Alhamdulillah, hari ini genap usia suamiku 28 tahun. Sempena hari yang istimewa untuk abang tahun ini aku masakkan nasi ayam dan kek keju kesukaannya. Pada sebelah malam kami adakan sedikit jamuan kesyukuran. Semoga abang dalam redha dan rahmat Allah selalu, dipanjangkan usia dalam ibadah, dimurahkan rezeki yang halal, berjaya menyiapkan PhD dengan cemerlang dan bahagia dunia akhirat. Ameen :)
Kad ucapan istimewa untuk abang
"Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga)." (Ali Imraan: 14)
3 comments:
tahniah bt safuan n su sekeluarga.. moga dilimpahi rahmat dan berkat bt semua.. amin..
SANAH HELWAH YA JAMIL!! buat abg safuan...(^;^)
salam, Kak Jas dan Hakimah, terima kasih diucapkan daripada kami sekeluarga :)
Post a Comment