Sleepover Party Helwa Sheffield


Kepada kakak-kakak, sahabat-sahabat dan adik-adik HELWA yang berada di Sheffield.

Anda semua dijemput hadir ke program yang SANGAT MENARIK di bawah ini:


MARI, MARI..JANGAN KETINGGALAN ...


p/s - Kepada adik UG yang ingin turut serta sila maklumkan kehadiran kepada Kak Suhaila

Hilangnya sebutir permata di bumi Sheffield

Ketika aku menulis di blog ini suamiku masih dalam perjalanan pulang dari London selepas menghantar Mas Afzal. Dia akan pulang ke Malaysia pada waktu malam hari ini 31 Januari dengan penerbangan MAS. Kepulangannya dari bumi Sheffield terasa umpama kehilangan sebutir permata yang sangat berharga. Dia sememangnya agak rapat dengan suami dan keluargaku. Dia sudah kami anggap seperti adik sendiri. Dia yang kami kenali sememangnya seorang yang boleh dijadikan sebagai contoh peribadi. Berjaya menamatkan pengajian dan menjadi Dr perubatan. Di samping aktif berpesatuan dan bermasyarakat serta komited dengan kerja-kerja Islam. Seorang yang sangat suka mambantu orang lain walaupun diri sendiri dalam kesusahan.

Dan kerana itu Allah tunjukkan rasa kasihNya pada Mas Afzal dengan ujian penyakit kanser yang diketahui ketika dia masih berjuang untuk menamatkan pengajian pada hujung tahun 2008. Ketika mula mengetahui berita tersebut aku dan suami seolah-olah tidak percaya dan rasa sangat sedih. Namun kami tetap medoakan agar penyakitnya boleh sembuh. Selepas siri kemoterapi pertama, alhamdulillah menampakkan harapan pada mulanya. Namun setelah pemeriksaan masih ada sel kanser yang dikesan. Lalu pada hujung tahun 2009 dia menjalani kemoterapi dengan dos yang paling tinggi. Kami menjangkakan setelah itu dia akan kembali pulih. Namun kami dikejutkan dengan keputusan ujian bahawa sel kanser telah merebak kebahagian lain badannya. Apabila mengetahui berita tersebut aku dan suami berasa sangat sedih sehingga tidak mampu menahan air mata. Setelah itu dia pun membuat keputusan untuk pulang ke Malaysia untuk mencari sinar harapan dan mencuba kaedah perubatan lain.

Apa yang kami kagumi, dia sangat kuat dan tabah mengharungi dugaan penyakitnya. Apabila diketahui keputusannya untuk pulang, ramai kenalan jauh dan dekat tak putus berkunjung dan hulurkan sumbangan sebelum dia balik. Di SINI adalah rakaman video ucapannya semasa majlis solat hajat di Sheffield pada 29 Januari lepas.

Pesan Mas Afzal sebelum kami berpisah agar jangan ditangisi pemergiannya tetapi jadikanlah inspirasi untuk menjadi lebih baik. InsyaALLAH, kalau ada umur kita akan berjumpa lagi di Malaysia, dan kalu tidak mudahan berjumpa di syurgaNya.

Doa kami agar Mas Afzal serta keluarga terus kuat dan tabah dan semoga Allah berikan yang terbaik buatnya di dunia dan akhirat. Mudahan kami juga dapat mendidik anak-anak kami agar dapat mencontohi peribadinya. Kisahnya juga ada dinukilkan dalam BLOGNYA.

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya…” (Al-Baqarah:284)


Resepi Nasi Berkeju Bakar

Resepi yang aku nak kongsikan ni aku ambil daripada buku PANDUAN PEMAKANAN ANAK SIHAT & PINTAR (Koleksi Majalah Pa & Ma).

Bahan-bahan:

2 mangkuk nasi
150 gram isi ayam (dipotong dadu)
1 batang lobak merah bersaiz kecil (dipotong memanjang)
1/2 biji lada benggala merah dan hijau (dipotong dadu)
2 biji bawang merah (dicincang halus)
2 biji bawang putih (dicincang halus)
1/2 cawan krim
Sedikit minyak untuk menumis
Garam secukup rasa
Keju cheddar

Cara Menyediakan:

1. Mula-mula sediakan nasi goreng. Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga naik bau. Kemudian, masukkan nasi dan kacau rata. Setelah nasi masak boleh diangkat dan ketepikan.
2. Selepas itu, panaskan kuali sekali lagi dan tumis bawang merah sehingga naik bau. Kemudian masukkan krim dan sedikit garam. Kacau sekali lagi.
3. Masukkan lobak merah dan ayam. Kacau dan biarkan sehingga masak.
4. Kemudian, masukkan cili benggala dan kacau lagi. Angkat apabila kesemua bahan sudah masak.
5. Panaskan ketuhar pada suhu 220 degrees C.
6. Masukkan nasi yang telah digoreng ke dalam magkuk casserole dan tuangkan kuah ayam ke atasnya.
7. Taburkan keju dan bakar sehingga berwarna kekuning-kuningan.
8. Hidangkan semasa sederhana panas.

Selamat mencuba!

Resepi Kek Keju

Resepi kek keju ni saya ambil dari web My Resepi dengan sedikit ubahsuai.

Bahan-bahan
  • Bahan A:
  • 250g cream cheese (jenama Philadelphia atau ASDA)
  • 50g butter
  • 100 ml susu segar (fresh milk)
  • 6 biji kuning telur
  • 1 sdb jus lemon
  • 1/4 sdk garam
  • 60g tepung gandum (plain flour)
  • 20g tepung jagung (cornflour/cornstarch)

  • Bahan B:
  • 140g gula (granulated sugar)
  • 6 biji putih telur
  • 3/4 sdk jus lemon

Cara-cara
  1. Untuk adunan A: Cairkan cream cheese, butter & susu dgn teknik double boiler. Bila dah cair, sejukkan adunan cream cheese tu tadi. Kemudian, campurkan ke dalam adunan tadi dengan tepung, tepung jagung, kuning telur, garam & jus lemon ke dalam adunan cream cheese & gaul hingga sebati (gaul guna senduk kayu saja).
  2. Untuk adunan B: Dalam bekas lain, pukul putih telur bersama jus lemon, sampai berbuih-buih (foamy). Lepas tu, tambahkan gula & pukul lagi sampai bertanduk (soft peak).
  3. Campurkan adunan Bahan A tadi ke dalam adunan Bahan B yg dah gebu tu & kacau sampai sebati. Sediakan tin/bekas kek yang bulat berukuran 8 inci, yang digriskan bawahnye & tepi tu salut dgn kertas baking. Tuang adunan kek dalam tin kek.
  4. Bakar kek dalam kira-kira sejam, dengan cara au bain-marie (waterbath), pada 160 degrees C/ 325 degrees F. Pada sesiapa yang kurang pasti waterbath tu, buatnye mudah saja. Lepas letak adunan dalam tin kek, balut bawah hingga separuh tinggi tin kek dgn aluminunium foil (ni double protection agar air tak masuk terutamanya springfoam pan). Kemudian, letak tin kek tu atas dulang pembakar, pastu tuang air panas atas dulang pembakar, preferably ½ tinggi tin kek tu, lepas tu letak dalam oven dan bakar.
Selamat mencuba :)