Minggu Ke-25 Usia Kandunganku

Fenomena yang sering berlaku pada minggu ke-25 ialah badan kita akan senantiasa berpeluh dan berasa panas. Bagi menghilangkan rasa panas tersebut, minumlah banyak air. Untuk mengelakkan dehidrasi semasa bekerja terutama ketika berada dalam penghawa dingin (aircond), basahkan tuala kecil dan lapkan pada bahagian muka, leher, dada, peha dan perut. Pakailah pakaian yang longgar untuk keselesaan. Pada minggu ini saiz bayi kita sudah mencapai 33 cm.

Semalam 17 Julai aku ade temujanji dengan midwife di GP. Alhamdulillah, blood pressure, urine test dan heart beat baby semua ok. Seronok bila dapat dengar bunyi heart beat baby yg sgt laju dalam perut aku. Midwife dah prescribe Oilatum Lotion untuk hilangkan gatal kat perut aku ni. Tapi next monday baru boleh dapat coz perlu sign doktor dulu. Harapnya lotion tu nnti berkesan la untuk kurangkan rasa gatal2 ni. Dah tak tahan rasanya nak bergaru. Ya Allah sembuhkanlah penyakit aku ni. Ameen.

"Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu." (An-Nisaa' : 1)

Hari Keluarga PMPMS 07/08

Pada 6 Julai lepas telah diadakan hari keluarga Persatuan Masyarakat Pelajar Malaysia Sheffield (PMPMS) bertempat di Highly Hazel Park. Aku sekeluarga pun turut serta memeriahkan suasana walaupun cuaca hujan sejak awal pagi hingga petang. Tema kali ni ialah patriotisme. So, mcm2 aktiviti telah diadakan seperti acara membuat kek jalur gemilang, nyanyian lagu Negaraku oleh pelajar Sekolah Melayu Sheffield, acara membuat jalur gemilang gergasi menggunakan bahan terpakai, acara sukaneneka untuk kanak2 dan dewasa dan tak lupa jamuan makan dan BBQ.

Aku pun turut menyumbang sebiji daripada 20 biji kek sebagai asas untuk membuat kek jalur gemilang yang besar. Itu lah first time aku buat kek sejak berada di UK ni. Alhamdulillah menjadi jugak butter cake aku. Semua yang terlibat mebuat kek rasa gembira dan teruja sangat bila tengok 20 biji kek yang telah dicantumkan siap ditopping dengan corak jalur gemilang.
Kek Jalur Gemilang

Para pembuat kek

Selain tu aku jugak ada sertai acara memancing ikan dewasa berpasangan dgn Kak Zah. Tapi kami dapat tempat ke-4, so tak dapat la hadiah. Untuk acara mewarna dewasa dan kanak2, aku join satu kumpulan dengan Kak Zahrah, Kak Dayang, Kak Salihatun serta anak2 diorg. Alhamdulillah dapat tempat ketiga dan dapat hadiah hamper makanan. Untuk cabutan bertuah pun family aku dapat hadiah bekas makanan.

Semasa hari keluarga ni jugak diadakan undian untuk AJK baru PMPMS dan suami aku pun turut menjadi calon dan dipilih sebagai salah seorang AJK baru PMPMS sesi 2008/2009. Sebelum program berakhir kami bergambar ramai2 dgn jalur gemilang gergasi yang telah dihasilkan. Semua yang hadir rasa gembira dan diharap program tersebut dapat merapatkan lagi ukhwah di kalangan kami yang berada di bumi asing ini.

Keluarga PMPMS

Sabda Rasulullah S.A.W :

“Seorang mukmin bagi mukmin yang lain seperi bangunan yang sebahagiannya memperkuatkan sebahagian yang lain.”


Minggu Ke-24 Usia Kandunganku

Pada minggu ke-24, puan akan merasa gembira, sihat dan berpuas hati dengan perjalanan kehamilan puan. Kita akan dapati berat badan kita bertambah secara normal. Perlu kita ketahui bahawa pada minggu ini kedudukan kepala bayi lazimnya berada pada bahagian bawah. Manakala kulit bayi akan menjadi semakin menebal. Namun jangan terkejut sekiranya puan dapati muka menjadi sembap dan membengkak pada ketika ini. Ini kerana tubuh sudah mula menyimpan air yang berlebihan.

Alhamdulillah, telah masuk minggu ke-24 dan lebih kurang 6 bulan usia kandungan aku. Sekarang ni aku rasakan berat badan aku dah makin bertambah. Muka pun dah agak berisi sikit. Semuanya ok kecuali aku mengalami sedikit gatal-gatal di bahagian perut. Ini mungkin disebabkan oleh peregangan kulit kerana perutku yang semakin membesar ditambah pulak dgn keadaan cuaca di bumi UK ni yang sejuk dan kering. Nak tak nak kenalah sapu dengan baby oil 24 jam. Harapnya makin ok la pasni :)

"Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun; dan dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati akal fikiran); supaya kamu bersyukur." (An-Nahl: 78)

Hari Ulangtahun Kelahiranku Ke-27

Alhamdulillah wa syukurillah, hari ini 7 Julai 2008 genap usiaku 27 tahun. Sempena hari lahirku hari ini kami mengadakan sedikit jamuan kesyukuran. Aku telah cuba untuk membuat kek hari lahir sediri walaupun dah lama tak pernah buat kek. Alhamdulillah menjadi la jugak kek coklat aku walaupun setelah diubah resepi kerana ade bahan2 yg aku xjumpa. Yang penting ade tulisan selamat hari lahir untuk aku kat atas kek tu. Saje untuk kenangan. Selain kek, aku jugak cuba masak nasi beryani. Ikut cara2 memasak kat belakang rempahnye aje. Lauknya aku masak kari kambing, ayam goreng berempah dan salad.

Kek hari lahir

Kebetulan pada hari lahir aku ni jugak ade sorang adik (Shafini) datang dari London. Dia saje nak datang ziarah aku sebelum balik ke M'sia. Kedatangan dia memeriahkan lagi la sambutan hari lahir aku. Dan yang paling best ialah apabila aku dapat hadiah hari lahir daripada suamiku yang tersayang iaitu satu set steamer. Nampaknye lepas ni aku kena rajin2 lagi la memasak dan cuba resepi baru. Thanks a lot my lovely husband :)

Hadiah hari lahir

Semoga Allah memberkati usiaku yang telah berlalu dan akan datang, memanjangkan usiaku dalam ibadah kepadanya, melimpahkan rezeki yang halal dan meredhai hidupku di dunia dan di akhirat. Ameen.

"Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: " Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku - ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh." (Al-Munafiquun: 10)