Bila Waktu Telah Berakhir (Opick)

"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya" (Ali ‘Imraan: 185)


Lagu kat bawah ni memberi keinsafan dan peringatan kepadaku bahawa dunia ini hanya sementara, setiap yang hidup pasti akan merasai mati termasuklah aku, cuma bila, di mana dan bagaimana hanya Dia yang tahu, dan apabila tiba waktunya nanti, segala yang aku ada di dunia ini akan kutinggalkan..suami, anak2 dan keluarga yg kusayangi semuanya takkan dapat menemani..hanya 3 bekal yang akan aku bawa..amalan yang baik (sikitnye amalan aku dan belum tentu diterima Allah), ilmu yang diajarkan dan dimanfaatkan (ade ke..aku bukan cikgu, ustazah atau lecturer..ilmu pun xbyk sebab malas mengaji) dan doa anak yang soleh/solehah (akan aku dapat hanya jika aku berjaya mendidik anak2 yang aku ada sekarang..tapi berjayakah aku..ya Allah cabarannya sungguh besar)..kesimpulannya, selagi nyawa masih dibadan ini, aku tak boleh berputus asa dengan rahmat Allah...aku kena berusaha perbaiki diri yang banyak kekurangan dan dosa ni..moga Allah permudahkan..


Bagaimana kau merasa bangga
Akan dunia yang sementara
Bagaimanakah bila semua
Hilang dan mati meninggalkan dirimu

Bagimanakah bila saatnya
Waktu terhenti tak kau sedari
Masihkah ada jalan bagimu untuk kembali
Mengulang ke masa lalu

Dunia dipenuhi dengan hiasan
Semua dan segala yang ada
Akan kembali padaNya

Bila waktu telah memanggil
Teman sejati hanyalah amal
Bila waktu telah terhenti
Teman sejati tinggallah sepi...

Minggu ke-18 Usia Kandunganku

Perkembangan pada minggu ke-18. Walaupun matanya masih lagi tertutup, bayi dalam kandungan kita sudah dapat mengenalpasti cahaya terang menerusi dinding rahim. Bayi kita dapat mendengar degupan jantung kita pada masa ini. Bayi dalam kandungan juga telah mula berbaring pada lelemak yang boleh memanaskan badannya. Pengaliran estrogen dan progesterone semakin meningkat dalam badan semasa kehamilan masuk minggu ke-18 ini. Ia bertujuan untuk melembutkan serta membesarkan serviks untuk proses bersalin. Kesan yang sama pada selaput mukus dihidung juga berlaku yang boleh menyebabkan berdarah.

Alhamdulillah, sekarang dah masuk ke-18 minggu usia kandunganku yang kedua ni. Skrg ni baru berkesempatan citer dlm blog aku ni. Alhamdulillah kandungan aku ni pun xbyk alahan aku alami masa peringkat awal dulu. Sekarang ni pun rasa sihat, cuma biasalah aku pun alami lenguh2 kaki n sembelit. Sejak minggu ke-16 aku dah mula rasa pergerakan baby aku dan skrg ni makin kerap dan kuat. Seronok dan tak boleh gambarkan mcm mana bila aku dpt rasa baby aku bergerak dlm perut ni. Pada 27 Mei yang lepas aku pi temujanji di Hospital Jessop Wing. Ni temujanji pertama aku sejak balik semula ke UK. Actually aku dah missed temujanji asal pd 16 Mei lepas coz aku silap dgr date yg diorg bg masa call. InsyaAllah aku akan bersalin kat hospital yg sama jg nnti. Hospital tu pun xjauh dr rumah aku, kat belakang rumah je. Boleh nampak dari tingkap dapur rumah. Kwn2 kat cni cakap kalau aku nak bersalin nanti senang je, pi jalan kaki pun sampai hehe. Ok, citer tntg temujanji selasa lepas, aku ade buat scan, urine and blood test. Masa scan tu excited sgt dpt tgk baby aku dlm perut, tp dia tgh tunduk and duduk merengkok sgt masa tu. So sonographer tu xdpt capture gmbr yang clear n jantina dia pun xnampak. Tak pe la, harap masa next scan aku dapat tgk dia dgn lebih jelas. Tntg blood test plak, mcm2 jenis yg diorg buat kat cni, smpi 5 tiub panjang diorg ambik darah aku. Alhamdulillah tak rasa sakit masa tu. Tapi resultnya belum tau lagi. Berdebar jugak la ni. Harap2 xde ape2 penyakit la. Masa timbang aritu berat aku dah naik n mmg seperti dijangka coz selera makan aku skrg ni pun makin kuat hehe. Semoga aku dan kandungan aku sihat dan selamat hingga saat melahirkan nnti dan dalam doa aku xputus mengharap agar Allah kurniakan aku seorg lagi cahaya mata yang soleh/solehah, beriman dan bertaqwa kepadaNya. Ameen.

