Showing posts with label Umar. Show all posts
Showing posts with label Umar. Show all posts

Umar dan Sekolah di Sheffield

Setelah berbulan blog ni tak de cerita, hari ni baru tergerak hati juga nak menulis. Nak cerita tentang Umar dan sekolahnya. Sejak berusia 3 tahun bermula September 2009 hingga Disember 2010 Umar telah masuk ke nurseri atau FS1 (Foundation Stage 1) di Broomhall Nursery & Children Centre di Sheffield. Sepanjang di nurseri ini Umar belajar secara tak formal sambil bermain. Dia juga belajar bersosial dengan kawan-kawan yang datang dari pelbagai latarbelakang dan negara. Bermula di nurseri ini lah Umar belajar berkomunikasi dalam bahasa Inggeris. Umar ade ramai kawan dan sangat 'enjoy' sepanjang berada di nurseri tersebut. Di bawah ni adalah gambar kenangan Umar bersama rakan dan cikgu nurseri dan juga beberapa hasil kerja kreatif yang telah Umar hasilkan.




Bersama cikgu dan rakan sekelas



Bersama cikgu dan rakan sekelasnya Fatini yang juga dari Malaysia



Bersama cikgu Dennis yang memantau perkembangan Umar di nurseri



Hasil kerja kreatif Umar di nurseri


Bermula 6 Januari 2011, Umar telah masuk ke sekolah baru untuk peringkat Reception atau FS2 (Foundation Stage 2) di Broomhill Infant Nursery. Alhamdulillah, sekolah baru Umar sangat dekat dengan rumah kami iaitu hanya lebih kurang 5 minit berjalan kaki. Di sekolah baru ni Umar mula belajar dengan lebih formal. Dia mula belajar membaca, menulis, mengira dan lain-lain lagi. Alhamdulillah, Umar sudah boleh membaca dalam bahasa Inggeris sekarang. Kami juga sedang berusaha agar Umar juga dapat menguasai kemahiran lain terutamanya bacaan Al-Quran dengan lebih cepat :)






Hasil kerja Umar di sekolah baru

Umar Kena 'Chickenpox'


" Tanda-tanda chicken pox yang ada di badan Umar - Sekadar Hiasan "

Rabu petang baru ni lepas Umar balik dari nursery, 'Ibu' ada perasaan bintik-bintik kecil kat muka Umar. Pastu 'Ibu' pun cuba tengok kat badan, bintik merah berair dah mula kelihatan. Apa lagi, itu tandanya Umar kena chicken pox. Rupa-rupanya sekarang musim chicken pox di U.K ini. 'Ibu' telefon nursery semalam kata Umar tak leh mai, Teacher dia cakap dah ada 4-5 kes chicken pox kat nursery tu. So dapatlah Umar cuti tambahan hingga ke Isnin minggu depan. Adik Uwais pun berpotensi untuk kena sebab siapa yang belum kena sekali dalam hidupnya, maka berpeluang besar untuk kena. 'Abah' dan 'Ibu' dah kena dah. Doakan agar Umar cepat sembuh dan adik Uwais kalu kena pun cepat sembuh juga.

عَنْ أَبِي الدَّرْدَاءِ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَنْ اشْتَكَى مِنْكُمْ شَيْئًا أَوْ اشْتَكَاهُ أَخٌ لَهُ فَلْيَقُلْ رَبَّنَا اللَّهُ الَّذِي فِي السَّمَاءِ تَقَدَّسَ اسْمُكَ أَمْرُكَ فِي السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ كَمَا رَحْمَتُكَ فِي السَّمَاءِ فَاجْعَلْ رَحْمَتَكَ فِي الْأَرْضِ اغْفِرْ لَنَا حُوبَنَا وَخَطَايَانَا أَنْتَ رَبُّ الطَّيِّبِينَ أَنْزِلْ رَحْمَةً مِنْ رَحْمَتِكَ وَشِفَاءً مِنْ شِفَائِكَ عَلَى هَذَا الْوَجَعِ فَيَبْرَأَ

Dari Abu Darda' RA dia berkata : Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda : "Barangsiapa di antara kamu menderita sakit, atau saudaranya sakit, maka ucapkanlah : Tuhan Kami adalah Allah, Maha Suci NamaMu di langit dan di bumi, sebagaimana rahmatMu di langit, maka jadilah rahmatMu di bumi, maka ampunkanlah segala dosa dan kesalahan kami, turunlah rahmat dari sisiMu dan ubat dari ubatMu atas penyakit ini."

