Bila Waktu Telah Berakhir (Opick)

"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya" (Ali ‘Imraan: 185)


Lagu kat bawah ni memberi keinsafan dan peringatan kepadaku bahawa dunia ini hanya sementara, setiap yang hidup pasti akan merasai mati termasuklah aku, cuma bila, di mana dan bagaimana hanya Dia yang tahu, dan apabila tiba waktunya nanti, segala yang aku ada di dunia ini akan kutinggalkan..suami, anak2 dan keluarga yg kusayangi semuanya takkan dapat menemani..hanya 3 bekal yang akan aku bawa..amalan yang baik (sikitnye amalan aku dan belum tentu diterima Allah), ilmu yang diajarkan dan dimanfaatkan (ade ke..aku bukan cikgu, ustazah atau lecturer..ilmu pun xbyk sebab malas mengaji) dan doa anak yang soleh/solehah (akan aku dapat hanya jika aku berjaya mendidik anak2 yang aku ada sekarang..tapi berjayakah aku..ya Allah cabarannya sungguh besar)..kesimpulannya, selagi nyawa masih dibadan ini, aku tak boleh berputus asa dengan rahmat Allah...aku kena berusaha perbaiki diri yang banyak kekurangan dan dosa ni..moga Allah permudahkan..


Bagaimana kau merasa bangga
Akan dunia yang sementara
Bagaimanakah bila semua
Hilang dan mati meninggalkan dirimu

Bagimanakah bila saatnya
Waktu terhenti tak kau sedari
Masihkah ada jalan bagimu untuk kembali
Mengulang ke masa lalu

Dunia dipenuhi dengan hiasan
Semua dan segala yang ada
Akan kembali padaNya

Bila waktu telah memanggil
Teman sejati hanyalah amal
Bila waktu telah terhenti
Teman sejati tinggallah sepi...

Minggu ke-18 Usia Kandunganku

Perkembangan pada minggu ke-18. Walaupun matanya masih lagi tertutup, bayi dalam kandungan kita sudah dapat mengenalpasti cahaya terang menerusi dinding rahim. Bayi kita dapat mendengar degupan jantung kita pada masa ini. Bayi dalam kandungan juga telah mula berbaring pada lelemak yang boleh memanaskan badannya. Pengaliran estrogen dan progesterone semakin meningkat dalam badan semasa kehamilan masuk minggu ke-18 ini. Ia bertujuan untuk melembutkan serta membesarkan serviks untuk proses bersalin. Kesan yang sama pada selaput mukus dihidung juga berlaku yang boleh menyebabkan berdarah.

Alhamdulillah, sekarang dah masuk ke-18 minggu usia kandunganku yang kedua ni. Skrg ni baru berkesempatan citer dlm blog aku ni. Alhamdulillah kandungan aku ni pun xbyk alahan aku alami masa peringkat awal dulu. Sekarang ni pun rasa sihat, cuma biasalah aku pun alami lenguh2 kaki n sembelit. Sejak minggu ke-16 aku dah mula rasa pergerakan baby aku dan skrg ni makin kerap dan kuat. Seronok dan tak boleh gambarkan mcm mana bila aku dpt rasa baby aku bergerak dlm perut ni. Pada 27 Mei yang lepas aku pi temujanji di Hospital Jessop Wing. Ni temujanji pertama aku sejak balik semula ke UK. Actually aku dah missed temujanji asal pd 16 Mei lepas coz aku silap dgr date yg diorg bg masa call. InsyaAllah aku akan bersalin kat hospital yg sama jg nnti. Hospital tu pun xjauh dr rumah aku, kat belakang rumah je. Boleh nampak dari tingkap dapur rumah. Kwn2 kat cni cakap kalau aku nak bersalin nanti senang je, pi jalan kaki pun sampai hehe. Ok, citer tntg temujanji selasa lepas, aku ade buat scan, urine and blood test. Masa scan tu excited sgt dpt tgk baby aku dlm perut, tp dia tgh tunduk and duduk merengkok sgt masa tu. So sonographer tu xdpt capture gmbr yang clear n jantina dia pun xnampak. Tak pe la, harap masa next scan aku dapat tgk dia dgn lebih jelas. Tntg blood test plak, mcm2 jenis yg diorg buat kat cni, smpi 5 tiub panjang diorg ambik darah aku. Alhamdulillah tak rasa sakit masa tu. Tapi resultnya belum tau lagi. Berdebar jugak la ni. Harap2 xde ape2 penyakit la. Masa timbang aritu berat aku dah naik n mmg seperti dijangka coz selera makan aku skrg ni pun makin kuat hehe. Semoga aku dan kandungan aku sihat dan selamat hingga saat melahirkan nnti dan dalam doa aku xputus mengharap agar Allah kurniakan aku seorg lagi cahaya mata yang soleh/solehah, beriman dan bertaqwa kepadaNya. Ameen.