18 minggu

"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari pati (yang berasal) dari tanah; Kemudian Kami jadikan "pati" itu (setitis) air benih pada penetapan yang kukuh; Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku. Lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk dia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta." (Al-Mu'minun: 12-14)


Jom Tengok Hidupan Laut

Alhamdulillah, kami sekeluarga berkesempatan untuk menyaksikan keindahan makhluk ciptaan Allah s.w.t yang hidup di laut di akuarium The Deep, Hull. Di sana kami dapat tengok ikan2 dan hidupan laut lain yg pelbagai jenis, rupa dan warna yang hidup dalam kedalaman air laut yang berbeza. Ada ikan2 kecil warna-warni, ikan sederhana dan besar mcm jerung dll. Selain tu ade jugak dipamerkan hidupan yg berada di aras laut yang paling dalam. Setiap kedalaman lair laut yang berbeza dgn suhu dan tekanan yang berlainan, makhluk yang boleh hidup pun berbeza. SubhanAllah unik dan teraturnya ciptaan Ilahi. Lepas tengok ikan, kami berjalan2 di sekitar The Deep sambil merasai tiupan angin laut. Harapnya lepas ni kami berpeluang lagi untuk melihat lebih byk hidupan2 yang indah dan unik di atas muka bumi ini.

"Dan Dialah, Allah yang menciptakan lautan (untuk kamu), agar kamu dapat memakan daripadanya daging yang segar (ikan), dan kamu mengeluarkan dari lautan itu perhiasan yang kamu pakai, dan kamu melihat kapal belayar padanya, dan supaya kamu mencari keuntungan daripada kurnia-Nya dan supaya kamu bersyukur" (An-Nahl: 14)

Ikan kecil berwarna-warni

Ikan sederhana (rupa mcm ikan selar je..hihi)

Ikan biru yang unik

Sejenis ikan jerung (Sawfish)

Batu karang yang cantik

Dalam terowong

Spring di Sheffield Botanical Garden

Ni nak citer tntg musim bunga di Sheffield pulak. Pd 4 Mei lepas kami sekeluarga pi jalan2 ke Sheffield Botanical Garden. Aku excited sgt nak pi bila tgk gmbr2 bunga tulip yang cantik dlm blog Kak Zahrah. Walaupun dah lewat ptg tu n baru lepas hujan, kami tetap teruskan niat nak ke sana. Actually ni first time kami nak pi n kami pun xsure jalan ke sana. Kami main redah je. Sampai kat tgh jalan aku dah mula rasa letih, almaklum tgh pregnant. Tapi oleh kerana semangat nak tengok bunga punya pasal aku teruskan jugak berjalan. Akhirnya lepas 20 minit berjalan kami sampai jugak di Botanical Garden. Orang xramai coz dah lewat ptg n lepas hujan. Kami pun berjalan2 sambil ambil gambr kat sana. Aku excited sgt tgk bunga tulip dll yang berwarna-warni kat sana. Kalau boleh nak amik semua gmbr bunga2 tu. Anak aku Umar pun seronok berlari-lari sambil kejar tupai yg byk kat sana. Waktu balik ke rumah kami jumpa jalan lain yg lg dekat. Rupanya jarak rumah kami ke sana cuma 10 minit je jalan kaki. Pasni kalau berkesempatan aku teringin lagi nak pi sana untuk tgk keindahan bunga dan alam ciptaan yang Esa. SubhanAllah cantiknya.

"Bahkan siapakah yang telah mencipta langit dan bumi, dan menurunkan hujan dari langit untuk kamu? Lalu Kami tumbuhkan dengan air hujan itu tanaman kebun-kebun (yang menghijau subur) dengan indahnya, yang kamu tidak dapat dan tidak berkuasa menumbuhkan pohon-pohonnya. Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? (Tidak!) bahkan mereka (yang musyrik itu) adalah kaum yang menyeleweng dari kebenaran (tauhid)." (An-Naml: 60)



Sambutan Hari Lahir Suamiku


zwani.com myspace graphic comments


Ni citer tentang sambutan besday suami aku yg ke 27 pd 20 Januari yang lepas. Kami sambut sefamily n bertiga je. Ade makan2 kek coklat dan pizza. Dan xlupa kad ucapan yang aku buat sendiri khas untuk suamiku yang tercinta. Selamat Hari Lahir ke-27 abang sayang. Semoga dipanjangkan usia dalam ibadah, dimurahkan rezeki yang halal dan dirahmati Allah selalu. Ameen.

