Minggu Ke-20 Usia Kandunganku

Minggu ke-20. Pertumbuhan bayi dalam kandungan puan saat ini adalah agak perlahan kerana memberi peluang kepada paru-paru dan sistem penghadaman serta imunnya untuk matang. Saiz bayi ketika ini ialah kira-kira 25 cm panjang dan mempunyai berat dalam lingkungan 340 g. Pigmentasi pada kulit kita mungkin berlaku dengan lebih ketara tetapi ianya akan hilang selepas bersalin nanti. Payu dara kita juga saat ini sedang menghasilkan kolostrum iaitu sejenis bahan cecair keruh (warnanya) yang berfungsi untuk membekalkan semua bahan yang diperlukan oleh bayi kita pada hari pertama selepas lahir. Jangan cuba memicit cecair itu. Selain itu puan juga akan sering mengalami masalah gusi berdarah dan peningkatan keluaran cecair dari faraj. Sendi dan ligamen-ligamen badan juga akan menjadi kendur. Kita akan lebih kerap merasa sakit pada bahagian belakang badan serta ketegangan dibahagian lain.

Alhamdulillah telah masuk minggu ke-20 (lebih kurang 5 bulan) usia kandungan aku sekarang. Bermakna hanya tinggal separuh lagi tempoh mengandung yg akan aku lalui insyaAllah. Keputusan ujian darah aku tiada masalah, cuma aku kekurangan sedikit zat besi (Hb = 10.8). Jadi aku telah diberi tablet zat besi untuk dimakan sebiji setiap hari.

Hari ini aku telah menjalani imbasan ultrasound major untuk kandungan aku. Seronoknya, masa ujian imbasan aku dpt lihat anak di dalam rahimku. Sonographer telah membuat imbasan yang terperinci untuk melihat perkembangan anakku dari kepala sampai hujung kaki dan dari luar sehingga organ dalamannya. Alhamdulillah hasil ujian imbasan menunjukkan yang perkembangan anak dalam kandungan aku ok dan normal. Dan yang paling aku tunggu2 nak tau ialah jantina anak aku. Dari ujian imbasan 95% berkemungkinan anak aku adalah LELAKI. Nampaknya umar akan dapat kawan untuk bermain bola nanti.

Cuma daripada hasil ujian imbasan juga didapati uri aku berada di bahagian bawah dan menutup laluan bersalin. Jadi aku kena menjalani ujian imbasan sekali lagi pada minggu ke-32 untuk melihat sama ada uri aku telah berubah kedudukannya. Jika tidak, ujian imbasan akan dilakukan lagi sekali pada minggu ke-36. Aku berharap dan berdoa agar segalanya berjalan lancar dan uri aku akan beralih kedudukannya kerana jika tidak berubah sampai waktu bersalin aku perlu mejalani pembedahan.

Satu lagi perkara yang agak merisaukan aku skrg ialah kedudukan uri di bawah akan menyebabkan mudah berlaku pendarahan. Sememangnya aku ada mengalami sedikit pengeluaran sisa darah sebelum ini terutamanya apabila aku sangat letih. Sebelum ini aku fikir ianya agak normal kerana aku pernah mengalami perkara yang sama semasa mengandungkan Umar dulu. Tapi bila aku tau tntg kedudukan uri aku skrg ni, aku agak risau kalau2 keluar darah yang betul. Harapnya perkara tersebut takkan berlaku. Jadi skrg ni aku perlu lebih byk berehat dan kurangkan berjalan2. Semoga segalanya berjalan lancar sehingga aku selamat melahirkan anakku pada masa yang sepatutnya nanti. Mohon sahabat2 tolong doakan kesihatan dan keselamatan aku serta anakku jugak ye.

20 minggu
"Allah mengetahui akan apa yang dikandung oleh tiap-tiap ibu, dan mengetahui apa yang kurang dari yang dikandung dalam rahim itu atau yang lebih. Dan tiap-tiap sesuatu adalah ditetapkan di sisiNya dengan kadar yang tertentu." (Ar-Ra'd: 8)