Riwayat Abu Daud dari kitab Sunan Abu Daud m/s 397 jilid 10.

Bawa Umar ke Masjid

"Masjid yang Umar selalu solat"

Azam 'Abah' adalah setiap kali ke masjid, nak bawa Umar untuk solat berjemaah sekali di masjid. 'Abah' selalu bawa Umar terutama bila hujung minggu sebab masa itu 'Abah' free dan tidak pergi ke Universiti. Adik Uwais tunggu dulu, biar besar skit, kalu tak penat 'Abah' nak dukung je. 'Abah' masih ingat lagi masa kecil, 'Atuk' selalu bawa kami ke masjid untuk solat berjemaah. memang la budak-budak akan cenderung untuk bermain-main sebab diorang budak-budak, tapi sebagai bapa atau ibu kena peringatkan bahawa ini adalah masjid, tempat beribadah, rumah ALLAH, ALLAH marah kalu kita buat bising (ngajar tauhid juga).

" Anak soleh 'Abah' dan 'Ibu' "

'Abah' terfikir untuk bawa Umar ke masjid bila tengok Umar ikut perbuatan 'Abah' dan 'Ibu' bila kami solat berjemaah di rumah. Lagi satu, 'Abah' perhatikan masjid-masjid yang ramai jemaahnya orang Arab, mereka lagi terbuka untuk menerima anak-anak kecil untuk berada di masjid. Sama juga waktu 'Abah' solat di masjid UIA di Gombak, ramai betul anak-anak berlari-lari di masjid. Cuma kita sebagai ibubapa kena kawal dan tegur.

"Adik Uwais nanti 'Abah' bawa ye"


" Sama macam Abang Umar dulu-dulu"

Pengalaman pertama bawa Umar ke masjid

Ya rabbi, memang dinamakan budak-budak, maka aktif la mereka bila nampak kawasan yang lapang. Ia semakin ganaz, bila ada kawan-kawan yang sebaya terutama waktu persatuan adakan program di masjid. Berlari-lari la anak-anak kecil ni. Tapi bila dah abih solat, 'Abah' akan katakan kalu main lagi, 'Abah' tak mau bawa Umar ke masjid dan ALLAH marah kalu kita bermain-main kat masjid ni. Teguran 'Abah' selalu konsisten walaupun 'Abah' pasti akan bawa sebab nak ajar Umar kenal masjid. 'Abah' ada tanya Ustaz, boleh ke anak yang pakai pampers di bawa ke masjid. Ustaz kata boleh selagi mana najis tidak terkeluar dan mengotorkan masjid sepertimana pandangan sesetengah ulama' yang membenarkan perempuan datang haid untuk ke masjid selagi darah tidak mengalir dan mengotorkan masjid.

Umar sudah berubah

Alhamdulillah, 'Abah' tengok Umar dah berubah dan solat sekali bersama dalam jemaah. 'Abah' cuba cari sof paling hujung untuk tempelkan Umar disebelah 'Abah' dan dinding supaya tidak ganggu jemaah lain. Pernah sekali, ada seorang pakcik tu tegur 'Abah', mana anak awak? kenapa tak bawa dia? dan Umar pernah dapat coklat oleh seorang Atuk di masjid.

Kesimpulan

'Abah' rasa elok untuk dibawa Umar dan insyaallah Uwais ke masjid waktu kecil-kecil ni. Biar dia kenal masjid sebagai tempat beribadah dan bukan padang permainan. Kena awasi mereka dan konsisten dengan teguran.

