii. Pesalah hendaklah diperiksa tahap kesihatannya oleh Pegawai Kesihatan Kerajaan sebelum hukuman tersebut boleh dijalankan.

iv. Hukuman sebat itu hendaklah dengan kehadiran Pegawai Perubatan Kerajaan.

v. Sebatan tidak boleh kena muka, kepala, perut, dada atau bahagian sulit.

vi. Pesalah lelaki disebat berdiri manakala perempuan dalam keadaan duduk

vii. Sebatan hendaklah dijalankan dengan kekuatan sederhana iaitu tukang sebat itu tanpa mengangkat tangannya melebihi kepala supaya tidak melukakan kulit pesalah.

viii. Jika semasa perlaksanaan hukuman sebab itu Pegawai Perubatan Kerajaan memperakui bahawa pesalah itu tidak lagi dapat menerima sebatan, sebatan itu hendaklah ditangguhkan sehingga Pegawai Perubatan Kerajaan itu memperakukan bahawa pesalah itu sihat tubuh badannya untuk menjalani baki sebatan yang tinggal.

ix. Selepas mengenakan satu sebatan, tukang sebat hendaklah mengangkat alat sebatan itu ke atas dan tidak menariknya.

x. Semasa disebat, pesalah hendaklah memakai pakaian menurut Hukum Syarak.


Sekadar itu sahaja,


Wallahua’lam.

Salam Maal Hijrah 1430 dan Kempen Untuk Palestin


Terima kasih kepada adik Faaiz yang telah memberi poster di atas. Semoga tahun baru hijrah ini memberi keazaman dan kekuatan untuk kita berhijrah ke arah yang lebih baik dan menyumbang apa yang termampu (wang, doa, demo, boikot barang Israel dll) kepada saudara kita di bumi Palestin.

Sabda Rasulullah SAW:

“Seorang muslim adalah saudara kepada muslim yang lain, dia tidak boleh menzaliminya dan tidak boleh membiarkannya”


Memperingati Masjid Al-Aqsa Dibakar


TANGGAL 21 Ogos merupakan tarikh yang amat penting dalam lipatan sejarah umat Islam. Apa tidaknya, Pertubuhan Persidangan Islam atau lebih dikenali dengan OIC lahir kerana insiden 21 Ogos. Apakah yang berlaku sehingga persidangan ini tercetus?


Pada 21 Ogos 1969, seorang lelaki berbangsa Australia bernama Dennis Michael Rohan telah membakar Masjid Al-Aqsa. Api menyala besar dan membakar tembok serta mimbarnya yang besar (mimbar Solahuddin).


Api marak dengan dahsyat sekali seolah-olah seluruh Masjid Al-Aqsa akan musnah ketika itu. Sehinggakan pihak bomba juga tidak hadir menghulur bantuan. Tetapi Allah s.w.t telah menyelamatkan Masjid Al-Aqsa dan melindunginya. Akhirnya api dapat dipadamkan.


Setelah itu orang-orang Yahudi membuat pengadilan pura-pura terhadap Rohan. Lucunya, Rohan mendakwa bahawa dia diutuskan oleh Allah untuk melakukan pembakaran itu, bersesuaian dengan berita dari Kitab Zakaria.


Apa yang menyedihkan kemudiannya ialah Yahudi membebaskannya dengan mengatakan Rohan 'gila', dengan kata lain, tidak waras.


Maka, atas sebab itu, Rohan tidak dapat dipertanggungjawabkan atas kejadian tersebut. Bertitik-tolak insiden menghinakan itu, negara-negara Islam di seluruh dunia bangkit mempertahankan tempat suci mereka dan mengecam perbuatan keji terhadap Al-Aqsa.


Maka sejak itu, 21 Ogos tanpa gagal diangkat sebagai Hari Al-Quds sedunia. Ia disambut sebagai tanda memperingati tragedi pembakaran masjid Al-Aqsa.


Tragedi tersebut merupakan catatan sejarah yang paling menyedihkan dalam sejarah umat Islam. Masjid Al-Aqsa yang begitu suci itu dihina sedemikian rupa.


Tidak menghairankan apabila semua umat Islam seluruh dunia 'terbakar' hati dan perasaan mereka kerana tindakan Rohan, 38 tahun lalu. Begitulah nasib Tanah suci umat Islam yang ketiga setelah dihuni oleh rejim Zionis.


Perlu diingatkan, isu Masjid Al-Aqsa ini ada hubung kait dengan hal-hal Palestin.


Maka selayaknya, isu Palestin ini merupakan isu yang dipertanggungjawabkan bagi sekalian umat Islam. Satunya kerana, kedudukan Masjid al-Aqsa sebagai Tanah Suci ketiga dalam Islam. Selebihnya ia merupakan kiblat pertama umat Islam selain menjadi bumi didiami para Nabi serta pusat pemerintahan dunia Islam seperti yang dirakamkan dalam hadis Rasulullah.


Bagi masyarakat bukan Islam, isu Palestin menggambarkan ketidakadilan dan kezaliman rejim terhadap bangsa Palestin yang perlu sama-sama dibela dan diperjuangkan.


Hari ini Palestin berada dalam tangan rejim Zionis yang telah merampasnya daripada tangan umat Islam.


PembelaanAkibatnya, umat Palestin telah dihalau keluar, dizalimi, ditindas, dikambinghitamkan, dipenjarakan dan dibunuh. Nasib yang melanda umat Islam Palestin memerlukan pembelaan dari seluruh umat Islam.


Sebagai usaha pembelaan dan kepedulian, maka Hari Memperingati Al-Quds atau Remembrance of Al-Quds (ROQ) merupakan sebuah gagasan yang menjadi simbol solidariti umat Islam di Malaysia terhadap umat Palestin.


Pelbagai kegiatan boleh dijalankan untuk menghebahkan tentang isu Palestin dan kedudukan Palestin dalam hati umat Islam serta soal penindasan di Masjid Al-Aqsa. Kita berharap program ini akan menggerakkan masyarakat su- paya sedar lalu terpanggil untuk menghulurkan sumbangan dan mempersiapkan diri mereka dengan segala pertahanan dan kecemerlangan sebagai umat yang terbaik.


Episod duka Palestin ini, ditambah dengan penindasan dan kezaliman yang tidak henti hingga ke saat ini hakikatnya menuntut sokongan dan bantuan semua, seluruh lapisan masyarakat dunia.


Malah, 21 Ogos hadir setiap tahun mengingatkan kita bahawa sekiranya kita tidak mempertahankan tanah suci Palestin dan Masjid Al-Aqsa, kelak, kita bukan sahaja tidak dapat mempertahankannya daripada sekadar dibakar, malah keseluruhannya cenderung untuk dirampas secara haram oleh rejim Zionis.


Justeru, bersempena Sambutan Memperingati Hari Al-Quds Sedunia tahun ini, adalah amat wajar untuk kita sama- sama mengajak masyarakat sekeliling memperingatinya, apatah lagi merencana langkah strategik, efektif dan praktikal lagi kreatif demi menyumbang ke arah pembebasan Palestin.


Sementara itu, antara aktiviti-aktiviti untuk menyemarakkan sambutan ini ialah ceramah umum, seminar, demonstrasi damai, penerbitan filem, buletin, cakera padat video (VCD), persembahan seni seperti teater, nasyid, dan festival seni dan pameran kesedaran di tempat awam yang strategik di masjid-masjid, sekolah-sekolah termasuk gedung beli-belah dan sebagainya.


Oleh MOHD. SAFWAN SAPARUDIN

Utusan Malaysia, 19 Ogos 2008