Corelle di Bradford

Sebelum dtg ke UK dulu, pernah seorang kakak bgtau aku yang kat UK ni org mesti nak beli pinggan mangkuk berjenama untuk bawa balik M'sia. Masa tu aku tak rasa pun nak membeli sama sebab memang bukan minat aku. Tapi sejak datang sini memang betul la, kawan2 sibuk duk citer tntg jenama pinggan mangkuk yang famous. Maka aku pun mula la dgr nama2 seperti Royal Albert, Queen Anne, Churchill, Corelle dan mcm2 lg. Dikatakan harga pinggan mangkuk berjenama ni kalau nak beli kat M'sia harganya ratusan dan boleh cecah ribu RM jugak. Salah satu tempat yg famous jual jenama Corelle dan Queen Anne ialah di kedai Dadibhais, Bradford. Dipendekkan citer, last weekend kami sekeluarga telah mengikut tom2 kami (Abg Z and family) pi ke Bradford. Masa kat sana aku ade beli sikit je pinggan mangkuk jenama Corelle. Jenama Queen Anne memang xmampu nak beli. Yang lain aku byk membeli barang2 plastik je. Macam la kat Sheffield ni xde. Aku fikir nak beli pinggan berjenama sikit ni pun sebab ketahanannya. So harapnya boleh la guna lama sikit and bawa balik M'sia. Kalau pinggan mangkuk yg aku guna sekarang ni made in China and xde jenama. Anak aku Umar dah pecahkan beberapa bijik dah. Jatuh sikit terus belah dua. Masa di Bradford tu kami sempat singgah makan tgh kat Bowling Park di sana. Seronok jugak, anak aku dpt main2 buaian dan berlari kat padang rumput yang luas. Sambil membeli sambil bersiar-siar menikmati alam yang indah ciptaan Ilahi :)

Di Bowling Park, Bradford

"Dan (ingatlah bahawa) kehidupan dunia ini (meliputi segala kesenangan dan kemewahannya, jika dinilaikan dengan kehidupan akhirat) tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan; dan sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya; kalaulah mereka mengetahui (hakikat ini tentulah mereka tidak akan melupakan hari akhirat)." (Al-'Ankabuut: 64)

Kereta Oh Kereta..

Alhamdulillah kami baru ade rezeki untuk beli kereta setelah hampir 9 bulan duk di UK ni. Kami beli kereta 2nd hand jenama Renault Megane E Scenic Auto dgn harga £550. Biasalah kereta murah byk gak kena tampal sana sini. Tapi ok la, setakat nak pakai 2-3 tahun sementara di UK ni. Asalkan boleh bergerak. Kereta 2nd hand kat UK ni memang murah. Kalau convert to RM pun masih murah gak. Cumanya harga insuran dan road tax boleh tahan jugak tingginya. Alhamdulillah lesen m'sia kami masih valid. Kalau tak jenuh gak nak bayar kos ambik lesen UK lagi. Kami beli kereta ni pun coz aku dah pregnant. So, mudah nak bergerak pi hospital dll. Aku pun dah makin sarat dan cepat penat bila jalan jauh2. Kalau dulu dengan anak sorg larat lagi la tolak stroller dan jalan kaki je. InsyaAllah dengan adanya kereta ni jugak kami harap tak la melalaikan kami dgn harta dan kesenangan dunia semata-mata. Dan sememangnya dengan harta pinjaman Allah yang sementara ini seharusnya digunakan untuk membantu menegakkan syiar agamaNya di muka bumi ini. InsyaAllah itulah yang akan kami lakukan..

"Harta benda dan anak pinak itu, ialah perhiasan hidup di dunia; dan amal-amal soleh yang kekal faedahnya itu lebih baik pada sisi Tuhanmu sebagai pahala balasan, dan lebih baik sebagai asas yang memberi harapan." (Al-Kahf: 46)

Anakku..Permata Hatiku

Masa bergerak begitu pantas hingga aku tak sedar dah 2 tahun berlalu sejak Umar dilahirkan. Dia dilahirkan lebih awal dari tarikh jangkaan dan tanpa apa2 tanda selain sakit perut yang aku alami sejak jam 4 pagi pd 5 Jun 2006. Jam 9 pagi aku dah sampai di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru dan pada jam 4 ptg aku dimasukkan ke wad bersalin. Masih segar dalam ingatan saat2 mencemaskan ketika aku berada di wad bersalin tersebut. Selama lebih 5 jam aku bergelut menahan kesakitan yang tiap saat makin kuat. Hanya Allah yang tahu bagaimana rasa sakitnya ketika itu. Oleh kerana sakit yang agak lama dan aku tidak makan ketika itu, aku sudah hilang tenaga dan daya untuk meneran di saat2 akhir. Keadaan agak mencemaskan kerana kepala Umar tersekat di pintu agak lama. Alhamdulillah, dengan izinNya dan bantuan 2 org jururawat serta sokongan suamiku, pada jam 9.45 malam 5 Jun 2006 Umar selamat dilahirkan ke dunia ini. Tak tergambar rasa gembiranya aku dan suami dengan kelahiran Umar pada ketika itu. Tetapi kegembiraan kami tidak berpanjangan apabila Umar telah di tahan di Wad kanak-kanak HSA kerana disyaki menghidap penyakit Torticollis dan dia juga kurang memberi respon. Jadi doktor mengesyaki ianya ada kaitan dengan kepala Umar yang menjadi sedikit lonjong ke kiri akibat lama tersekat di pintu rahim. Kami merasa amat bimbang. Selepas 3 hari Umar telah dibenarkan untuk dibawa pulang, tetapi kami harus mendapatkan rawatan susulan.