" Kisah Ayah dan Anak di masjid"

Selamat Hari Lahir Umar Yang Ke 4

" Umar dah 'Four' "

Alhamdulilah, pada 5 Jun 2010, genap la Umar 4 tahun. 'Abah' dan 'Ibu' telah mengadakan satu majlis kesyukuran pada hari Jumaat malam. Majlis kesyukuran tersebut dibuat bersama dengan Ainul disebabkan hari lahirnya pada 7 Jun 2010 genap 3 tahun. Majlis dibuat kecil-kecilan kerana kekangan ruang rumah dan masa. Harapan 'Abah' dan 'Ibu' semoga Umar membesar menjadi anak yang soleh dan berguna kepada Agama, bangsa dan negara. Teringat 'Abah' daripada petikan Sabda Rasulullah mengenai kelebihan anak soleh yang bermaksud:

“Apabila mati anak Adam, maka telah terputuslah amalannya melainkan 3 perkara ; Sedekah Jariah, atau Ilmu yang memunafaatkannya, atau Anak soleh yang mendo’akan keatasnya”

[Hadith diriwayatkan oleh Muslim, Abu Daud, Tirmudzi, al-Nasaa'i, dan al-Bukhari].


" Majlis dimulakan dengan bacaan doa selamat oleh Pakcik Amin "

" Umar dengan baju yang 'Atuk' belikan tahun lepas, kacak bukan"

" Umar memotong kek buatan 'Ibu' "

" Makcik-makcik yang datang "

" Gambar sekeluarga"

" Koleksi hadiah daripada 'Pakcik-pakcik' dan 'Makcik-makcik' "

" Hadiah daripada 'Abah' dan 'Ibu', lepas ni boleh ke kedai belikan 'Ibu' ayam kat Yafai"

"Adik Uwais pun dapat hadiah gak"

Hobi Umar

Setiap hari Isnin dan Jumaat, 'Abah' akan menjaga Umar dan Uwais selama 1 jam setengah sebab 'Ibu' akan ke kelas bahasa Inggeris mula jam 9.30 pagi hingga 11.00 pagi. Umar ada hobi yang 'Abah' pun kagum.


"Gaya 'Umar' selepas menyiapkan 3 Puzzle dalam masa 20 minit"

"Puzzle princess pun 'Abah' terbeli"

Adik uwais pun apa kurangnya pulak. Sekarang suka bergaya.

"Uwais bersama Kak Teah"

Umar Cabut Gigi

"Umar dah bersedia Abah"

Pada tanggal 23 Mac 2010 bertempat di Children Hospital, Sheffield, Umar telah bersedia untuk mencabut giginya yang sudah rosak. Abah kesayangannya telah menemani Umar sepanjang proses bagi mencabut giginya. Walaupun datang seawal jam 8.00 pagi dan menunggu dengan begitu lama sehinggalah pukul 12.00 tengahari, barulah Umar dimasukkan ke dalam bilik pembedahan. Umar kena puasa selama 6 jam sebelum dia ditidurkan (general anaesthetic). Sebelum giginya dicabut, Dr bagitahu akan cuba untuk selamatkan gigi yang boleh diselamatkan. Tapi bila selesai, apa yang mengejutkan, semua gigi Umar tidak dapat diselamatkan. Umar kena tahan wad selama sehari. Abahnya terpaksa temankan dia dan beberapa pakcik kesayangnya datang untuk memudahkan Abahnya solat dan makan (Pakcik Pisang, Andi, Hilman dan Ibrahim).
Selepas 5 hari --> semua gigi sudah tiada :D

Umar dan Kawan Baiknya

Setelah lebih 6 bulan Umar masuk nurseri di sini, dia dah mula ada kawan baik sendiri. Antara kawan-kawannya yang dia selalu sebut ialah Samir dan Abdullah. Aku pun selalu terserempak dengan ibu bapa kawan-kawan Umar ni. Mereka pun selalu cerita yang anak-anak mereka pun selalu sebut-sebut nama Umar. Samir kawan Umar memang tinggal di sini. Dia berdarah campuran Inggeris dan Pakistan manakala Abdullah berdarah arab dari Mesir. Bapa Abdullah juga sambung PhD seperti suami aku. Kami juga pernah ke rumah Samir untuk menghadiri sambutan hari lahir Samir yang keempat dan juga membantu keuarganya membaikpulih rumah baru mereka. Di bawah ni ada beberapa gambar Umar dan kawannya Samir.

