Jalan-jalan Ziarah & Membeli-belah

Cuti Krismas dan tahun baru yang lepas kami sekeluarga pergi ke Cardiff untuk bercuti sambil ziarah kawan aku Hasliza & Islahuddin sekeluarga. Kami bertolak pada 28 Disember 09. Sepanjang di sana, kami sempat melawat National Museum & Gallery Cardiff pada 29 Dis. Main luncur salji dan membeli-belah di charity shop pada 30 Dis. Suamiku dan Umar saja yang main luncur salji. Aku dan uwais tunggu dalam kereta sebab kesejukan. Di charity shop, aku dapat beli jaket yang cantik warna marun dengan harga £5. Kami juga sempat ke Cardiff Bay sebelum bertolak ke Birmingham pada 31 Dis. Di Birmingham kami berhenti semalam untuk ziarah kawan aku Ramli & Ma sekeluarga. Kami cadang nak pi Cadbury World, tapi rupanya tutup sampai pertengahan Januari. Jadi tahun baru 1 Januari 2010 kami bertolak balik ke Sheffield.

National Museum & Gallery Cardiff

Cardiff Bay

Setibanya di sheffield, pada 2 Januari kami jalan-jalan dan membeli belah di Junction 32 Outlet. Ini kiranya membeli-belah sempena boxing day yang aku dah terlepas. Harapnya masih ada January sales. Rupanya jauh juga perjalanan ke sana. Hampir sejam. Tapi jauh-jauh pergi tak banyak barang pun yang kami beli. Cuma beli kasut but untuk aku dan kasut untuk Umar di Clarks, baju budak untuk hadiah anak kawan di Next dan beli coklat dia Cadbury factory shop. Dengar cerita kat sana ade jual pisau jenama Sheffield yang murah. Tapi kami tak jumpa kedainya. InsyaAllah boxing day tahun ni kami akan pergi lagi. Kepada yang nak pergi, website outlet tu ialah di link ni.

Daripada Abu Hamzah Anas ibn Malik r.a., khadam Rasulullah SAW, daripada Nabi SAW, Baginda bersabda: Seseorang kamu tidak benar-benar beriman sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri. Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.

Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras" (Ibrahim: 7).



Selamat Hari Lahir Ke-29 Buat Suamiku

zwani.com myspace graphic comments

Alhamdulillah, hari ini genap usia suamiku 29 tahun. Semoga diberkati usia abang yang telah lalu dan akan datang, dimurahkan rezeki yang halal, berjaya menyiapkan PhD dengan cemerlang dan bahagia dunia akhirat. Istimewa ku tujukan puisi ini buat abang (dipetik daripada filem KCB 2):

Kau mencintaiku seperti bunga mencintai titah Tuhannya,
Tak pernah lelah menebar mekar aroma bahagia,
Tak pernah lelah meneduh gelisah nyala..
Kau mencintaiku seperti matahari mencintai titah Tuhannya,
Tak pernah lelah membagi cerah cahaya,
Tak pernah lelah menghangatkan jiwa..

Semoga ikatan cinta dan kasih kita kekal hingga ke syurgaNya. Ameen.. :)

Kek keju bersalut coklat

Nasi berkeju bakar

Kad dan hadiah istimewa untuk abang


“Rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara lain, yaitu masa muda engkau sebelum datangnya hari tua, masa sehat engkau sebelum dilanda sakit, masa kaya engkau sebelum masa miskinmu, masa lapang engkau sebelum datangnya waktu sibuk, dan masa hidup engkau sebelum datangnya saat kematian.” (Hadith Riwayat Muslim dan Tirmizi dari Amru bin Maimun r.a.)

Cerita Salji yang Dah Cair

Snowball di Weston Park Sheffield


Salji di Leeds

Musim sejuk tahun ini adalah yang ke-3 kami lalui di bumi UK dan yang paling sejuk. Dua tahun lepas salji turun pada bulan Februari. Tapi kali ni salji turun lebih awal bermula pada 17 Disember 2009 dan berlarutan hingga ke bulan Januari 2010. Ketebalan salji lebih kurang sama dengan musim sejuk yang lalu, cuma suhu yang dicatatkan lebih rendah pada kali ini. Ketika aku menulis di blog ini, salji dah pun habis mencair sejak hari Sabtu 16 Januari yang lalu. Tapi suhu masih sejuk dan ada kemungkinan nak turun salji lagi.

Musim salji kali ini, aku sekeluarga tak teruja sangat nak main disebabkan cuaca yang sangat sejuk. Bimbang kalau anak-anak sakit. Anakku Umar seronok nak main dan buat snowman. Tapi bila dah pegang salji menangis-nangis kesejukkan. Dan seperti biasa salji ni masa mula-mula turun seronok untuk main, tapi dah lama-lama sejuk beku jadi ais dan licin. Bab ni yang aku tak berapa seronok sebab bila jalan licin aku pun takut nak bawa kereta hantar Umar ke sekolah. Terpaksalah Umar ponteng sekolah beberapa hari :)

Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal. (Surah Ali 'Imran:190)

Apple & Pear Picking







Setelah sekian lama ku tak menulis blog, hari ini rasa nak pos juga cerita yang dah lama terperam dalam draf. Cerita memetik buah epal dan pir pada 8 November 2009 yang lalu bersama kak Zahrah sekeluarga dan adik UG Hairul dan Ruzaini. Pengalaman yang tidak dapat aku lupakan. Dapat rasa memetik dan makan buah epal dan pir yang segar dan sedap, alhamdulillah. Ada buah epal yang aku tak pernah lihat dan rasa sebelum ni. Seterusnya biarlah gambar yang berbicara. Terima kasih kepada adik Ruzaini yang tolong ambil gambar dengan kamera DSLRnya :)


Kepada yang nak merasa pengalaman memetik buah boleh pergi ke ladang seperti alamat di bawah ini:

Goachers Pick Your Own
Green Acres, North Wheatley,
Retford,
Nottinghamshire DN22 9BG.
Tel: 01427 880341
Opening: Oct-April 10am - 5.30pm (closed wednesdays) Sundays 10am - 4pm;
May-Sept 9am -6.30pm (mid June - end of July 8pm)



"(Kalaulah ia tidak memikirkan asal dan kesudahan dirinya), maka hendaklah manusia melihat kepada makanannya (bagaimana kami mentadbirkannya): Sesungguhnya kami telah mencurahkan hujan dengan curahan yang menakjubkan. Kemudian kami belah-belahkan bumi dengan belahan yang sesuai dengan tumbuh-tumbuhan, Lalu Kami tumbuhkan pada bumi biji-bijian, Dan buah anggur serta sayur-sayuran, Dan Zaitun serta pohon-pohon kurma, Dan taman-taman yang menghijau subur, Dan berbagai buah-buahan serta bermacam-macam rumput, Untuk kegunaan kamu dan binatang-binatang ternak kamu." ('Abasa: 24-32)