Petik Epal dan Pir

Pada 9 Oktober yang lalu, kami juga tak lepaskan peluang pergi memetik buah pir dan epal untuk kali kedua dan mungkin kali terakhir. Kenangan tersebut kami abadikan dalam gambar-gambar yang kini menjadi memori. Kepada yang nak merasa pengalaman memetik buah boleh pergi ke ladang seperti alamat di bawah ini:

Goachers Pick Your Own
Green Acres, North Wheatley,
Retford,
Nottinghamshire DN22 9BG.
Tel: 01427 880341
Opening: Oct-April 10am - 5.30pm (closed wednesdays) Sundays 10am - 4pm;
May-Sept 9am -6.30pm (mid June - end of July 8pm)



Hari Ulangtahun Kelahiran Uwais Ke-2

Pada 16 Oktober 2010 yang lalu genaplah usia anakku Muhammad Uwais 2 tahun. Kami sekeluarga mengadakan majlis kesyukuran kecil-kecilan pada sebelah malam. Mudah-mudahan Uwais terus membesar dalam sejahtera dan menjadi anak yang soleh dan berbakti kepada ibu dan abahnya kelak :)

Kek untuk Uwais

Umar dan Uwais memotong kek

Uwais main hadiah Thomas


Bersama hadiah-hadiah

Hadiah basikal daripada Ibu dan Abah

Kek Tiramisu Mudah dan Sedap

Kek Tiramisu


Kali ni nak berkongsi resepi kek tiramisu yang mudah dan sedap.

Bahagian 1 - Kek


Madeira Cake


Biasanya untuk mudah boleh beli Madiera Cake panjang yang dah siap di mana-mana kedai seperti Yafai (gambar). Kalau lebih rajin boleh la buat kek coklat seperti dalam resepi di SINI.



Bahagian 2 - Topping Tiramisu

Bahan-bahan:


250 gm keju cream (full fat soft cream cheese) - Jenama philadelphia atau yang murah jenama ASDA dll pun boleh)
150 ml/300 ml fresh whipping cream - Boleh juga guna double cream yang suitable for whipping
1/2 cawan gula caster - Kalau tak suka manis boleh kurangkan sebab kek dah manis, ikut sesuai rasa anda
Nescafe untuk buat air
Serbuk nescafe/coklat untuk ditabur

Cara membuat:

Pukul keju dan gula sehingga gebu. Masukkan cream dan pukul lagi sehingga agak pekat dan boleh disapu atas kek (bukan terlalu pekat seperti topping biasa atas kek tu). Potong kek berbentuk segiempat dengan ketebalan lebih kurang 1 cm. Sediakan bekas kaca segiempat seperti pyrex, masukkan sedikit campuran keju tadi dan ratakan dengan nipis. Kemudian susun satu lapisan kek sehingga menutupi semua permukaan. Basahkan kek dengan air nescafe dengan menggunakan sudu. Kemudian, masukkan campuran keju lagi dan sapukan dengan lapisan yang nipis. Buat satu lapisan kek lagi dan basahkan seperti lapisan pertama. Kemudian, masukkan semua baki campuran keju tadi dan ratakan di atas permukaan kek tersebut. Akhir sekali taburkan serbuk nescafe/coklat di atas permukaan tiramisu yang sudah siap untuk dimakan :)

Selamat mencuba!

Rimbunan Kasih


Alhamdulilah, semalam diadakan majlis makan-makan bersama-sama dengan anak-anak angkat di bawah program 'rimbunan kasih' anjuran PMPMS dan SMSA dirumah kami. Sepanjang berada 3 tahun disini, kami dikurniakan 10 orang anak angkat bersama dengan seorang menantu yang 'terangkat'. 10 orang yang dimaksudkan termasuk 4 orang anak angkat baru. Majlis berjalan di rumah kami dengan seisi berkenalan antara satu sama lain. Ia sejajar dengan firman Allah dalam surah Al Hujarat ayat ke 13 yang bermaksud:

"Wahai umat manusia, sesungguhnya kami menciptakan kamu daripada lelaki dan perempuan, dan kami menjadikan kamu daripada berbagai-bagai bangsa dan bersuku puak supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah adalah orang yang lebih takwanya antara kamu, (bukan yang lebih berketurunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah maha mengetahui lagi mendalam pengetahuannya (tentang keadaan dan amalan kamu)."