Kek besday dan pizza

Acara memotong kek

Umar dan abah tgh makan kek..yum..yum

Salji di Sheffield

Pada 3 Januari dan 2 Februari yang lepas bumi Sheffield telah dihujani dengan salji. Citer pasal salji turun ni aku mmg excited la coz pertama kali seumur hidup dapat tgk salji dgn mata sendiri. Cuma sayangnye aku dpt tgk dr dalam rumah je, xberkesempatan nak pegang n rasa apatahlagi nak buat snowman dsb (mcm org lain..huhu). Harapnye pasni aku berpeluang lagi la untuk rasa mcm mana bestnye pegang n main dgn salji yang unik ciptaanNya, Maha Suci Allah s.w.t.

"Dan bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan yang ada di bumi; dan Allah sentiasa Meliputi (pengetahuan-Nya dan kekuasaan-Nya) akan tiap-tiap sesuatu" (An-Nisaa': 126)

Salji kat atas bumbung tepi rumah

Salji di Weston Park

Perjalanan Pulang ke Malaysia

Pada 4 Februari yang lalu aku berangkat pulang ke Malaysia bersama-sama dgn anakku Umar. Walaupun berat kaki ini untuk melangkah meninggalkan bumi UK dan suamiku yg di sayangi, namun aku gagahi jua demi menyelesaikan urusan pengajian sarjanaku yg telah sekian lama tertangguh. Sepanjang perjalanan pulang ke M’sia, pelbagai dugaan yang telah aku lalui termasuklah ketinggalan flight Emirates dr Dubai ke M’sia yg menyebabkan aku dan Umar terpaksa menginap semalaman di Arabian Park Hotel, Dubai. Pada saat itu, air mataku tidak dapat dibendung lagi apabila mengenangkan aku yg hanya keseorangan bersama anakku. Sesunguhnya selepas setiap kesukaran ada kemudahan yg Allah berikan. Alhamdulillah kami tiba jua di KLIA pada jam 6 pg Khamis 7 Februari dengan penerbangan MAS. Abah, mama, adik Irah dan Di telah menunggu ketibaan kami sejak awal pagi lagi. Pada 11 Februari aku bertolak ke JB dan kami menetap di rumah sewa Kak Maznah dan rakan2nya. Sejak itu bermulalah kehidupan aku di M’sia selama lebih kurang 2 bulan lebih bersama2 dgn anakku Umar. Semasa mula2 berada di M’sia aku kerap menangis kerana teringatkan suamiku yang jauh di UK. Pada masa yg sama, dgn tidak dijangka, aku telah disahkan mengandung selama 6 minggu. Hanya Allah yang tahu bagaimana perasaanku ketika itu yg terpaksa berjauhan dr suami dan sendirian menjaga anak kami Umar dgn keadaan aku sedang mengandung. Alhamdulillah, Allah mudahkan semua urusanku. Aku tak alami alahan mengandung yang teruk. Kak Maznah, wani dan adik2 housemate yg lain byk membantu melayan karenah anakku Umar apabila aku kerap keletihan dan sibuk menyiapkan tesis. Kakak2 muslimat juga tidak kurang memberi dorongan dan bantuan. Terima Kasih kepada Kak Wan dan Kak Azilah yang telah menjaga anakku Umar tiap kali aku ada urusan di UTM walaupun Umar kerap menangis kerana tidak pernah ditinggalkan dgn penjaga selain aku ibunya. Pada 11 Mac 2008, aku telah melalui peperiksaan viva untuk projek sarjanaku. Alhamdulillah viva tersebut berjalan lancar dan dipermudahkan Allah dan aku telah lulus dgn gred B1 serta pembetulan kecil dalam tempoh 1 bulan. Sepanjang tempoh membuat pembetulan tesis, aku sempat pulang ke kampong di Kedah untuk mengubat kerinduan kepada keluarga tersayang. Hanya seminggu aku sempat berada di Kedah. Rasanya belum puas berjumpa mak, abah dan adik2 serta merasa masakan kegemaranku yg emak masakkan. Selepas itu aku pulang ke JB untuk menghantar pembetulan tesis. Pada 17 April aku telah pulang ke KL walaupun pada ketika itu aku masih belum menghantar hardcover tesis. Aku kesuntukan masa kerana flight untuk aku pulang ke UK pd 19 April. Urusan tentang tesisku aku serahkan dan minta bantuan juniorku Azie untuk menyelesaikan. Sepanjang perjalanan pulang ke UK, perasaanku berbaur antara rasa gembira untuk bertemu dengan suami, rasa bimbang memikirkan tesis yang belum siap sepenuhnya dan juga risau memikirkan keadaan kandunganku jika keletihan dalam perjalanan yang jauh. Sememangnya sepanjang perjalanan aku sgt keletihan kerana selsema dan terpaksa memangku Umar yang tidak mendapat tempat duduknya sendiri dalam kedua2 flight yg aku naiki. Hanya Allah yang memberi kekuatan kepada aku untuk bertahan dgn keadaan sedang mengandung dan terpaksa memangku anakku Umar yang berat selama lebih kurang 13 jam dalam kedua2 flight. Alhamdulillah perutku masih belum besar dan kandunganku tidak apa2. Kami selamat tiba di Manchester airport pada tgh Sabtu 19 April. Tidak tergambar rasa gembira dan leganya dapat berjumpa semula dgn suamiku yang tersayang. Sejak balik dari M’sia dan setelah 2 bulan lebih tidak bertemu, Umar menjadi semakin rapat dengan abahnya skrg. Alhamdulillah, sehingga catatan ini dibuat, tesisku sarjanaku telah selesai dihantar. Terima kasih kepada Azie dan semua di M’sia yang telah byk membantu. Tidak lupa kepada penyeliaku PM Dr. Mustaffa Shamsuddin yg begitu sabar dgn karenahku selama menyiapkan projek sarjana ini dan juga suamiku Ahmad Safuan yang penyayang, penyabar serta banyak memberi dorongan dan bantuan sehinggalah selesai pengajian sarjanaku. Alhamdulillah, segala puja dan puji hanya milik Allah.

"Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan, Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan.." (Al-Insyirah: 5-6)

Winter di Birmingham

Semasa winter yang lepas, pada 5 Januari kami sekeluarga pi jalan2 ke Birmingham sambil menikmati alam persekitaran yang indah ciptaan Allah s.w.t. SubhanAllah.

"Dan tumbuh-tumbuhan yang melata serta pohon-pohon kayu-kayan, masing-masing tunduk menurut peraturanNya." (Ar-Rahmaan:6)

Keluarga bahagia

Indahnya alam ciptaan Ilahi


Jalan-jalan ke Cambridge

Selepas menyambut Hari Raya Haji di Sheffield pada 19 Disember tahun lepas, kami sekeluarga pi ke Cambridge selama seminggu. Kami pergi dgn kereta api pd 20 Disember. Di Cambridge, kami duduk di rumah seorang kawan yang sepejabat dgn suami di UTM, Abg Hisham n isterinya Kak Zuraida. Diorg pun ade seorang anak lelaki bernama Amin. Masa kat sana kami sempat pi jamuan sempena Hari Raya Haji n berjumpa dgn Malaysian kat Cambridge n jalan2 di Cambridge city. Masa tu jugak sambutan krismas n ade boxing day, tapi kami xsempat pi membeli kat sana coz dah sibuk nak balik ke Sheffield. Anyway, pengalaman yang xdapat dilupakan n terima kasih byk2 pada Abg Hisham n Kak Zu sekeluarga atas layanan baik diorg sepanjang kami di Cambridge.

Masa baru tiba di Stesen Keretapi Cambridge

Atas jambatan di Cambridge

Bermula Kehidupan di Sheffield UK

Ini adalah catatan selepas 3 bulan kami tiba di UK

Sekejap sungguh masa berlalu, dah 3 bulan kami berada di bumi Sheffield UK ni. Rasa macam baru sampai sini pada 30 September yg lalu. Mengimbau kembali perjalanan kami dari Malaysia ke UK ni, Alhamdulillah segala perjalanan dipermudahkan Allah walaupun aku rasakan itulah perjalanan yang paling lama dan memenatkan. Kalau nak dikira tempoh perjalanan lebih kurang dalam 26 jam bermula dari masa kapal terbang bertolak dari KLIA sampai kami jejakkan kaki di bumi Sheffield ni. Lama kan? Lebih satu hari perjalanan.