Sambutan hari lahir Samir

Ayah Samir sedang memotongkan kek

Samir dan Umar

Bermain di rumah baru Samir yang masih dibaikpulih

Kisah Anak-anak Yang Semakin Membesar

Masa sungguh cepat berlalu. Anak sulungku Umar kini sudah berumur 3 tahun 8 bulan. Bulan Jun akan datang dia akan genap 4 tahun. Umar sudah hampir 5 bulan masuk ke nursery percuma di sini, bermula September tahun lepas. Kelasnya hanya 3 jam (12.45 tgh-3.45 ptg) setiap Isnin hingga Jumaat. Di nursery Umar belajar bergaul dengan kawan-kawan, bermain, melukis, mewarna, merekacipta, dengar cerita, menyanyi dll. Semua aktiviti berbentuk santai, menarik dan tidak formal. InsyaAllah bulan 9 tahun ni Umar akan masuk ke kelas yang ada pembelajaran lebih formal.

Muhammad Umar Mukhtar anak soleh

Sekarang ni Umar dah faham dan boleh menyebut beberapa perkataan bahasa Inggeris. Umar sangat berminat dengan nombor. Dia dah boleh mengira, minat nak belajar tambah dan tolak dan dah mula belajar untuk melihat jam dan kalendar. Dia juga cepat ingat dan suka hafal nombor rumah dan apa sahaja yang berkaitan dengan nombor. Selain tu, Umar juga dah berminat nak membaca. Aku belum mula nak mengajar Umar membaca sebab di sini ada sistem phonic yang aku tak biasa. Aku fikir nak tunggu dia belajar di sekolah nanti. Tapi nampaknya dia dah boleh membaca perkataan mudah dengan tiga huruf dan sesetengah perkataan yang dia selalu nampak dia akan ingat. Kalau bacakan buku dia akan ikut menyebut perkataan. Umar juga dah mula pandai menulis. Dia dah kenal, pandai eja dan menulis nama dia, adik, abah, ibu serta kawan-kawan baiknya. Tiap hari sebelum ke nursery Umar sangat suka tengok surat. Dia boleh tahu surat yang mana untuk kami sebab dia dah tahu nama abah dia dan alamat rumah. Selain tu, aku juga masih teruskan mengajar Umar Iqra' dan hafalan doa, zikir dll. Alhamdulillah, dia memang cepat ingat. Cuma dia cepat bosan dan tak boleh duduk lama-lama nak membaca Iqra'. Aku kena ubah cara pengajaran. Kadang-kadang guna kaedah audio CD dengan lagu menarik. Pada 23 Mac nanti Umar akan menjalani rawatan untuk mencabut giginya yang sudah rosak. Harap semuanya berjalan lancar.

Lukisan dan tulisan Umar - Snowman Umar, Uwais, Abah dan Ibu (gambar ibu terbalik sebab tak muat..huhu)

Uwais pula sudah berusia setahun 4 bulan sekarang. Dia masih belum boleh berjalan sendiri dan masih bertatih. Agak lambat seperti abangnya juga. Tapi mulut dia dah bising menyebut banyak suku kata dan perkataan yang hanya dia seorang fahami. Giginya baru tumbuh 8 batang. Harapnya gigi yang lambat tumbuh akan lambat juga rosak. Tambahan dia hanya menyusu badan dan tidak minum botol seperti abangnya. Aku juga sudah latih Uwais untuk gosok gigi kerana dia sudah makan makanan seperti orang dewasa. Dia sangat suka bila disuap makan bersama abang dia. Uwais sangat ramah dan tak takut dengan orang lain sejak kecil lagi. Sesiapa yang dia baru jumpa dia akan senyum dan boleh didukung. Dia juga sangat suka tunjuk dengan jari ke arah sesuatu dan juga tunjuk gambar-gambar dalam buku yang dibacakan untuk dia.

Muhammad Uwais anak soleh

Itulah cerita Umar dan Uwais dengan kaletah dan kecerdikan mereka yang menyejukkan hati aku walaupun ada ketika mereka buat perangai yang memeningkan kepala kami ibu dan abahnya. Apa pun, itu adalah lumrah perangai anak-anak kecil yang sedang membesar. Semoga kami akan terus sabar mendidik mereka dan mudahan menjadi anak yang soleh dan bertaqwa. Ameen..