Secara kasarnya, ayat tersebut menunjukkan cantiknya Islam dengan menekankan aspek bersosial di dalam masyarakat (berkenalan dan beramah mesra). Ditekankan sewaktu bersosial ada garis panduan yang perlu kita taat dan tinggalkan (Taqwa).

Selaku keluarga angkat, kami umpamakan adik-adik yang baru seumpama golongan Muhajirih dan kami dan abang-abang dan kakak-kakak lama seumpama golongan Ansar yang mana peristiwa berlaku sewaktu baginda nabi berhijrah dari Mekah ke Madinah. Bukan setakat pembelaan ke atas material sahaja, malah pembelaan ke atas akidah Islam perlu kami jagakan. Ia bertepatan dengan ayat di dalam Surah Al-Anfal ayat ke 72 yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah (untuk membela Islam) dan orang-orang (Ansar) yang memberi tempat kediaman dan pertolongan (kepada orang-orang Islam yang berhijrah itu), merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka beroleh keampunan dan limpah kurnia yang mulia."

Saranan kami sebagai keluarga angkat, supaya jangan di abaikan tanggungjawab menuntut ilmu sebab ia merupakan kewajipan ke atas kamu sekalian. Dalam masa yang sama, perkukuhkan ilmu-ilmu asas fardhu ain, permolekkan bacaan al-Quran dan perbaiki solat harian. Istiqamah dengan usrah anjuran SMSA yang kami yakin para nuqaba'nya telah di'bengkel'kan bagi membuat persiapan.

Akhir kalam, 'nahnu nuhibukum fillah'....wassalam.

Cerita Aidilfitri 2010

Sudah agak lama blog ini tidak diupdate. Jadi sementara Syawal masih berbaki inilah entry tertunda 3 dalam 1 untuk cerita projek biskut raya, sambutan aidilfitri dan juga open house kami pada tahun ini.

Projek Biskut Raya

Pada mulanya aku bercadang nk beli je biskut raya seperti tahun sebelum ni. Bila tanya kat suami, dia suruh cuba buat. Kelam kabut jugak la beberapa hari lagi nak raya baru nak beli bahan dan cari resepi. Alhamdulillah menjadi juga tat nenas, biskut almond dan cornflakes. Untuk tat nenas aku buat bersama-sama dengan 2 lagi rakan iaitu Adeela dan Kak Lina bersama tunjuk ajar, panduan dan resepi daripada orang berpengalaman iaitu Kak Yati.

Bersama Kak Lina dan Adeela membuat tat nenas

Hasil tat nenas pertama

Untuk almond dan cornflakes aku cuba je resepi daripada laman web resepi yang terkenal Hanieliza. Alhamdulillah menjadi dan rasanye sedap :)

Biskut almond Sheffield & cornflakes madu

Sambutan Aidilfitri

Aidilfitri di Sheffield tahun ini jatuh pada Jumaat 10 Sept, sama dengan Msia. Seperti biasa kami orang-orang Malaysia di Sheffield bersolat sunat aidilfitri dan berjamuan raya di PMC. Pada hari raya pertama juga dah ade jemputan rumah terbuka dan begitulah hari-hari hujung minggu berikutnya. Ketika aku menulis entry ini baru saja selesai giliran rumah terbuka semua kariah di Sheffield. Kami sekeluarga telah pergi memenuhi semua undangan dan setiap rumah serta dewan yang kami kunjungi diabadikan dengan gambar kenangan kerana kemungkinan besar ini aidilfitri terakhir kami di Sheffield.

Solat sunat aidilfitri di PMC

Gambar keluarga
(kredit to Ise the DLSR photographer)

Rumah Terbuka Aidilfitri

Pada tahun ini kariah city mendapat giliran membuat rumah terbuka yang terawal. Jadi kami telah mengambil giliran pada Sabtu 18 Sept bermula jam 12.00 tgh hingga 10.00 malam. Alhamdulillah majlis berjalan lancar dan meriah dengan kehadiran rakan-rakan dari Sheffield dan juga Nottingham. Menu pada tahun ini ialah mihun dengan sup tulang, nasi putih lauk sayur salata, ayam masak serai dan sambal belacan serta mi kari pada sebelah malam. Menu sampingan pula ialah buah honeydew, puding jagung, kek coklat moist dan kek tiramisu. Terima kasih kepada Nina dan jiran kami Izyan yang datang membantu dan juga terima kasih kepada semua yang telah hadir :)

Menu-menu rumah terbuka kami

Bersama antara tetamu Sheffield yang hadir

Bersama tetamu jauh, Hafiz & Wani dari Notts