Masa mula-mula sampai sini kami menginap di rumah Kak Maazah dan Abg Zakaria lebih kurang 5 hari. Lepas tu baru pindah ke rumah kami sendiri. Di UK ni kami sewa rumah flat 2 bilik dengan harga 450 pound sebulan. Kalau tukar ke RM memang mahal dan sewa rumah kami memang lebih mahal juga dari sewa rumah di kawasan lain di Sheffield ni. Tapi harga tu memang biasa untuk rumah di kawasan bandar. Alhamdulillah kami dapat sewa rumah di kawasan bandar sebab kebanyakan orang Malaysia yang baru sampai di Sheffield ni susah untuk dapat rumah di bandar. Memang rumah cepat penuh walaupun sewanya mahal. Terima kasih banyak pada Haslina sebab tolong tempahkan rumah ni untuk kami. Kebetulan tuan rumah kami orang yang sama. Rumah kami ni juga terletak dalam kawasan Universiti. Hospital universiti pun sebelah rumah. Suami aku pi pejabat dia pun cuma jalan kaki lebih kurang 15 minit. Bolehlah jimat sikit kos untuk pengangkutan. Kami pun tak beli dan guna kereta sebab sekarang ni belum rasa perlu. Kalau nak berjalan-jalan tiap hujung minggu kami boleh naik bas atau tram (keretapi pendek jalan atas jalan raya). Sementara anak baru seorang ni larat lagi nak tolak.

Rumah kami di Sheffield


Kami sempat berpuasa di UK selama dua minggu. Cerita tentang beraya di UK ni memang lain dari Malaysia. Memang beraya sakan bak kata orang utara. Tiga hari berturut-turut kami pi berjalan ke rumah terbuka dari pagi sampai petang. Sampai dah tak larat nak makan. Lepas tu, anakku Umar sampai kena demam, batuk dan selsema. Memang sejak sampai UK ni dah beberapa kali anak aku kena batuk, demam dan selsema. Dia tak tahan sangat dengan cuaca sejuk. Masa mula-mula sampai dulu, aku dan suami pun sangat terasa perubahan cuaca. Sekarang dah boleh tahan sikit walaupun cuaca bertambah sejuk sebab musim sejuk akan tiba tak lama lagi. Selain tu anak kami Umar ni ada kulit yang sensitif juga. Tak boleh kering dan terdedah sangat pada alat pemanas. Mudah naik bintik-bintik merah macam eczema. Sapu losyen biasa memang tak sembuh. Kena guna minyak parafin (bau macam minyak petrol) baru kurang sikit. Itu pun kena sapu tiap-tiap hari dan banyak kali. Nasib baik dapat percuma dari klinik. Kat sini rawatan dan ubat untuk kanak-kanak semua percuma. Bercerita tentang anak aku Umar ni, lepas 3 minggu kat UK ni dia dah boleh berjalan. Masa tu umur dia setahun 4 bulan lebih. Agak lambat juga tapi orang kata normal untuk anak sulung dan lelaki. Sekarang ni makin tak duduk diam la dia, meneroka sana sini.


Setakat ni aku cuma duduk rumah dan jaga anak. MSc aku lambat siap dan lepas habis terus kena ikut suami sambung PhD. Tak sempat nak kerja betul-betul. Perancangan aku memang nak sambung PhD juga. Mungkin tunggu suami aku habis belajar dulu. Kat sini aku nak sertai kelas bahasa inggeris percuma yang disediakan kat universiti sebab english aku pun dah makin berkarat. Tapi nurseri untuk kelas tu dah penuh. Mungkin sem depan baru boleh masuk. Selain tu aku fikir nak cari kerja sambilan sebagai cleaner kat hospital sebelah rumah aku ni. Tapi masih tunggu kekosongan. Kalau nak cari kerja lain jauh sikit dan payah nak pergi. Kat UK ni malam siang tak tetap waktunya macam kat Malaysia. Masa cepat gelap macam sekarang ni payah nak bergerak seorang terutama perempuan. Rasanya setakat ni dulu coretan tentang kehidupan baru kami sekelurga di bumi Sheffield, UK ni. InsyaAllah akan datang lebih banyak cerita menarik untuk dikongsi :)


Nak Berblog Juga

Ish..ish..ish orang ada blog, aku pun nak juga. Nak tulis apa aku pun tak tahu. Masa rajin ok la. Bila malas nanti tak tahu la. Harapnya aku akan rajinlah mengisi ruang-ruang kosong yang disediakan di blog ni dengan lakaran kisah kehidupan aku dan keluarga di bumi UK ni :)