Permata hati

Permata Hatiku

Gelagat anakku Umar yang sudah berusia 3 tahun dan Uwais yang sudah berusia 10 bulan. Umar sudah petah bercakap dan suka bertanya tentang banyak benda. Uwais pula sudah pandai merangkak, duduk dan dah mula berpaut untuk berdiri :)



“Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatu dan dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran) supaya kamu bersyukur
" (An-Nahl: 78)


Selamat Hari Lahir ke-3 Anakku Umar

5 Jun yang lalu Umar genap berusia 3 tahun. Sudah besar anak sulungku rupanya. Kini Umar semakin petah bercakap. Dia dah suka bertanya tentang banyak benda.

Sempena hari ulangtahun kelahiran Umar ke-3 kami membuat sedikit kenduri doa selamat. Kebetulan ibu bapa mertua dan adik iparku juga ada di sini. Abah pun jadi chef masak nasi minyak dan aku pula buat kek keju. Terima kasih kepada semua yang telah memberikan hadiah untuk Umar.

Harapanku agar anakku Umar membesar dalam sejahtera dan menjadi anak yang soleh dan bertakwa dan semoga aku dan suami dapat mendidik dan mengasuhnya dengan penuh kesabaran dan kasih sayang.


Kek daripada ibu

Hadiah-hadiah

Nabi SAW Bersabda: “Samaratakanlah (berlaku adil) pemberian antara anak-anak kamu sebagaimana kamu suka mereka benlaku adil terhadap kamu dari segi kebaikan dan kasih sayang.” (Riwayat At-Tabrani)



Cerita Tentang Anakku Umar dan Uwais

Alhamdulillah. Pada saat ini aku masih diberi peluang untuk bernafas dan menghirup udara musim bunga di bumi Sheffield. Sudah agak lama aku menyepi dari dunia blog ini kerana kekangan masa. Banyak cerita yang hendak aku catatkan di blog ini hanya tinggal sebagai memori di dalam minda.

Main puzzle di Muzium Sheffield

Aku memang dah lama nak cerita tentang perkembangan anak-anak aku ni. Anak sulungku Umar dah nak masuk 3 tahun bulan Jun akan datang. Alhamdulillah, dia semakin pandai dan banyak bercakap sekarang ni. Dia sangat minat dengan buku-buku dan suka menghafal benda. SubhanAllah, daya ingatan Umar memang kuat. Aku pun selalu galakkan dia menghafal dengan merangsang secara visual, auditori dan kinestetik. Sejak usia 2 tahun hingga sekarang dia dah hafal ABC, 1-10 dalam BM dan BI, Alif sampai Ya beserta nama-nama benda dalam 3 bahasa. Umar juga dah pandai mengira dan minat nak hafal nombor yang lebih banyak. Aku pun dah mula ajar dia iqra' dan alhamdulillah memang dia cepat ingat dan belajar. Selain tu Umar juga dah berminat nak membaca buku. Aku pun dah mulakan sikit dengan set buku al-Ameen yang aku bawa dari Malaysia. Alhamdulillah kat UK ni juga kami boleh beli mainan anak-anak dengan harga yang murah di jualan carboot. Mainan Umar juga turut membantu proses pembelajaran dia. Umar memang sangat suka main puzzle. Aku pun galakkan Umar main mainan macam playdooh, melukis dan mewarna untuk merangsang lagi kreativiti dan penggunaan otak kanan dia. InsyaAllah Umar akan mula masuk nurseri pada bulan 9 nanti. Kat UK ni ada peruntukan 15 jam percuma kelas nurseri untuk anak-anak yang berumur 3-4 tahun. Aku harap Umar akan dapat belajar lebih banyak benda di nurseri dia nanti terutamanya dari segi bahasa Inggeris.

Main playgym

Anak keduaku Uwais pula dah berusia 5 bulan lebih sekarang ni. Dia dah pandai senyum, ketawa dan pandai main mainan. Dia dah boleh mengiringkan badan tapi belum meniarap. Alhamdulillah badan dia membesar dengan sihat dengan susu ibu sepenuhnya. Aku dah mula bagi dia makanan pejal macam puri buah-buahan dan nasi. Setakat ni dulu cerita tentang perkembangan anak-anak aku. Harapanku agar anak-anakku membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh dan bertaqwa. Ameen..