18 minggu

"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari pati (yang berasal) dari tanah; Kemudian Kami jadikan "pati" itu (setitis) air benih pada penetapan yang kukuh; Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku. Lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk dia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta." (Al-Mu'minun: 12-14)


Jom Tengok Hidupan Laut

Alhamdulillah, kami sekeluarga berkesempatan untuk menyaksikan keindahan makhluk ciptaan Allah s.w.t yang hidup di laut di akuarium The Deep, Hull. Di sana kami dapat tengok ikan2 dan hidupan laut lain yg pelbagai jenis, rupa dan warna yang hidup dalam kedalaman air laut yang berbeza. Ada ikan2 kecil warna-warni, ikan sederhana dan besar mcm jerung dll. Selain tu ade jugak dipamerkan hidupan yg berada di aras laut yang paling dalam. Setiap kedalaman lair laut yang berbeza dgn suhu dan tekanan yang berlainan, makhluk yang boleh hidup pun berbeza. SubhanAllah unik dan teraturnya ciptaan Ilahi. Lepas tengok ikan, kami berjalan2 di sekitar The Deep sambil merasai tiupan angin laut. Harapnya lepas ni kami berpeluang lagi untuk melihat lebih byk hidupan2 yang indah dan unik di atas muka bumi ini.

"Dan Dialah, Allah yang menciptakan lautan (untuk kamu), agar kamu dapat memakan daripadanya daging yang segar (ikan), dan kamu mengeluarkan dari lautan itu perhiasan yang kamu pakai, dan kamu melihat kapal belayar padanya, dan supaya kamu mencari keuntungan daripada kurnia-Nya dan supaya kamu bersyukur" (An-Nahl: 14)

Ikan kecil berwarna-warni

Ikan sederhana (rupa mcm ikan selar je..hihi)

Ikan biru yang unik

Sejenis ikan jerung (Sawfish)

Batu karang yang cantik

Dalam terowong

Spring di Sheffield Botanical Garden

Ni nak citer tntg musim bunga di Sheffield pulak. Pd 4 Mei lepas kami sekeluarga pi jalan2 ke Sheffield Botanical Garden. Aku excited sgt nak pi bila tgk gmbr2 bunga tulip yang cantik dlm blog Kak Zahrah. Walaupun dah lewat ptg tu n baru lepas hujan, kami tetap teruskan niat nak ke sana. Actually ni first time kami nak pi n kami pun xsure jalan ke sana. Kami main redah je. Sampai kat tgh jalan aku dah mula rasa letih, almaklum tgh pregnant. Tapi oleh kerana semangat nak tengok bunga punya pasal aku teruskan jugak berjalan. Akhirnya lepas 20 minit berjalan kami sampai jugak di Botanical Garden. Orang xramai coz dah lewat ptg n lepas hujan. Kami pun berjalan2 sambil ambil gambr kat sana. Aku excited sgt tgk bunga tulip dll yang berwarna-warni kat sana. Kalau boleh nak amik semua gmbr bunga2 tu. Anak aku Umar pun seronok berlari-lari sambil kejar tupai yg byk kat sana. Waktu balik ke rumah kami jumpa jalan lain yg lg dekat. Rupanya jarak rumah kami ke sana cuma 10 minit je jalan kaki. Pasni kalau berkesempatan aku teringin lagi nak pi sana untuk tgk keindahan bunga dan alam ciptaan yang Esa. SubhanAllah cantiknya.

"Bahkan siapakah yang telah mencipta langit dan bumi, dan menurunkan hujan dari langit untuk kamu? Lalu Kami tumbuhkan dengan air hujan itu tanaman kebun-kebun (yang menghijau subur) dengan indahnya, yang kamu tidak dapat dan tidak berkuasa menumbuhkan pohon-pohonnya. Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? (Tidak!) bahkan mereka (yang musyrik itu) adalah kaum yang menyeleweng dari kebenaran (tauhid)." (An-Naml: 60)