Ketika baru dilahirkan

Selepas 7 hari Umar di lahirkan, kami mengadakan acara cukur rambut dan memberi nama. Seperti yang dicadangkan oleh datuknya, nama yang diberi Muhammad Umar Mukhtar iaitu sempena nama seorang pejuang Islam yang membebaskan Libya daripada cengkaman Itali, Umar Mukhtar yang juga dikenali sebagai lion of the desert. Alhamdulillah penyakit Torticollis Umar telah sembuh dengan izinNya dan hasil senaman yang aku praktikkan pada Umar. Bentuk kepalanya juga telah kembali normal walaupun masih agak besar sedikit. Namun ketika Umar berusia hampir 7 bulan, dia telah menjalani pembedahan kecil kerana berlaku jangkitan pada kelenjar lehernya yang menyebabkan jadi bisul besar. Ketika itu kesabaran kami ibu bapanya sekali lagi diuji. Kesian umar, kecik2 lagi dah kena bedah dan terpaksa menahan sakit setiap kali luka bedahnya dicuci. Alhamdulillah selepas pembedahan dan rawatan susulan. Umar tak mengalami jangkitan dan bisul lagi. Selepas itu Umar membesar seperti kanak-kanak normal yang lain.

Ketika berusia 7 bulan (dah boleh meniarap)

Alhamdulilah, aku telah berpeluang untuk menjaga Umar sepenuh masa memandangkan aku belum lagi bekerja. Pengalaman membesarkan anak dengan tangan sendiri memang menyeronokkan kerana aku dapat menyaksikan sendiri tumbesaran dan setiap perkembangannya dari mula meniarap, menyusur, merangkak, duduk, berdiri, bertatih, berjalan, berlari dan skrg mula bercakap. Susah payah melahirkan, menjaga dan membesarkannya terutama ketika dia sakit dll memberi peluang kepadaku untuk merasa bagaimana penat lelah ibu bapaku sewaktu ketika dahulu melahirkan dan membesarkan aku hingga telah berkahwin sekarang. Sesungguhnya tidak mampu untuk aku membalas semua jasa dan pengorbanan mereka.

Ketika berusia setahun

Ketika berusia 1 tahun 5 bulan (dah boleh berjalan)

Alhamdulillah, dalam usia 2 tahun ini, Umar semakin membesar dan banyak perkembangannya. Dia sudah mula pandai bercakap dan menyebut banyak perkataan. Yang paling menggembirakan aku ialah apabila dia sudah pandai memangil aku 'ibu' sejak beberapa minggu sebelum dia berusia 2 tahun dan setelah sekian lama aku menantikan panggilan itu dari mulutnya. Umar juga dah pandai ikut org bersolat. Setiap kali aku dan suami solat jemaah dia pun excited nak ikut sambil kata Allahuakhbar dalam pelat dia. Dia dah pandai berdiri, duduk antara dua sujud dan sujud. Cuma ruku' je yang belum. Alhamdulillah, mudahan Umar jadi hambaNya yang taat beribadah kelak.

Kini berusia 2 tahun

Semakin dia membesar semakin banyak juga cabaran dan tangungjawab kami dalam mendidiknya agar menjadi khalifah Allah yang memakmurkan muka bumi ini dan juga hambaNya yang taat dan patuh segala perintahNya suatu hari nanti. Aku sentiasa berdoa dan berharap agar diberikan kesabaran dalam mendidik Umar dan adik2nya kelak. Mereka nilah harta yang aku ada dan mudah2an ada bekalan dari doa mereka yang boleh aku bawa bila ke alam barzakh nanti. Ya Allah aku bersyukur kerana diberi peluang dalam kehidupan di dunia yang singkat ini mengecapi nikmat menjadi seorang isteri dan seterusnya menjadi ibu yang dikurniakan anak2 sebagai permata hati. Alhamdulillah...

"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah ia dengan berkata: "Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)". (Al-Ahqaaf: 15)