Zionist bersorak dalam Insiden Flotilla

Sekitar Demonstrasi Menentang Kezaliman Israel di Town Hall Sheffield

"Ucapan diberikan oleh penganjur"

Semalam (2 Jun 2010) bertempat di Town Hall, Sheffield diadakan demonstrasi secara aman bagi menentang kezaliman Israel ke atas misi kemanusian Flotilla. Ramai juga yang datang dan dianggarkan sekitar 300 orang. Pelbagai agama, bangsa dan warna kulit menyatakan rasa tidak puas hati ke atas tindakan kejam Israel. 'Abah' dan 'Ibu' meluangkan masa bagi bersama-sama menyertai demonstrasi tersebut. So terpaksa bawa askar-askar kecil kami bersama.

"Ratusan manusia menyatakan rasa tidak puas hati"

Harapannya, agar usaha kita sedikit ini mampu memberi tekanan ke atas Israel dan kita kena senantiasa Istiqamah dalam memberi sumbangan kepada mereka yang ditindas di bumi Palestine dan seluruh dunia..

"Jahanam-jahanam Israel!!!...(Uwais)"

" 'Ibu' yang semangat menaiki bus bersama-sama askar-askar peribadi ke Town Hall"

" Semoga kedua-duanya menjadi pejuang Islam "

Respon Perdana Menteri Turki ke atas Insiden Mavi Marmara

"Sheffield protest against Israeli's massacre on the Freedom Flotilla" 5 petang ini di Town Hall

"Demonstrasi secara aman di Melaka"

Demonstrasi adalah gerakan tunjuk perasaan yang dilakukan oleh sekumpulan orang di khalayak. Ianya dibuat bagi menyatakan perasaan, pendapat atau meluahkan fikiran secara terbuka. Demonstrasi boleh digunakan sebagai satu cara untuk menyatakan pandangan (positif atau negatif) berdasarkan isu-isu umum khususnya keadilan sosial dan politik. Kebanyakan negara yang mengamalkan system demokrasi yang tulen, demonstrasi menggambarkan manifestasi kebebasan bercakap oleh rakyatnya. Demonstrasi secara aman perlu dipandang sebagai ruang terbuka kepada rakyat bagi menyatakan sebarang cadangan dan kritikan membina.

"Demonstrasi secara aman oleh Ibrahim Ali"

Dalam soal mengatakan penindasan dan kezaliman ke atas sesuatu kuasa sebagai contoh Isu Palestine, ia merupakan jalan yang terbaik bagi memberi kesedaran kepada masyarakat dunia tentang tindakan zalim yang dilakukan oleh regim Israel ke atas masyarakat Palestine. Setiap daripada kita terutama sebagai seorang muslim perlu memainkan peranan dalam menyatakan kebencian ini. Ia selaras dengan sabda Rasulullah (s.a.w) yang bermaksud:

“ Sesiapa yang melihat kemungkaran, hendaklah ia mencegah dengan tangannya, barangsiapa yang tidakmampu, cegahlah dengan lisannya (perkataan dan tulisan), barangsiapa yang tidak mampu, cegahlah dengan hatinya (iaitu dengan rasa benci)"

Ini juga selaras dengan pandangan yang diutarakan oleh Syeikh Yusuf Qardawi dalam isu Palestine:

"Menyokong penduduk Palestin di Gaza adalah satu kewajipan agama pada setiap individu Islam dan tiada siapa terkecuali daripada tugas tersebut. "

Semoga dengan kesedaran ini, mampu memberi tekanan secara politik kepada regim Israel setelah pelbagai siri resolusi dan genjatan senjatan menemui jalan buntu. Perbetulkan niat kerana ALLAH dan semoga usaha kita yang kerdil ini, memberi ruang keamanan kepada mereka di sana.