Showing posts with label Jalan-jalan. Show all posts
Showing posts with label Jalan-jalan. Show all posts

Petik Epal dan Pir

Pada 9 Oktober yang lalu, kami juga tak lepaskan peluang pergi memetik buah pir dan epal untuk kali kedua dan mungkin kali terakhir. Kenangan tersebut kami abadikan dalam gambar-gambar yang kini menjadi memori. Kepada yang nak merasa pengalaman memetik buah boleh pergi ke ladang seperti alamat di bawah ini:

Goachers Pick Your Own
Green Acres, North Wheatley,
Retford,
Nottinghamshire DN22 9BG.
Tel: 01427 880341
Opening: Oct-April 10am - 5.30pm (closed wednesdays) Sundays 10am - 4pm;
May-Sept 9am -6.30pm (mid June - end of July 8pm)



Sheffield Fayre

Sebelum buat entry ucapan hari raya, aku nak update juga cerita yang dah lepas berminggu ni sebelum terlupa. Pada Ahad 29 Ogos lepas kami sekeluarga berpeluang pergi ke Sheffield Fayre buat kali pertama dan mungkin yang terakhir di Norfolk Park, Sheffield. Acara ni dibuat tiap tahun tapi sebelum ni kami tak tahu kewujudannya. Kat Sheffield Fayre ni macam-macam ada. Ada pameran, mainan, jualan dan lain-lain. Paling menarik ada petunjukkan demo dan lakonan semula semasa perang dunia kedua yang melibatkan British dan negara-negara lain. Semua pelakon siap berpakaian, berkhemah dan masak seperti cara orang zaman dulu. Kami pun tak lepaskan peluang ambik gambar untuk kenangan.

Bas yang dijadikan Muzium Kenderaan bergerak

Cara hidup orang dulu-dulu

Berarak masuk untuk pertunjukan

Pasukan tentera
Demo perang dunia kedua

Pertunjukan main pedang pun ada

Bergambar di hadapan pameran ketenteraan

Umar main bubble

Cherry & Strawberry Picking

Pada 24 Julai yang lalu, kami bersama kawan-kawan lain di Sheffield pergi memetik buah ceri dan strawberi di ladang Goachers PYO, Retford DN22 9BG. Kami pernah pergi ke ladang yang sama pada November tahun lepas untuk memetik epal dan pir. Ini kali pertama kami berpeluang memetik dan makan buah ceri. Subhanallah sedap dan manis rasanya :)

Buah ceri yang ranum dan manis..nyum..nyum

Abang panjat pokok untuk petik ceri yang tinggi. Buah kat bawah dah abis kena petik. Pastu kena tegur dengan pemilik ladang :D

Kena memanjangkan tangan untuk petik ceri yang tinggi

Umar sedang manikmati ceri yang sedap..nyummi

Uwais sedang menikmati ceri yang manis..nyummi

Gambar satu keluarga yang mesti diambil..Umar nak lari kemana pulak tu

Hasil petikan yang dibawa balik setelah ditolak yang dimakan kat ladang. Kami petik sikit je sebab ingatkan harga mahal GBP12 sekilo. Rupanya GBP4 je sekilo dan GBP12 untuk sebakul penuh :D

Buah strawberi pulak

Ibu dapat buah strawberi kembar, Uwais yang excited bergambar :)

Hasil buah strawberi..walaupun kecil tapi manis

Berkelah setelah penat memetik buah

Cuti-cuti Snowdonia dan North Wales


Pada 3-5 Julai yang lalu kami sekeluarga pergi bercuti ke Snowdonia dan North Wales bersama-sama dengan kawan lama aku di UTM dulu, Leecot dan Sani. Asalnya kami nak bercaravan. Tetapi oleh kerana harga yang mahal kami memilih untuk menginap di Travelodge Bangor. Dengan tempahan lebih awal kami dapat harga yang agak murah iaitu £81.00 untuk 2 malam. Alhamdulillah, pengalaman cuti kami sangat menyeronokkan dan kami berpeluang untuk menikmati keindahan ciptaan Allah Maha Kuasa, SubhanAllah. Di bawah ni adalah plan perjalanan kami sepanjang di sana.