Nabi s.a.w. bersabda:

“Didiklah anak-anak kamu pada tiga perkara iaitu mencintai Nabi kamu, mencintai ahli baitnya dan membaca Al-Quran. Sebab orang-orang yang memelihara Al-Quran itu berada di dalam lindungan singahsana Allah pada hari yang tidak ada perlindungan selain perlindunganNya beserta para nabinya dan orang-orang yang suci”. (Riwayat Ad-Dailami)

Umar dan Toddler Group

Semalam aku bawa Umar ke Parent and Toddler Group (Broomhall Stay and Play) untuk kali yg ke-5. Group tu diadakan setiap Khamis jam 1.30-3.00 ptg di Broomhall Nursery and Early Years Centre. Tempat tu lebih kurang 5 minit jugak naik kete dari rumah aku. Biasanya husband aku yang hantar dan tunggu kat sana. Buat masa ni, group tu la yang terdekat dengan rumah aku yang aku jumpa dan sesuai untuk anak aku. Tambahan lagi, xde bayaran dikenakan coz fully support by government. Ramai jugak ibu dan anak yang join group tu especially dari kawasan berhampiran. Tujuan aku bawa Umar ke sana supaya dia dapat bergaul dengan kanak2 lain since dia sorg2 je kalau duk kat rumah.

Sesuai dengan nama group Stay and Play, kanak2 yg datang bebas duduk dan bermain bermacam-macam permainan yang disediakan. Selain tu, ade jugak aktiviti yang diatur oleh petugas2 yang ada kat sana. Bermula dengan aktiviti seperti mengecat, main lekat2 gambar atau bentuk plastisin. Kemudian berhenti kejap untuk minum petang. Biasanya disediakan jus dan buah-buahan. Lepas tu masa untuk bermain di luar. Untuk aktiviti di luar, kanak2 bebas bermain macam2 bentuk permainan yang sedia ade di nursery tersebut. Dah penat main kat luar, semua ibu dan anak2 berkumpul semula di dalam untuk sesi menyanyi lagu2 nursery sebelum semua bersurai.

Selain aktiviti bermain, yang bestnye kat nursery tu jugak ade toys library. Library tu bukak sekali dalam 2 minggu dan kami boleh pinjam permainan yang menarik di samping jugak buku2 untuk kanak2. Mula next week, group dan library akan bercuti untuk summer holiday dan akan buka semula pd 11 september nnti.

Main puzzle

Minum petang

Naik kereta

Aktiviti di luar

Asyik bermain

Anakku..Permata Hatiku

Masa bergerak begitu pantas hingga aku tak sedar dah 2 tahun berlalu sejak Umar dilahirkan. Dia dilahirkan lebih awal dari tarikh jangkaan dan tanpa apa2 tanda selain sakit perut yang aku alami sejak jam 4 pagi pd 5 Jun 2006. Jam 9 pagi aku dah sampai di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru dan pada jam 4 ptg aku dimasukkan ke wad bersalin. Masih segar dalam ingatan saat2 mencemaskan ketika aku berada di wad bersalin tersebut. Selama lebih 5 jam aku bergelut menahan kesakitan yang tiap saat makin kuat. Hanya Allah yang tahu bagaimana rasa sakitnya ketika itu. Oleh kerana sakit yang agak lama dan aku tidak makan ketika itu, aku sudah hilang tenaga dan daya untuk meneran di saat2 akhir. Keadaan agak mencemaskan kerana kepala Umar tersekat di pintu agak lama. Alhamdulillah, dengan izinNya dan bantuan 2 org jururawat serta sokongan suamiku, pada jam 9.45 malam 5 Jun 2006 Umar selamat dilahirkan ke dunia ini. Tak tergambar rasa gembiranya aku dan suami dengan kelahiran Umar pada ketika itu. Tetapi kegembiraan kami tidak berpanjangan apabila Umar telah di tahan di Wad kanak-kanak HSA kerana disyaki menghidap penyakit Torticollis dan dia juga kurang memberi respon. Jadi doktor mengesyaki ianya ada kaitan dengan kepala Umar yang menjadi sedikit lonjong ke kiri akibat lama tersekat di pintu rahim. Kami merasa amat bimbang. Selepas 3 hari Umar telah dibenarkan untuk dibawa pulang, tetapi kami harus mendapatkan rawatan susulan.

