Mother's Day Special

Dijemput semua wanita yang bergelar IBU, ISTERI dan juga yang masih 'SINGLE' untuk sama-sama memeriahkan sambutan HARI IBU di Sheffield seperti di bawah.

Daftarlah segera dengan emailkan NAMA ANDA & ANAK (jika ada) kepada saya di suiella_77@yahoo.com SEBELUM 17 MAC 2010.

Mari..Mari..Jangan ketinggalan :)

Sheffield Malaysian Games (SG) & Nasheed Extravagaza (NExt) 2010

Pada 27 Februari yang lalu telah berlangsung Sheffield Malaysian Games. Pada tahun ini terasa kemeriahan di Sheffield Games kerana aku bukan sahaja pergi sebagai pembeli tetapi juga turut serta membuka gerai jualan. Aku berkongsi gerai dengan Kak Zahrah/Abang Razlan dan Kak Yati/Abang Azizi. Gerai kami dinamakan GERAI SERBANEKA sesuai dengan beraneka barangan yang kami jual. Kak Zahrah/Abang Razlan menjual nasi tomato, nasi biryani dan nasi ayam. Kak Yati/Abang Azizi menjual keropok ikan, buahan, tudung kanak-kanak, kicap serta ubat gigi. Manakala aku dan suami menjual baju muslimah, kek tiramisu, puding koktail, mihun goreng, buahan, serta dadih dan keropok udang yang dibuat oleh Ayu dan Ruzaini. Alhamdulillah, banyak barangan kami yang terjual. Ini merupakan pengalaman kali pertama aku berniaga di gerai dan sangat menyeronokkan.

Kenangan berjual di gerai Sheffield Games

Pada keesokan harinya iaitu 28 Februari berlangsung pula program yang dinanti-nantikan iaitu Nasheed Extravaganza atau NExt 2010 yang merupakan acara pertandingan nasyid antara kumpulan daripada universiti seluruh UK dan Ireland. Pada tahun ini terdapat 7 kumpulan yang bertanding. Cuma aku tak berkesempatan menonton persembahan semua kumpulan kerana sibuk menjaga gerai baju yang aku buka di luar auditorium. Namun, aku berpeluang menyaksikan pesembahan artis jemputan iaitu Hazamin daripada Kumpulan InTeam. Agak mendukacitakan kerana ahli kumpulan InTeam yang lain tidak dapat bersama kerana masalah di imigresen UK. Walaubagaimanapun, kami berpeluang juga melihat mereka secara langsung melaui Skype. Suami aku pula diminta menjadi pengadil pada saat-saat akhir menggantikan ahli kumpulan InTeam yang lain. Ini merupakan satu pengalaman baru dan berharga buatnya.

Bersama Hazamin sewaktu beliau datang ke rumah kami

Penyampaian cenderamata pengadil NExt 2010

Akhir sekali, tahniah diucapkan kepada SMSA dan semua AJK yang telah menjayakan SG dan NExt 2010. Semua telah lakukan yang terbaik. Semoga segala pengalaman pahit manis yang diperolehi daripada penganjuran kali ini dapat dimanfaatkan untuk program-program akan datang.

This Weekend@Sheffield


Pada hujung minggu ini Sheffield Malaysian Students Association (SMSA) akan menganjurkan Weekend@Sheffield dengan dua program besar iaitu Sheffield Malaysian Games (SG) 2010 dan Nasheed Extravaganza (NEXT) 2010.




Sheffield Malaysian Games (SG) 2010

Tarikh : 27 Februari 2010
Masa : 9.00 am - 6.00 pm
Tempat : Concord Sports Center, Shiregreen Lane, Sheffield S5 6AE.

Mari beramai-ramai kita datang meriahkan. Di samping bersukan, boleh menjamu selera dan menyokong rakan-rakan yang berniaga. Untuk maklumat lanjut boleh layari http://smsa. org.uk/sheffield games/




Nasheed Extravaganza (NEXT) 2010
Tarikh: 28 Februari 2010
Masa: 12.00 pm - 5.00 pm
Tempat: Auditorium, University of Sheffield Students Union, Western Bank, Sheffield S10 2TG.

Jangan ketinggalan menyaksikan persembahan kumpulan-kumpulan nasyid yang bertanding serta artis jemputan kumpulan IN-TEAM dari Malaysia. Untuk membeli tiket online dan maklumat lanjut boleh layari http://smsa. org.uk/next/

Seperti menjadi tukang promosi tak rasmi je aku ni. Yang penting aku nak promosikan gerai aku yang akan dibuka semasa kedua-dua program tersebut. Untuk Sheffield Games pada hari esok Sabtu, dijemput ke GERAI SERBANEKA di mana aku akan berkongsi dengan rakan-rakan menjual beraneka barangan seperti baju dan tudung muslimah serta makanan seperti nasi tomato, nasi beryani, mihun goreng, puding buah koktail, kek tiramisu dan buah-buahan. Keesokannya iaitu pada hari Ahad aku juga akan membuka gerai menjual baju di konsert NEXT. Untuk membeli baju secara online atau membuat tempahan, sila layari http://www.lovely-muslimah-apparel.blogspot.com/. Jadi, jemputlah datang beramai-ramai meriahkan hujung minggu ini di Sheffield :)


Sheff Mantops Gurls @ NISE 10

Sheff Mantops Gurls, itulah nama kumpulan kami yang menyertai pertandingan nasyid NISE 10 di Leeds pada Sabtu yang lalu. Kumpulan kami terdiri daripada 9 orang. Selain aku ialah Eica (selaku pengurus), Kak Zahrah, Qilot, Alina, Fatimah, Ayu, Munirah dan Alia. Kami memilih untuk menyampaikan lagu Sumayyah (Mawaddah) dan juga For The Rest of My Life (Maher Zain). Kami telah memulakan sesi latihan sejak dua minggu sebelum pertandingan bertempat di rumah adik-adik 5 Filey. Semua ahli telah memberikan komitmen yang tinggi sepanjang tempoh latihan sehinggalah hari persembahan. Kumpulan kami merupakan yang keempat membuat persembahan daripada 13 kumpulan. Kami telah cuba memberi persembahan yang terbaik walaupun rasa gemuruh tak dapat dihilangkan. Keputusan diumumkan pada sebelah malam selepas sesi ceramah oleh wakil Nisa' Malaysia. Akhirnya debaran membuat persembahan dan menunggu keputusan telah berakhir dengan kami mendapat tempat ke-6 daripada 13 kumpulan yang bertanding. Walaupun agak hampa, tapi kami akui semua kumpulan yang bertanding hebat belaka dan juara tahun ini adalah juara yang masih bertahan sejak NISE tahun lepas iaitu daripada Nottingham. Tempat kedua daripada Birmingham dan ketiga adalah kumpulan daripada Sheffield juga. Tahniah diucapkan kepada semua kumpulan yang telah berjaya. Kami juga mendapat hadiah hamper dan sijil penyertaan sebagai kenang-kenangan.

Sijil NISE 10 dan cenderamata Nisa' sebagai kenangan

Untuk menonton video lagu yang kami nyanyikan boleh klik di bawah ini :
Video lagu SUMAYYAH
Video lagu FOR THE REST OF MY LIFE

Kedua-dua video tersebut menggunakan suara asal penyanyi dan merupakan hasil kerja kreatif adik Eica dan Sofiah. Diharap ukhuwwah yang terjalin antara kami sepanjang tempoh latihan dan pertandingan ini akan kekal selamanya. Yang pastinya aku telah mula merindui saat-saat manis itu. Semoga segala amal kita ini diterima dan diredhai oleh Allah s.w.t. Ameen..