3 Julai 2010 (SABTU)


Tempat

Catatan

Caernarfon Castle (LL55 2AY)

Kami bertolak dari Sheffield selepas hari keluarga PMPMS terus ke Caernarfon Castle. 2 jam 46 minit dari Sheffield. Sampai lebih kurang jam 8 pm. Castle dah tutup. Kalau nak masuk kena bayar. Kami cuma jalan di sekitar castle yang cantik di tepi laut dan ambil gambar.

http://www.star-attractions.co.uk/attractions/cadw/caernarfon/caernarfon.htm

Travelodge BANGOR (LL57 4BG)

18 minit dari Caernarfon. Kami check in dalam kul 9 pm. Dapat bilik depan bilik Leecot. Hotel overview : http://www.travelodge.co.uk/search_and_book/hotel_overview.php?hotel_id=106


Carnaefon Castle


4 Julai 2010 (AHAD)


Tempat

Catatan

Llandudno Cable Car

LL30 2XF (Poskod terus ke puncak Great Orme)

26 -33 minit dari Bangor. Tak dapat naik cable car sebab cuaca yang berangin dan kebetulan poskod yang kami dapat terus bawa ke puncak dengan kereta. Ambil gambar dan beli souvenir.

http://www.attractionsnorthwales.co.uk/attractions/llandudno-cable-car#details

Conwy Castle

LL32 8AY

18 minit dari Llandudno. Tak masuk castle sebab kena bayar. Ambil gambar di sekitar castle yang menarik dan beli sorvenir.

http://www.aboutbritain.com/ConwyCastle.htm

Britain’s Smallest House

LL32 8BB

3 minit dari castle (tempat yang sama). Masuk ke dalam rumah dengan bayaran £1.00 dan ambil gambar di dalam dan luar rumah. Poskod dalam web link ni ade kesilapan. http://www.ukattraction.com/north-wales/britains-smallest-house.htm

Conwy Water Garden

LL32 8TP

10 minit dari Conway Castle. Masuk percuma. Sesuai untuk orang yang nak memancing dan beli barangan untuk akuarium. Kami Cuma bagi makan itik dan main kat playground.

http://www.conwywatergardens.co.uk/


The Great Orme Summit


Conwy Castle


The Smallest House in Great Britain


Conwy Bay


Conwy Water Garden


5 Julai 2010 (ISNIN)


Untuk lihat tempat menarik di Snowdonia boleh ke link ini http://www.star-attractions.co.uk/attractions/attractions.htm


Tempat

Catatan

Snowdon Mountain Railway

LL55 4TY

17 minit dari Bangor. Kami naik train ke puncak Snowdon. Tiket £25 seorang untuk adult. Kids under 5 free. Ambil gambar dan beli sourvenir. http://www.snowdonrailway.co.uk/times_prices.php

National Slate Museum

LL55 4TY (tempat yang sama)

Masuk percuma. Tengok pameran berkenaan batuan. Ambil gambar dan beli sorvenir.

http://www.museumwales.ac.uk/en/slate/


Bergambar sebelum naik train


Pemandangan sepanjang jalan ke puncak

Di atas puncak Snowdon


Bergambar kenangan selepas turun dari puncak


National Slate Museum


Bercamping di Skegness

" Kedudukan Skegness dalam Peta U.K - Google Map"

Pada 29 Mei hingga 31 Mei yang lepas, 'Abah', 'Ibu' sekeluarga pergi bercamping di Skegness Water Leisure Park. Tujuan ke sana adalah untuk menikmati keindahan pantai sambil menenangkan fikiran setelah penat belajar dan bercuti bersama keluarga. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 3 jam. Bertolak jam 12 tgh dan sampai sekitar 3 petang. Seramai 6 keluarga bersama-sama bercamping terdiri daripada Pakcik Azman (Kem Komanden), Pakcik Shamsul (Penganjur Bersama), Pakcik Azwal (Unit Peralatan), Pakcik Zaini (Unit Keselamatan), Pakcik Alizan (Unit Makanan) dan Pakcik Mizi (Unit Tugas-tugas khas) (Tugasan adalah hiasan semata-mata).

" Peta kedudukan khemah kami"

" Khemah kami yang warna hijau lengkap dengan airbed untuk keselesaan "

"Kaum ibu"

" Suasana di atas bukit di tempat camping"

" Suasana malam di bawah gazebo Pakcik Azwal"

Ketika kami sampai pada hari pertama cuaca hujan renyai-renyai manakala hari kedua dihujani hujan ais batu dan pada hari ketiga ditiup angin laut yang agak kuat. Kami sempat pergi main dan buat istana pasir di tepi pantai pada hari kedua. Sebelum bertolak balik kami singgah di taman permainan Fantasy Island. Walaupun penat, tapi pengalaman yang dapat sungguh menyeronokkan :)

"Buat istana pasir di tepi pantai"

"Hujan ais batu"

"Fantasy Island"