Ketika baru dilahirkan

Selepas 7 hari Umar di lahirkan, kami mengadakan acara cukur rambut dan memberi nama. Seperti yang dicadangkan oleh datuknya, nama yang diberi Muhammad Umar Mukhtar iaitu sempena nama seorang pejuang Islam yang membebaskan Libya daripada cengkaman Itali, Umar Mukhtar yang juga dikenali sebagai lion of the desert. Alhamdulillah penyakit Torticollis Umar telah sembuh dengan izinNya dan hasil senaman yang aku praktikkan pada Umar. Bentuk kepalanya juga telah kembali normal walaupun masih agak besar sedikit. Namun ketika Umar berusia hampir 7 bulan, dia telah menjalani pembedahan kecil kerana berlaku jangkitan pada kelenjar lehernya yang menyebabkan jadi bisul besar. Ketika itu kesabaran kami ibu bapanya sekali lagi diuji. Kesian umar, kecik2 lagi dah kena bedah dan terpaksa menahan sakit setiap kali luka bedahnya dicuci. Alhamdulillah selepas pembedahan dan rawatan susulan. Umar tak mengalami jangkitan dan bisul lagi. Selepas itu Umar membesar seperti kanak-kanak normal yang lain.

Ketika berusia 7 bulan (dah boleh meniarap)

Alhamdulilah, aku telah berpeluang untuk menjaga Umar sepenuh masa memandangkan aku belum lagi bekerja. Pengalaman membesarkan anak dengan tangan sendiri memang menyeronokkan kerana aku dapat menyaksikan sendiri tumbesaran dan setiap perkembangannya dari mula meniarap, menyusur, merangkak, duduk, berdiri, bertatih, berjalan, berlari dan skrg mula bercakap. Susah payah melahirkan, menjaga dan membesarkannya terutama ketika dia sakit dll memberi peluang kepadaku untuk merasa bagaimana penat lelah ibu bapaku sewaktu ketika dahulu melahirkan dan membesarkan aku hingga telah berkahwin sekarang. Sesungguhnya tidak mampu untuk aku membalas semua jasa dan pengorbanan mereka.

Ketika berusia setahun

Ketika berusia 1 tahun 5 bulan (dah boleh berjalan)

Alhamdulillah, dalam usia 2 tahun ini, Umar semakin membesar dan banyak perkembangannya. Dia sudah mula pandai bercakap dan menyebut banyak perkataan. Yang paling menggembirakan aku ialah apabila dia sudah pandai memangil aku 'ibu' sejak beberapa minggu sebelum dia berusia 2 tahun dan setelah sekian lama aku menantikan panggilan itu dari mulutnya. Umar juga dah pandai ikut org bersolat. Setiap kali aku dan suami solat jemaah dia pun excited nak ikut sambil kata Allahuakhbar dalam pelat dia. Dia dah pandai berdiri, duduk antara dua sujud dan sujud. Cuma ruku' je yang belum. Alhamdulillah, mudahan Umar jadi hambaNya yang taat beribadah kelak.

Kini berusia 2 tahun

Semakin dia membesar semakin banyak juga cabaran dan tangungjawab kami dalam mendidiknya agar menjadi khalifah Allah yang memakmurkan muka bumi ini dan juga hambaNya yang taat dan patuh segala perintahNya suatu hari nanti. Aku sentiasa berdoa dan berharap agar diberikan kesabaran dalam mendidik Umar dan adik2nya kelak. Mereka nilah harta yang aku ada dan mudah2an ada bekalan dari doa mereka yang boleh aku bawa bila ke alam barzakh nanti. Ya Allah aku bersyukur kerana diberi peluang dalam kehidupan di dunia yang singkat ini mengecapi nikmat menjadi seorang isteri dan seterusnya menjadi ibu yang dikurniakan anak2 sebagai permata hati. Alhamdulillah...

"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah ia dengan berkata: "Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)". (Al-Ahqaaf: 15)