Selamat Hari Lahir ke-2 Anakku Umar

Birthday Boy

Alhamdulillah, hari ini 5 Jun 2008 genaplah 2 tahun usia anakku Umar. Sempena ulangtahun kelahirannya yang ke-2 ni kami sekeluarga telah mengadakan sedikit jamuan kesyukuran. Untuk merakamkan detik2 bersejarah ni jugak, suamiku dengan bersemangatnya telah membeli Camcorder dan Digicam yang baru.


Kami jugak telah membelikan baju baru untuk Umar sebagai hadiah dan untuk dipakai pd hari lahir dia. Malangnya Umar tak mau pakai baju baru tu. Sampai nangis2 dia tetap nak pakai baju warna merah kegemarannya jugak. Terkilan gak aku nak amik gambar dia dgn baju baru. Bertuahnya anakku sorg ni. Suamiku kata, xpe lah, Umar ni zuhud..hehe..insyaAllah mudah2an. Sepanjang jamuan birthday dia, Umar bukan main seronok, tambahan lagi bila jadi tumpuan kamera dan camcorder. Mula la buat aksi2 dia tu. Saat yang paling best bila Umar buka hadiah-hadiah birthday dia. Ade dpt coklat, kereta, baju dan yang paling best dapat mainan baru dari kami berdua. Terima kasih diucapkan kepada abang2 dan kakak2 angkat Umar yang sudi hadir memeriahkan majlis kami sekeluarga. Doaku semoga anakku Umar dipanjangkan usia dalam rahmat dan redhaNya serta membesar sebagai anak yang soleh, beriman, bertaqwa, berbakti kepada kedua ibu bapa dan menjadi pejuang membela agama Allah s.w.t. Ameen..

Acara membuka hadiah

Hadiah Hari Lahir

Main permainan baru

Bicara Hatiku...

Dan seringkali hati ini berbicara
Siapalah aku di antara hamba-hambaNya
Layakkah aku untuk mengadapNya
Apakah bekalan untukku ke sana

Pabila pagi kuingat suruhanNya
Namun petang berlaku sebaliknya
Diri ini seringkali lalai dan leka
Hati masih terikat dengan dunia

Ya Allah Tuhan Yang Kuasa
Terimalah diriku semula
Yang berdosa dan penuh noda
Hanya padaMu kuserah segala

Benihkanlah cinta dalam hatiku
Agar tidak mengharap selain dariMu
Restu dan redhailah hidupku
Di dunia hingga ke jannahMu

Suhaila
London: 16 Oktober 2003 (13:25)


Untuk Yang Bergelar Muslimah

Renungan untuk diri ini dan sahabat2 lain yang bergelar muslimah..


"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani" (Al-Ahzaab: 59)

Minggu ke-19 Usia Kandunganku

Perkembangan minggu ke-19. Bayi akan mula mengeluarkan bahan berwarna putih yang tebal dan berkrim untuk menyelaputi keseluruh tubuhnya. Ia dikenali sebagai verniks dan berfungsi untuk melindungi kulitnya daripada cecair amniotik yang mengelilinginya. Jadi apabila bayi kita lahir kelak bayi kita tidak akan kelihatan seperti tidak mandi selama sembilan bulan. Sesetengah ibu akan berlaku kesan stretchmarks atau tanda calar pada bahagian perut. Hampir 90% wanita akan mengalaminya.

Alhamdulillah telah masuk minggu ke-19 usia kandunganku. Sekarang ni aku dapat merasakan pergerakan anak dlm kandunganku dengan lebih kerap dan kuat. SubhanAllah. Alhamdulillah, badanku rasa sihat dan selera makan pun ok. Tak sabar rasanya nak tunggu temujanji untuk major scan di hospital pada 10 jun nanti. Moga segalanya berjalan lancar..

"Ia menciptakan kamu dari diri yang satu (Adam), kemudian Ia menjadikan daripadanya - isterinya (Hawa); dan Ia mengadakan untuk kamu binatang-binatang ternak delapan ekor: (empat) pasangan (jantan dan betina). Ia menciptakan kamu dalam kandungan ibu kamu (berperingkat-peringkat) dari satu kejadian ke satu kejadian. Dalam tiga suasana yang gelap-gelita. Yang demikian (kekuasaanNya) ialah Allah Tuhan kamu; bagiNyalah kekuasaan yang mutlak; tiada Tuhan melainkan Dia; oleh itu bagaimana kamu dapat dipesongkan (dari mematuhi perintahNya)?" (Az-Zumar: 6)