Makan Malam SMSA 2010

Pada 16 April yang lalu aku dan keluarga telah menghadiri jamuan makan malam anjuran SMSA (Sheffield Malaysian Student Asocciation) yang bertempat di restoren Kinaara. Jamuan ini diadakan khususnya untuk meraikan adik-adik tahun akhir undergraduate. Jadi semua yang hadir adalah yang masih bujang. Ada yang dah berkahwin pun masih belum ada anak. Cuma aku dan Kak Zahrah sekeluarga yang tumpang memeriahkan majlis dengan anak-anak kecil kami. Apa pun kami dan anak-anak sangat gembira pada malam itu ditambah pula dengan tema masquerade (betul tak ejaan) yang pakai topeng tutup mata semua tu. Aku dan suami memang segan la nak pakai. Cuma belikan untuk Umar topeng gajah yang comel.

Umar dengan topeng gajahnya :)


Ibu-ibu bergaya juga
(sempat lagi aku pinjam topeng kat Fatimah)


Gambar satu keluarga
(Thanks to Miji the photographer)


Umar Cabut Gigi

"Umar dah bersedia Abah"

Pada tanggal 23 Mac 2010 bertempat di Children Hospital, Sheffield, Umar telah bersedia untuk mencabut giginya yang sudah rosak. Abah kesayangannya telah menemani Umar sepanjang proses bagi mencabut giginya. Walaupun datang seawal jam 8.00 pagi dan menunggu dengan begitu lama sehinggalah pukul 12.00 tengahari, barulah Umar dimasukkan ke dalam bilik pembedahan. Umar kena puasa selama 6 jam sebelum dia ditidurkan (general anaesthetic). Sebelum giginya dicabut, Dr bagitahu akan cuba untuk selamatkan gigi yang boleh diselamatkan. Tapi bila selesai, apa yang mengejutkan, semua gigi Umar tidak dapat diselamatkan. Umar kena tahan wad selama sehari. Abahnya terpaksa temankan dia dan beberapa pakcik kesayangnya datang untuk memudahkan Abahnya solat dan makan (Pakcik Pisang, Andi, Hilman dan Ibrahim).
Selepas 5 hari --> semua gigi sudah tiada :D

Umar dan Kawan Baiknya

Setelah lebih 6 bulan Umar masuk nurseri di sini, dia dah mula ada kawan baik sendiri. Antara kawan-kawannya yang dia selalu sebut ialah Samir dan Abdullah. Aku pun selalu terserempak dengan ibu bapa kawan-kawan Umar ni. Mereka pun selalu cerita yang anak-anak mereka pun selalu sebut-sebut nama Umar. Samir kawan Umar memang tinggal di sini. Dia berdarah campuran Inggeris dan Pakistan manakala Abdullah berdarah arab dari Mesir. Bapa Abdullah juga sambung PhD seperti suami aku. Kami juga pernah ke rumah Samir untuk menghadiri sambutan hari lahir Samir yang keempat dan juga membantu keuarganya membaikpulih rumah baru mereka. Di bawah ni ada beberapa gambar Umar dan kawannya Samir.

Sambutan hari lahir Samir

Ayah Samir sedang memotongkan kek

Samir dan Umar

Bermain di rumah baru Samir yang masih dibaikpulih

Sambutan Hari Ibu di Sheffield

Program sambutan hari ibu di Sheffield telah diadakan hampir sebulan yang lalu iaitu pada 20 Mac 2010. Pada tahun ini buat pertama kalinya program hari ibu dianjurkan oleh Helwa PMPMS secara besar-besaran. Aku juga telah menjadi salah seorang AJK pelaksana. Alhamdulillah program ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada ahli helwa dan adik UG yang telah berkeluarga dan juga yang masih bujang.

Buku program dan rozet untuk AJK (hasil seni kreatif adik Nur Aqilah)

Kami mendapat ilmu yang bermanfaat berkenaan kesihatan wanita dalam slot forum. Bergelak ketawa melihat gambar kahwin masing-masing sehinggalah sudah beranak dalam tayangan slaid kasih ibu. Terhibur dengan persembahan nyanyian kumpulan (aku pun turut menyanyi sama) dan juga duet. Yang paling menarik pastilah acara memotong kek hari ibu dan juga penyampaian hadiah. Yang tidak disangka aku memenangi hadiah kategori 'Mum of the Year' dengan lebihan undian yang sangat tipis. Entah siapalah yang undi aku hari tu. Terima kasih juga aku ucapkan. Bagi aku ramai yang lebih layak dan semua ibu yang hadir pada program tersebut adalah Mum of the Year. Yang penting objektif program ini adalah untuk meraikan semua wanita yang sudah atau bakal bergelar ibu di samping untuk mengeratkan lagi ukhuwwah sesama kami di bumi Sheffield ini. Akhir sekali selamat hari ibu diucapkan kepada semua :)

Kek hari ibu hasil usaha kreatif Kak Ume & Kak Suria


Hadiah kategori Serisuri - untuk semua isteri yang ikut suami belajar


Hadiah untuk sesi bertukar hadiah - Terima kasih kepada tuan pemberi yang tidak diketahui


Hadiah paling istimewa untuk kategori 'Mum of the Year'